Sunday, July 13, 2014

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : SEIKHLAS KASIH

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : SEIKHLAS KASIH: "Yana... Tengok ni." Suraya menggamit Liyana mendekatinya. Sebelah tangannya mengangkat rantai ku...

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : MISTER VAMPIRE

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : MISTER VAMPIRE:  "Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai
katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi
berpaling sambil tersenyum..

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : CINTA DALAM DIAM

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : CINTA DALAM DIAM:    "Weyh! Kau dah siap assignment prof Aziz bagi?" Bahu Kirana ditepuk kuat. Tersedak gadis itu yang sedang asyik menghirup tomyam...

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : MATA

Novel Cerpen Cerita Online Terbaik: CERPEN : MATA: Tangan
kecil itu dihulur ke luar jendela. Sesekali tangan itu bergerak-gerak menikmati
cahaya matahari petang. Terasa kehangatan sinaran mentari. Bibir merah gadis
kecil itu...

Thursday, April 3, 2014

CERPEN : SEIKHLAS KASIH



Cerpen : Seikhlas kasih

"Yana... Tengok ni." Suraya menggamit Liyana mendekatinya. Sebelah tangannya mengangkat rantai kunci membentuk dua ekor ikan lumba-lumba. Kedua-dua kepala ikan lumba-lumba tersebut membentuk hati. Cantik sekali ukirannya.
                "Wah, comelnya!" Liyana dan Suraya berbalas senyuman.
                "Kau tengok ni betul-betul." Suraya menekan ibu jarinya di antara kepala dua ekor ikan lumba-lumba itu dan... Pak! Dua ukiran ikan itu terpisah. Mulut Liyana sedikit ternganga.
                "Cool." Pujinya. Dia memandang wajah Suraya sekilas. "Bolehlah kau bagi seekor pada Adam. Seekor lagi kau pegang. Fuyoo... Sweet tahap potong kaki." Tambahnya lagi.
                Suraya menggelengkan kepalanya. Dia bergerak ke kaunter kedai buku Popular itu lalu membayar rantai kunci itu. Sebaik selesai, dia menadahkan tangannya kepada Liyana yang setia berdiri di belakangnya. "Phone."
                Dengan wajah keliru, Liyana menghulurkan Iphone miliknya. Suraya dengan pantas memasang rantai kunci itu pada telefon milik Liyana. "Eh, kau bagi dekat aku ke? That is sweet, babe. I guess you love me more than Adam." Usik Liyana.
                Suraya menjuihkan bibirnya. Akhirnya tawa kedua-dua sahabat akrab itu pecah. Sebenarnya Suraya sememangnya menyayangi Liyana lebih dari Adam. Liyana bagaikan kembarnya yang tidak pernah wujud. Dahulu, dia pernah hampir melepaskan Adam apabila dia mendapat tahu bahawa Liyana turut memendam perasaan cinta buat Adam, tunangannya. Namun, Liyana juga sepertinya. Persahabatan ini jauh lebih penting dari rasa cinta yang belum pasti. Liyana bahagia melihat Suraya bahagia bersama Adam.
                "Done." Ucap Suraya sebaik selesai memasang rantai kunci pada telefon bimbit miliknya. Dia mendekatkan telefon miliknya dengan telefon milik Liyan. Tidak semena-mena, pasangan rantai itu bersambung semula. "Magnet dia kuat tahu." Tambah Suraya.
                "Kalau macam ni, aku takkan pernah terlepas pandang kau." Canda Liyana. Mereka bertukar senyuman.

'''''''''
Liyana menguis karpet dengan hujung kakinya. "Minum, Yana." Mak Siah, orang gaji di rumah Suraya menghidangkan jus oren kepada Liyana.
                Liyana meneguk jus oren sejuk itu. Lega rasanya. "Sedap, Mak Siah." Puji Liyana. "Hmm... Mana Suraya tak turun-turun lagi? Janji nak study group pukul tiga. Ni dah tiga setengah dah." Soal Liyana.
                "Yana sampai tadi, Suraya baru mandi. Tengah solat agaknya tu." Terang Mak Siah. Mak Siah kembali ke dapur meninggalkan Liyana seorang diri. Liyana kembali menyandarkan tubuhnya ke sofa empuk itu. Sedetik... Dua detik berlalu.. Mata Liyana semakin layu.
                "Yana..." Liyana seperti terdengar suara seorang lelaki memanggil namanya, namun matanya yang berat membuatkan dia tidak mengendahkan suara itu. Seketika kemudian, dia terasa pipinya seperti di elus lembut. Dia semakin lena.
                Pang! Tamparan agak kuat di pipinya membuatkan mata gadis itu terbuka luas. "What happen? Aku dekat mana?" Soal Liyana gelabah. Telinganya disapa dengan ketawa halus Suraya yang entah sejak dari bila sudah tercongok di sebelahnya.
                "Kau ni kan. Datang balik penyakit amnesia kau ni. Kalau dah tidur memang bom meletup dekat sebelah pun kau tak bangun, kan." Marah Suraya sambil menunjal dahi Liyana.
                Liyana menarik wajah masam. "Kau baik-baik sikit cakap, ya. Aku tidur peka tahu. Lalat lau sebelah pun aku sedar tahu." Dalih Liyana.
                "Yelah tu. Tadi abang balik siap panggil lagi nama Yana, Yana tak sedar pun." Sampuk satu suara yang tidak asing lagi. Liyana dan Suraya serentak berpaling.
                "Eh? Abang Sufian? Bila balik?" Soal Liyana. Setahunya, abang kepada Suraya ini ke Singapura atas urusan kerja.
                "Tadi lagi. Abang balik-balik, nampak ada seekor anak kucing ni berdengkur dekat ruang tamu dengan mulut tenganga." Sufian tersengih menunjukkan barisan giginya yang tersusun kemas.
                Liyana tertunduk malu. Wajahnya terasa panas. Aduh... Malunya! Liyana menyembamkan wajahnya ke bahu Suraya. Suraya cuba menahan tawa. "Abang ni! Tak baik usik Yana macam tu." Suraya pura-pura memarahi Sufian. Sufian mengangkat bahu lalu berlalu meninggalkan dua gadis itu.
                "Babe..." Sayu suara Liyana. Senyuman Suraya mengendur. Dah kenapa pula dengan kawannya yang seorang ini. Lain macam sahaja suaranya. Liyana betul-betul terasakah dengan usikan Sufian. Gusar juga hatinya. Dia bukan tidak kenal Liyana ini. Kalau dah merajuk, susah sekali untuk dipujuk. Nampak sahaja orangnya bersikap terbuka dan ceria, namun kalau ada rasa terluka, hatinya yang lembut itu boleh jadi sekeras kerikir. "Betul ke mulut aku ternganga tadi?" Soal Liyana dengan suara halus. Terus pecah tawa Suraya. Lah... Itu rupanya yang mahu ditanya...

'''''''''''
Liyana melentokkan kepalanya di meja makan restoran itu. Tidak dia pedulikan dengan mata-mata yang memandang. Buat ke lapan kalinya, jam yang tersemat di tangannya di jeling. Keluhan kecil dilepaskan. Lewat lagi. Suraya ini, kalau berjanji, memang ikut jam dia sendiri. Sudah naik kematu punggungnya menunggu di restoran itu hampir setengah jam. Dua gelas Jus Tembikai sudah selamat masuk ke dalam perutnya, namun Suraya masih tidak kunjung tiba.
                "Hi..." Liyana mengangkat kepalanya. Matanya sedikit membesar sebaik melihat Sufian sudah tegak berdiri di hadapannya.
                "Abang? Abang buat apa dekat sini?" Soal Liyana kaget. Sufian menarik kerusi berhadapan dengan Liyana.
                "Abang dari tadi lagi duduk dekat sana. Ada meeting dengan client. Liyana buat apa dekat sini?" Soal Sufian.
                "Tunggu Suraya." Jawab Liyana ringkas. Dia menongkat dagunya sambil mempamerkan wajah bosan.
                Sufian mengukir senyuman nipis. "Err... Tadi, siapa?" Soal Sufian dengan suara perlahan. Akhirnya terluah juga soalan yang dipendam sedari tadi. Tidak fokus dia dibuatnya ketika melihat ada lelaki duduk semeja dengan Liyana di hadapan matanya. Ada api cemburu yang mula menyala.
                Liyana mengerutkan keningnya. Siapa? Badrul, bapa saudaranya yang tua tiga tahun darinya itukah? "Siapa? Badrul?" Soal Liyana. Kenapa pula Sufian bertanya tentang Badrul. Meja itu sepi seketika. Liyana menjeling sekali lagi jam di tangannya. "Yana rasa nak baliklah. Lusa dah nak exam. Kena study. Abang beritahu Suraya Yana nak balik. Yana telefon, dia tak jawab." Liyana mencapai beg tangannya. Belum sempat dia melangkah, suara Sufian membantutkan niatnya.
                "Abang hantar balik." Tawar Sufian. Liyana kelihatan enggan. Dia menggelengkan kepalanya. "Jom jelah. Dah lewat ni. Susah nak dapat teksi." Pujuk Sufian. Liyana masih diam. "Lagipun, adik abang yang salah biar Yana tertunggu-tunggu. Kalau Suraya pun, mesti dia suruh abang hantarkan Yana." Pujuk Sufian lagi. Akhirnya Liyana mengangguk sekali meskipun hatinya bagaikan ada rasa tidak enak malam ini.

'''''''
Liyana menggigit tangannya kuat hingga ada cecair panas yang mengalir dari kesan gigitan itu. Air matanya kini bercampur dengan air pancur di dalam bilik air itu. Apabila air itu bercampur dengan cecair panas yang mengalir dari celahan luka kesan gigitan di tangannya air itu menjadi merah.
                Dia cuba mengawal taufan perasaannya. Dia cuba mengawal dirinya dari melepaskan raungan kesedihan agar keluarganya tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya. "Syaitan! Syaitan! Syaitan!" Jeritan Liyana tersekat di kerongkongnya. Yang keluar hanyalah suara halus yang kedengaran serak-serak basah. "Kenapa? Ya Allah..." Hatinya menjerit lagi.
                Dengan baju yang lencun dengan pancuran air di dalam bilik air, Liyana menghempaskan tubuhnya ke atas katilnya. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi. Matanya terasa pedih dan sembam akibat terlalu banyak menangis. 'Sorry, Yana. Aku lupa malam ni kita ada janji. Adam tiba-tiba telefon aku. Ada masalah sikit katanya. Tapi, abang aku cakap dia terserempak dengan kau dan dia dah hantar kau balik dengan selamat. Sorry again.' Sebaik mesej dari Suraya habis dibacanya, Liyana mencampak telefon bimbitnya itu ke dinding dengan kuat hingga pecah skrin telefon itu.
                "Selamat? Selamat?" Jerit Liyana. Dia sudah tidak mampu mengawal dirinya. Liyana menjerit dan meraung dengan kuat seperti dirasuk. Jeritannya membuatkan kedua ibu bapanya merempuh masuk ke dalam biliknya.
                "Ya Allah, Yana? Kenapa ni?" Soal Puan Latifah. Dia cuba menenangkan Liyana yang sudah membaling semua barang di dalam biliknya. "Sabar sayang, sabar..." Pujuk Puan Latifah. Dia jadi panik melihat perubahan mendadak anak tunggalnya.
                Namun Liyana benar-benar tidak terkawal. Hampir sahaja dia melukai dirinya sendiri dengan serpihan kaca yang bertaburan di biliknya andai sahaja Tuan Amin tidak bertindak pantas. Tuan Amin mencengkam bahu Liyana lalu tangannya menampar kuat pipi anaknya itu. Liyana yang meronta tadi kembali diam. Tuan Amin menarik tubuh Liyana ke dalam pelukannya manakala Puan Latifah membelai belakang Liyana yang masih terhingut menahan sendu.
                "Apa dah jadi, Yana? Cerita dekat Abi, sayang. Cerita." Pinta Tuan Amin lembut. Liyana menyembamkan wajahnya ke dada Tuan Amin. Raungannya bergema lagi di dalam rumah banglo dua tingkat itu. Tuan Amin dan Puan Latifah hanya mampu bertukar pandang dengan wajah yang keliru dan bimbang.

'''''''''
Suraya merenung jauh ke luar jendela. Dia keliru. Mengapa? Apa yang berlaku kepada persahabatannya dengan Liyana akhir-akhir ini? Liyana bagaikan membencinya. Gadis itu sering mengelak dari bertemu dengannya. Suraya mengeluh panjang.
                Bahunya sedikit terhinjut apabila ditepuk seseorang. Wajah tersenyum Sufian terpamer di kornea matanya. Suraya menghadiahkan senyuman tawar kepada abangnya. "Kenapa ni?" Soal Sufian prihatin.
                "Entahlah, abang..." Suraya berjeda seketika. "Yana..." Saat nama Liyana berbangkit, riak wajah Sufian sedikit berubah. Suraya tidak menyedari perubahan di wajah Sufian. "Dia macam mengelak dari Su sekarang. Dia macam... Benci dengan Su. Su tak tahu apa yang Su dah buat. Setiap kali Su cuba cakap dengan dia, tapi dia... Entahlah..." Suraya mengeluh buat kesekian kalinya.
                Sufian hanya mendiamkan diri. Dia memaut bahu adiknya lalu menggosok perlahan bahu Suraya sekadar mahu mengurangkan kegelisahan hati adiknya.

''''''''
"Kenapa dengan kau ni?" Soal Adam garang. Suaranya sudah naik seoktaf. Dia tidak faham. Dia benar-benar tidak mengerti. Apa yang telah terjadi sehingga Liyana berubah sehingga begini sekali.
                "Kenapa dengan aku? Kenapa?" Liyana tidak kalah. Suaranya turut meninggi. Hatinya sakit. Kebencian menjalar di jiwanya. Baginya, Adam, Suraya dan Sufian si syaitan itu sama sahaja bersalah. Dia benci mereka. Benci! Benci! Kalau Suraya menepati janji. Kalau Adam tidak menyebabkan Suraya mungkir janji. Kalau sahaja dia tidak dengan lurusnya mengikut Sufian. Kalau sahaja... Argh! Semuanya sudah tiada guna. Nasi telah menjadi bubur. Kehormatannya yang diragut Sufian tanpa belas kasihan pada malam tragedi itu, tidak akan kembali padanya.
                "Yana!" Mata Liyana dan Adam terpaku pada wajah yang sama. Suraya berjalan mendekati mereka. Jelas wajah itu dibalut mendung.
                Liyana memeluk tubuhnya. Sungguh dia benci untuk melihat wajah-wajah ini. Dia merasa diri dikhianati. Lebih pedih hatinya kerana kedua-dua insan itu sentiasa berada di kedudukan istimewa di hatinya. Tidak semudah itu dia dapat memaafkan. Apa yang mampu dia buat. Dia hanya mampu mendiamkan jenayah yang dilakukan Sufian. Itu hanyalah demi persahabatan antara dia dan Suraya suatu masa dahulu. Namun untuk memaafkan dan melupakan... Mustahil.
                Liyana cuba berlalu, namun Suraya lebih pantas menarik tangannya. Liyana menepis kasar tangan Suraya membuatkan Suraya terkedu. "Yana..." Hanya nama itu yang meniti di bibir nipis Suraya. "Kenapa dengan kau ni?" Soalnya lembut. Dia tidak mahu menyiram minyak ke dalam api kemarahan Liyana.
                "Aku tak ada apa. Kenapa dengan aku?" Soal Liyana semula dengan suara yang sinis. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Suraya.
                "Kau akhir-akhir ni asyik mengelak dari aku. Kau macam..." Suraya menelan liurnya. Terasa kesat sekali. "Macam bencikan aku." Suaranya perlahan, namun masih mampu ditangkap Liyana.
                Hati Liyana sedikit tersentuh. Namun kebencian dan egonya mengatasi segala-galanya. "Memang! Memang aku bencikan kau! Kenapa? Tak boleh?" Hamburnya ke muka Suraya. Suraya terkedu. Ada kristal jernih di tubir mata gadis itu.  Namun egonya masih tidak surut. "Kau dengar sini baik-baik. Aku benci kau! Kau! Dan kau!" Jerit Liyana sambil telunjuknya lurus ke muka Suraya dan Adam.
                "Yana... Sampai hati kau..." Ujar Suraya dalam sendu. Pipinya sudah basah dengan air mata. Suraya berlari meninggalkan Liyana yang hanya mendiamkan diri.
                "Su!" Jerit Adam sambil berlari mengejar langkah Suraya tanpa menoleh ke arah Liyana.
                Liyana memandang kosong dua insan itu meninggalkannya. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipi. Tangannya hinggap di dadanya. Sakit... Kenapa? Kenapa hatinya berganda menanggung sakit walaupun hati Suraya yang dia lukai. Kakinya terasa lemah. Dia terduduk longlai di kaki lima bangunan universiti itu. Pedih.. Hatinya pedih...
                "Su!" Panggil Adam. Namun Suraya telah pun berlalu menaiki kereta MyVi merahnya. Tangannya mengepal penumbuk. Liyana sudah melampau. Dia berlari ke tempat perjumpaannya dengan Liyana sebentar tadi.
                Wajahnya membengis, namun sebaik dia tiba, riak wajahnya berubah. Jelas di bebola matanya melihat Liyana yang terduduk di kaki lima dengan wajah yang basah dengan air mata. Gadis itu menangis seperti hatinya dicarik-carik. Apa sebenarnya yang terjadi?

''''''''
Sufian memanggung kepalanya. Dia berdosa. Berdosa. Dia terlalu mengikut perasaan. Dia cemburu melihat Liyana yang sendtiasa berkepit dengan lelaki yang sama yang Liyana kenalkan sebagai Badrul. Dia jadi hilang pertimbangan.
                Telefon bimbit dicapainya. Nombor Liyana didailnya, namun seperti biasa, tiada jawapan. Dia harus bertanggungjawab. Dia harus memberanikan dirinya. Apa sahaja natijah perbuatannya, dia harus terima. Biarlah dia terpaksa melingkup dalam penjara sekalipun.
                Sufian mencapai kunci keretanya. Dia perlu berjumpa dengan Liyana. Sekarang juga. Belum sempat dia keluar dari bilik, telefon bimbitnya berbunyi. "Hello? Adam?"
                "Sufian. Kau tahu kan apa jadi dengan Suraya dan Liyana?" Kedengaran suara Adam di hujung talian. Lidah Sufian jadi kelu. "Sufian, aku jumpa dengan Uncle Amin tadi. Yana... Yana nak sambung belajar ke luar negara. Suraya tahu ke? Aku risau Suraya jadi lagi sedih."
                Hampir terlepas telefon itu dari tangannya. "Luar negara? Bila?" Soalnya.
                "Itulah yang aku telefon kau ni. Kau jangan terkejut tahu. Flight dia malam ni. Masa aku jumpa Uncle Amin pun, mereka dah nak hantar Yana pergi KLIA." Sufian menelan liur. Terasa pembuluh darahnya seperti mahu pecah. "Aku tak faham apa dah jadi dengan dia akhir-akhir ni. Dia betul-betul berubah. Hello? Sufian?" Panggil Adam apabila masih tiada respons dari Sufian.
                Tanpa sepatah kata, Sufian memutuskan panggilan. Dia berlari laju keluar bilik lalu bertembung dengan Suraya. "Abang? Kenapa lari-lari ni?" Soal Suraya. Dia jadi pelik melihat wajah panik Sufian.
                "Yana..."

''''''''''
"Dia tak jawab." Ujar Suraya gelisah. Sudah berkali-kali dia mendail nombor Liyana, namun tiada jawapan.
                Berdecit mulut Sufian. Dia berlari di kawasan KLIA itu sambil meliarkan mata di kawasan sekeliling. 'Mana Yana? Mana Yana?' Sufian semakin gelisah. "Yana?" Nama Liyana meniti di bibirnya. Jantungnya seperti mahu berhenti berdegup. Janganlah Liyana pergi begitu sahaja.
                "Adam!" Panggil Suraya sebaik ternampak kelibat Adam. Adam berlari mendekati mereka.
                "Yana mana? Yana?" Soal Sufian gelisah. Adam diam tidak menjawab. Hanya bahunya dijongketkan.
                Suraya jadi keliru. KLIA ini terlalu penuh dengan manusia. Baru Suraya berpaling, tubuhnya merempuh seorang gadis yang memakai topeng muka dan cermin mata hitam. "Sorry..." Ucap Suraya. Dia menolong gadis itu mengutip barangan yang jatuh dari beg tangan gadis itu. Pergerakan tangannya terhenti saat matanya terpaku kepada telefon miliknya dan telefon gadis itu yang jatuh bersebelahan dengannya. Rantai kunci berbentuk ikan itu membentuk hati. "Yana!"
                Sufian dan Adam turut memandang ke arah Liyana. Liyana cuba melarikan diri, namun Sufian lebih pantas menarik tangannya.
                "Lepaskan aku!" Jerit Liyana ketakutan. Tuan Amin dan Puan Latifah yang turut berada di situ segera mendapatkan Liyana yang sudah terduduk menggeletar ketakutan di atas lantai. "Tak nak! Tak nak!" Bisik Liyana berkali-kali. Nampaknya gadis itu benar-benar trauma dengan apa yang terjadi.
                Suraya memandang curiga ke arah abangnya sebaik melihat reaksi Liyana. Otaknya berkira-kira sendiri. Liyana berubah sejak malam itu. Malam Sufian menghantar Liyana ke rumahnya. Malam dia memungkiri janjinya dengan Liyana. Malam itu?
                "Abang! Apa yang abang dah buat dengan Yana?" Soal Suraya curiga. Sufian tersentak. Dia dihempap rasa bersalah. Adam turut memandang wajah bersalah Sufian dengan rasa terkejut.
                "Yana..." Sufian cuba mencapai tangan Liyana, namun jeritan Liyana menghentikan perbuatannya. Orang yang lalu-lalang di kawasan itu sudah mula berkumpul melihat drama tidak berakam itu.
                Suraya semakin yakin melihatkan reaksi Liyana yang benar-benar ketakutan itu meski hatinya berkali-kali cuba menafikan. Tidak mungkin abang kandungnya sanggup merosakkan rakan baiknya sendiri. Suraya menarik kuat lengan abangnya. Dada bidang Sufian dipukul laju. "Apa abang dah buat dengan Yana? Apa abang dah buat?" Raung Suraya.
                Suraya akhirnya terduduk longlai. Dia merangkak mendekati Liyana yang masih ketakutan. Tubuh Liyana ditarik ke dalam pelukannya. "Yana... Aku minta maaf. Yana..." Raungnya. Liyana akhirnya membalas pelukan Suraya.

'''''''''''''
Suraya mengaminkan doa yang dibaca Tuk Kadi. Wajah yang berseri semakin berseri dihiasi senyuman. Dia memalingkan wajahnya ke sebelah. Liyana turut membalas senyumannya. Suraya menarik tubuh Liyana ke dalam pelukannya. "Terima kasih sebab tak putuskan persahabatan kita." Bisik Suraya.
                Liyana tersenyum nipis. "Bukan kau seorang je yang terluka andai persahabatan kita terputus. Aku ikhlas sayangkan kau." Ucap Liyana. "Tahniah Su." Bisiknya kembali ke telinga Suraya di sebalik tudung. Suraya mengusap perut Liyana yang sedikit membuncit. "Salam dengan suami kau dulu. Nanti mesti ada juga dalam perut kau." Usik Liyana. Sempat dia mencuri pandang suaminya Sufian yang sedari tadi merenungnya. Mereka bertukar senyuman.
               
''''''
Liyana mencubit pipi Sufian yang asyik temenung di birai katil. Sufian tersenyum lalu memaut pinggang isterinya yang masih berdiri di sebelahnya. Kepalanya diletakkan di perut Liyana yang sedikit membuncit. Anak itu anak hasil pernikahannya. Dia bersyukur bukan perbuatan kejinya yang... Dia melepaskan keluhan. Rasa bersalah itu masih ada meski Liyana sudah memaafkannya.
                "Kenapa ni, bang?" Soal Liyana sambil mengusap rambut lebat Sufian. Dia tahu sebenarnya apa yang bermain di fikiran suaminya. "Abang..." Dia menarik dagu Sufian agar mata mereka setentang. "Yana dah maafkan abang. Lagipun, well... Abang pun dah kena teruk dengan Yana masa mula-mula kahwin dulu." Sempat lagi Liyana bercanda.
                Sufian turut tertawa kecil. Awal perkahwinan mereka, memang benci Liyana padanya terlalu kuat. "Itulah, tapi abang romantik macam hero dalam novel sebab tu Yana maafkan abang, kan?" Usik Sufian pula.
                "Mana boleh Yana tak maafkan abang. Abang pun sepatutnya tahu yang Yana memang cintakan abang." Sufian mengangguk kesal. Kalaulah dia tidak terlalu buta menilai siapa di hati Liyana. Patut sahaja Liyana seperti mudah melepaskan Adam. Rupanya, dia sudah lama menggantikan nama Adam di hati Liyana. Dan Badrul? Dia benar-benar bodoh. "Yes, you are stupid." Ucap Liyana seperti mengerti apa yang bermain di minda suaminya. Liyana berjeda seketika. "Me too, because i am stupidly in love with you." Sambung Liyana.
                Sufian bangkit dari duduknya lalu memeluk erat tubuh Liyana. "I guess we are two helpless idiot." Bisiknya ke telinga Liyana. Kedua-duanya mengukir senyuman bahagia...

TAMAT