Sunday, November 10, 2013

CERPEN : CINTA DALAM DIAM

   "Weyh! Kau dah siap assignment prof Aziz bagi?" Bahu Kirana ditepuk kuat. Tersedak gadis itu yang sedang asyik menghirup tomyam panas yang baru dia beli. Berair matanya menahan batuk. "Sorry!! Aku tak sengaja." Ayra merasa bersalah melihat wajah Kirana yang memerah dan batuknya yang panjang. Segera dia menghulur gelas berisi air fresh orange kepada rakannya itu.
   "Kau memang le. Tak pasal-pasal masuk paru-paru aku tom yam ni. Aku dah hantar dah pun assignment tu. Bukan macam kau. Last minute baru nak buat." Ayra tarik sengih.
   "Ala... Kau kasi le aku copy. Aku janji aku alter kasi tak nampak sama. Please...." pujuk Ayra manja. Hujung selendang Kirana dicapai lalu dipintal-pintal. Matanya terkelip-kelip memandang Kirana.
   Kirana menolak pipi Ayra hingga gadis itu terteleng. "Tak payah nak buat muka comel dengan aku. Comot je yang aku nampak. Nah. Aku memang ada simpan pun untuk kau. Jangan copy bulat-bulat." Ujar Kirana sambil menghulurkan pendrive kecil kepada Ayra yang sudah tersenyum lebar hingga ke telinga.
   "Wah... Thanks! Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku kagum betul dengan kau ni, dah kahwin pun, assignment kau tak pernah tertangguh. Result exam pun, dekan selalu." Puji Ayra.
   "Alah... Kahwin pun tak macam kahwin. Dia buat hal dia, aku buat hal aku." Ujar Kirana selamba.
   "Kau dengan dia still macam tu juga." Kirana angguk sekali. "Dah enam bulan kot..." Kira angkat bahu. "Parah korang ni. Aku tahulah masing-masing kena kahwin paksa, tapi takkan sampai ke sudah nak hidup macam orang luar kot?" Komen Ayra.
   Kirana menongkat dagu. "Entahlah... Aku sayang dia kot. Dari first year lagi aku dah jatuh cinta dengan dia. So, dari pihak aku memang tak ada masalah. Dia je yang tak pernah pandang aku. Buruk sangat agaknya aku ni." Keluh Kirana. Ayra memandang simpati pada kawan baiknya itu. Dia tahu Kirana sememangnya telah jatuh cinta dengan lelaki itu sejak hari orientasi mereka di kolej ini. Waktu itu, lelaki itu adalah pelajar senior tahun ketiga. Pantas sahaja Kirana tidak betah duduk berdekatan dengan lelaki itu. Mendengar suara lelaki itu sahaja, Kirana sudah menggelabah semacam. Ayra memegang kedua-dua belah pipi Kirana.
Dia meneliti setiap inci wajah gadis itu hingga berkerut wajah Kirana akibat kehairanan. "Aik? Tak buruk pun. Comel je kawan aku ni." Puji Ayra.
   Pecah tawa Kirana. "Kau puji aku sebab kau kesian dekat aku ke sebab kau dapat copy assignment aku?" Usik Kirana.
   "Aku puji kau sebab benda tu betul. Si Adam tu, mata dia memang rabun biawak. Tu yang tak boleh nampak betapa cantiknya bini dia ni." Kirana tersenyum senang. Ayra memang bijak mengusir masalah dari kotak fikirannya.

.....

   "Kirana menuang nasi yang baru digorengnya ke dalam bekas. Dicapai ulam yang memang telah siap dipotong dan dibasuh dari dalam peti.
   Sempat dia menilik Adam yang sedang khusyuk menonton televisyen di ruang tamu. Dia memang tiada niat mahu menjemput suaminya itu makan. Pandai-pandailah kalau lelaki itu mahu makan. Dia masih ingat apa yang berlaku di awal perkahwinan mereka.
 
5 bulan 29 hari sebelumnya....

   "Err... Awak. Sarapan?" Kirana mengajak Adam yang kelihatannya sudah bersiap untuk ke kelas. Suaranya perlahan sahaja. Itulahkelemahannya setiap kali berhadapan dengan Adam. Dia terlalu menyukai Adam hingga setiap kali lelaki itu ada dekat dengannya, jantungnya berdegup tidak sekata. Setiap kali mata mereka bertembung darahnya menyerbu ke muka. Dia jadi gugup sendiri.
   Adam memandang sekilas wajah Kirana yang menunduk dari tadi. Sama sahaja waktu malam perkahwinan mereka semalam. Gadis itu hanya menunduk dan memeluk lutut di bucu katil. Dia tidak ambil pusing lalu terus merebahkan tubuhnya yang penat ke atas katil sebelum terlelap dalam masa yang singkat. Bangun-bangun sahaja, gadis itu sudah tiada di dalam bilik.
   "Err... Papa, mama, ibu dengan ayah dah tunggu dekat dapur." Tambah Kirana perlahan. Tanpa bicara, Adam melangkah ke dapur dibontoti Kirana.
   Sampai sahaja di pintu dapur, langkah Adam mati mendadak. Jawabnya, tubuh kecil Kirana melanggar belakang tubuh Adam. Kirana panggung kepala.
   Adam berpaling lalu mencapai tangan Kirana.  Terus membulat mata Kirana. Dia yakin wajahnya sedang memerah saat ini. Terus Kirana menundukkan wajahnya menekur lantai bermozek itu. Kedengaran suara Adam berbisik dekat di telinganya. "Aku tahu kita sama-sama terpaksa dalam perkahwinan ni. Tapi, jangan nak tunjuk sangat depan family kita." Tegas suaranya.
   Kirana agak terkejut. 'Terpaksa?' Detik hatinya. Beberapa saat Kirana terpempan di situ. 'Betul juga. Adam memang selalu rasa terpaksa. Dia tak pernah mahukan perkahwinan ni. Aku sahaja yang gembira. Cinta aku bertepuk sebelah tangan.' Bisik hati Kirana lirih. Sedaya upaya dia menahan air matanya dari jatuh. Wajar sahaja Adam tidak mempedulikannya semalam. Seolah dia tidak wujud di dalam kamar itu. Kirana mengangguk perlahan. Dia mengikut sahaja rentak Adam.

4 bulan sebelumnya....

   "Ma... Along ingat nak pindah rumah lah. Sewa apartment ke." Nyata kata-kata Adam mengejutkan mereka yang sedang menikmati makan malam itu termasuk Kirana. Pindah? Adam tidak pernah membangkitkan soal ini di hadapannya.
   "Kenapa mendadak pula along ni? Kalau along pindah, sunyi le angah. Siapa lagi nak teman angah borak malam-malam. Kan, Kak long?" Rengek Aini sambil memeluk lengan Kirana. Kirana mengusap lembut kepala adik iparnya itu.
   "Aini ni... Jangan nak mengada okay? Kak long ni, along punya, tahu?" Canda Adam. Kirana sembunyi senyum. Walaupun dia tahu, Adam hanya berlakon di hadapan keluarga, namun dia tidak dapat mengawal hatinya dari merasa gembira dan berbunga.
   Aini menjelirkan lidah ke arah Adam. "Along kedekut. Tahi hidung masin." Perli Aini.
   "Haha... Tahi hidung along masin." Sampuk Aiman, adik bongsu Adam yang baru berumur dua belas tahun.
   "Angah dengan adik pernah rasa ya tahi hidung Along? Sebab tu tahu tahi hidung Along masin, kan? Eee..." Adam membuat muka kegelian.
   "Along!" Jerit Aini dan Aiman hampir serentak.
   "Dah! Dah! Dah! Apa bising sangat ni. Tengah
makan pun bergurau lebih-lebih." Tegur Datin Arifah namun senyuman tetap terukir di bibir. Ibu mana tidak suka melihat keletah anak-anak yang ceria.
   "Long... Kalau along rasa nak pindah, papa tak kisah. Along sekarang ketua keluarga buat keluarga Along sendiri. Kalau Along dah buat keputusan, papa ikut je." Putus Datuk Hamdi. Datin Arifah turut menganggukkan kepalanya. Hanya Aini dan Aiman yang menarik muka. Maklumlah... Kakak kesayang dibawa jauh dari mereka.

2 bulan sebelumnya...

   "Awak... Sarapan dulu sebelum pergi kerja." Ajak Kirana. Tanpa sepatah bicara, Adam menarik kerusi di dapur.
   Kirana menyuap makanan dengan perlahan. Meja itu sunyi tanpa gurau senda. Berbeza sungguh keadaannya dari masa mereka tinggal di rumah keluarga Adam. Ceria setiap saat.
   Adam memandang sekilas Kirana yang seperti tiada selera untuk makan. Adam meletakkan sudu yang dia pegang. Air jus oren diteguknya hingga habis. "Lepas ni, kita makan
asing. Kalau awak makan, saya tak ganggu. Kalau saya makan... Well, terserah." Ujar Adam mendatar. Dia mencapai briefcasenya sebelum
melangkah meninggalkan Kirana termangu sendirian.
   Sebaik bunyi enjin kereta Adam meninggalkan laman rumah, setitis demi setitis  air mata Kirana jatuh membasahi pipi. Sampai macam tu sekali ke Adam membencinya? Mahu makan semeja pun sudah tidak sudi? Jadi, pasti lelaki itu juga tidak sudi sekamar dengannya. Apa lagilah yang dia harapkan. Baik dia sendiri memindahkan barangannya dari bilik utama sebelum Adam menendangnya
keluar.

......
Sekarang...

   Terbatuk-batuk Kirana apabila dirasakan nasi yang dikunyahnya tidak masuk ke tekak. Tersedak lagi. Terus terbang segala lamunannya tadi. Matanya sudah berair dengan batuk yang tidak sudah.
   "Heh. Kenapa ni?" Soal Adam cemas. Segera dia menurang air ke dalam cawan lalu disuapkan ke mulut Kirana. Belakang tengkuk isterinya diurut perlahan. "Better?" Soalnya sebaik batuk Kirana mula reda.
   Kirana menganggukkan kepalanya sebelum menundukkan wajahnya. Malunya dia apabila Adam melihatnya seperti itu.
   "Lain kali makan jangan gelojoh." Ujar Adam. Sempat dia menepuk perlahan ubun-ubun Kirana sebelum berlalu.
   Kirana menekup mulutnya. Ubun-ubunnya yang ditepuk Adam tadi dipegang perlahan. "Why am I so hopelessly in love with you?" Monolog Kirana sendirian.

.....

   Ayra melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Kirana yang sudah jauh termenung. Sudahlah tersenyum sendiri. Risau pula Ayra dibuatnya. Tangannya ringan menampar pipi Kirana perlahan. Tersentak Kirana dibuatnya. "What?" Soalnya tidak senang. Tidak senang Ayra menganggu angannya.
   "Tak adalah. Kau ni pelik je aku tengok. Senyum-senyum sendiri. Berangan apa kau ni. Eh, kejap! Ke kau dengan Adam dah berbaik? I mean, in term of that..." Tebak Ayra dengan senyuman nakal. Keningnya dijungkitkan berkali-kali.
   Kirana tersenyum malu. "Dia usap kepala aku." Ujar Kirana dengan wajah yang memerah.
   Hampir-hampir sahaja Ayra tergolek dari kerusi yang dia duduki. "Baru usap kepala kau dah angau macam ni?" Soal Ayra hampir tidak percaya. Parah sungguh penyakit cinta si Kirana ni. "Kirana... Aku rasa kau tak boleh terus macam ni. Apa kata kau..." Ayra mengisyaratkan Kirana mendekatinya lalu dia membisikkan sesuatu ke telinga Kirana.
   "Hah? Goda?!" Jerit Kirana kuat. Laju Ayra menekup mulut Kirana.
   "Apasal kau tak pakai mikrofon je biar semua orang dengar?" Marah Ayra. Mujur sahaja dewan kuliah itu lengang tanpa pelajar. "Sekarang, kau kemas barang kau. Ikut aku shopping." Arah Ayra. Kirana mengangguk patuh.

......

   Kirana memerhati imejnya di cermin. Macam mana dia mahu keluar dari bilik dengan berpakaian sebegini. Baju tidur satin berwarna merah hati paras lutut. Idea Ayra memang gila, tapi dia ikuti juga. Jangan-jangan dia pun sama gilanya dengan Ayra. "Atau lebih gila." Keluh Ayra tidak bersemangat. Biarlah dia cuba. Mana tahu Adam akan berubah.
   Kirana mencapai cardigan hitam lalu disarung ke tubuhnya. Rambutnya yang panjang hingga mencecah pinggang disanggul kemas menggunakan sebatang pensil sebelum dia melangkah keluar dari bilik untuk ke dapur.
   Baru dia mahu mula memasak, kelibat Adam turut muncul di dapur. Mata Adam tidak lepas dari memandang tajam ke arah Kirana. Kirana sedaya upaya mengawal riak wajahnya yang rasa seperti mahu terbakar. Seketika kemudian, Adam mencapai sebotol air swjuk lalu melangkah laju ke tingkat atas. Kirana mengekori langkah Adam dengan bebola matanya. Kecewa! Itu yang dia rasa. 'Biasanya kucing tidak akan menolak ikan depan mata.' Itu kata-kata Ayra. Nampaknya, dia bukanlah ikan dan Adam bukanlah kucing. Jangan-jangan Adam tidak memandangnya seperti wanita sekalipun apatah lagi sebagai isteri.
   Tiba-tiba Adam muncul di ruang dapur. "Aku keluar dengan kawan. Kau tak payah tunggu. Aku bawa kunci. Oh, lagi satu, masak sikit je. Aku makan dekat luar." Pesan Adam sebelum melangkah keluar dari rumah. Sekali lagi air mata Kirana mengalir lagi. Dia merasakan dirinya seperti tunggul di rumah ini.

......

   Ayra memandang lama wajah suram Kirana. Baru semalam gadis itu ceria, hari ini sudah berduka semula. Ayra menggelengkan kepalanya. "Jangan-jangan Adam tu gay tak? Tak pun incompetent?" Tuduh Ayra melulu.
   Kirana menoleh mendadak ke arah Ayra. Sangka Ayra, Kirana mahu membentaknya kerana tuduhannya yang tidak berasas. Namun, sangkaannya meleset. Kirana kelihatan takut. "Ayra... Kau rasa macam tu ke?Adam gay? Adam... Gay???" Soal Kirana berkali-kali. Tangannya mencengkam bahu Ayra lalu digoncang laju.
   "Woah! Woah! Stop! Pening aku kau goncang macam ni. Kau ingat aku milkshake ke apa?" Kirana melepaskan cengkamannya. Dia memegang pula kedua-dua belah pipinya.
   "Oh gosh! Suami aku gay? Kan? Kan? Sebab tu dia tak sentuh aku. Dia... Gay?" Ulang Kirana lagi.
   Kali ini giliran Ayra pula mencengkam bahu Kirana lalu ditarik menghadapnya. "Hoi! Kau jangan panik macam ni. Aku teka je. Belum tentu lagi betul. Maybe dia cintakan perempuan lain ke?" Ayra cuba menenangkan Kirana.
   Mata Kirana berkaca. Wajahnya mula berkerut seperti mahu menangis. "That doesn't help Ayra. Sama teruk je." Ujarnya dalam sendu.
   "Haha... Sorry." Ucap Ayra perlahan. Lama Ayra diam membiarkan Kirana mengelap sisa air matanya. "Hah!" Ayra menepuk meja kuliah mendadak. Terhinjut bahu Kirana. Dia memandang pelik ke arah Ayra. "You need to get into his room. Kalau betul dia gay, dia takkan sentuh kau langsung. Kau uji dia. Kalau dah terperap berdua je dalam bilik, mana-mana lelaki boleh kalah. Itupun... Lelaki normallah."
   "Macam mana? Takkan aku nak tiba-tiba tarik bag masuk bilik dia? Malulah..." Ayra terdiam mendengar alasan Kirana. Tiba-tiba telefon Kirana berbunyi. Terpampang nama pemanggil 'Angah' di talian. Kirana dan Ayra memandang lama telefon Nokia itu sebelum mereka saling bertukar pandangan. Perkara yang sama bermain dalam otak mereka.

.....

   "Angah... Mendadak je datang." Tegur Adam. Terkejut juga dia apabila dia mendapat mesej dari Kirana bahawa Aini akan bertandang selama tiga hari di rumah mereka.
   Aini yang sedang seronok berbual dengan kaka iparnya hanya mengoyak sengih. "Angah rindu dengan kak long." Rengek Aini sambil memeluk bahu Kirana. Kirana hanya tersenyum senang.
   "Aih? Rindu dengan Kak long je? Dengan Along?" Usik Adam. Lagaknya seperti anak kecil yang sedang merajuk.
   "Tak pe... Adik rindu dekat Along." Aiman tiba-tiba muncul lalu meloncat ke atas riba Adam. Melatah Adam dibuatnya.
   "Eh? Adik pun ikut sekali?" Soal Adam kehairanan. Yang dia tahu Aini sahaja yang mahu menumpang di rumahnya. Matanya melirik ke arah Kirana yang hanya mengangkat bahu.
   "Mestilah... Adik kan rindu Along. Along belanja la kita makan dekat luar malam ni..." Pujuk Aiman.
   "Okay then... Pergi bersiap." Putus Adam disambut sorakan gembira Aiman dan Aini. Dua beradik itu berlumba-lumba ke bilik Kirana. Tinggallah Kirana dan Adam sahaja di ruang tamu.
   "Macam mana dengan barang kau dekat bilik tu?" Soal Adam mendadak.
   "Saya dah pindah semua dalam bilik awak. Apa-apa pun, kita kena sebilik selama tiga hari ni." Ujar Kirana. Sedikitpun dia tidak bertentang mata dengan Adam. Takut pula suaminya itu dapat menghidu rancangannya.
   Adam hanya mengangguk faham. "Kau pun pergilah bersiap." Arahnya.

......

   Mata Kirana masih terkebil memandang syiling. Kedengaran dengkuran halus di sebelahnya. Lena betul Adam tidur membelakanginya. Sakit pula hatinya. Adam ini seperti kucing yang sudah dikasi. Tak ada keinginan langsungkah suaminya terhadapnya? Nanti, Adam tidak jadi kucing, dia yang jadi harimau. Diterkam sahaja Adam. Habis cerita.
   Lamunan Kirana terganggu dengan bunyi deringan telelefon milik Adam. Awalnya dia hanya menanti Adam terjaga sendiri namun lelaki ini tidak juga sedar-sedar. Tidur atau pengsan. "Awak... Telefon..." Kirana menggoncangkan sedikit bahu suaminya. Adam berkalih menghadapnya dengan wajah berkerut. Terganggu agaknya, namun mata lelaki itu masih terkatup rapat.
   Kirana putus asa. Lagipun telefon itu sudah berhenti berbunyi. Dia meneliti wajah Adam yang begitu lena. Jarinya mula mengikuti setiap lekuk wajah Adam tanpa menyentuhnya. Dari kening lelaki itu yang tebal, ke hidungnya yang sedikit mancung hinggalah ke bibir lelaki itu yang agak tebal. Bibir lelaki itu tidaklah merah mana. Tona warnanya lebih sesuai dengan kulit Adam yang agak sawo matang. Yang paling Kirana suka adalah lekuk di dagu Adam. Entah mengapa, dia rasa sesuai lekuk itu dengan bibir Adam yang agak tebal. "Dagu romeo..." Bisik Kirana perlahan.
   Tiba-tiba telefon Adam berbunyi lagi. Akhirnya Kirana sendiri yang menjawab panggilan itu. Entah siapalah yang sibuk mengganggu malam-malam buta begini. Tercebik-cebik bibir Kirana mengomel sendirian. Namun bebelannya terhenti saat mendengar suara gemersik wanita di hujung talian. "You! You janji nak call I. Puas I tunggu. You ni suka tahu buat I marah." Aduhai.... Gedik sungguh perempuan di hujung talian itu.
   Kirana tidak menjawab. Dia memandang tajam ke arah Adam. Betul tekaan Ayra. Adam ada perempuan lain. "You..." Rengek suara itu lagi. "You ni mesti mamai, kan? You tekan butang jawab dalam tidur? Tak apalah. Esok I call you balik." Talian diputuskan. Kirana mencampakkan telefon bimbit Adam ke sebelah lelaki itu. Sakitnya hati dia, tuhan sahaja yang tahu. Betullah cintanya pada Adam selama tiga tahun hanyalah cinta sebelah pihak. Aduh... Bersabarlah hati...

......

   Adam membuka matanya perlahan sebelum dikatup semula. Tangannya diraba ke tepi mencari Kirana. Kosong! Terus dibuka luas matanya. Dia bangkit dari tidurnya dan waktu itulah dia terlihat kelibat Kirana yang selesa tidur di atas lantai berdekatan katil.
   Dia bergerak menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
   Kirana terjaga dari lenanya. Bunyi pancuran air dari bilik air menyapa pendengarannya. Beberapa kali Kirana menggeliat bagi melegakan urat sendinya. Lenguh juga belakang badannya apabila semalam tidur di atas lantai mozek yang keras.
   Kirana mencapai kain tualanya lalu menunggu giliran untuk ke bilik air. Sempat juga dia termenung memikirkan panggilan telefon dari teman wanita Adam malam tadi. Dah ada teman wanita... Patutlah dia mengerekot kesejukan di lantai pun Adam tidak ambil peduli.

.....

   Kirana membuka matanya. Lah... Dia tertidur semula di atas katil sewaktu menunggu giliran untuk ke bilik air. Matanya mengerling jam di atas meja di tepi katil. Sudah pukul tujuh. Mujur dia tidak boleh solat. Kalau tidak, saja mencari dosa pagi-pagi lagi. Kirana mengirai rambutnya sambil bangkit dari pembaringannya.
   Baru dia mahu melangkah, kakinya tersadung sesuatu. Tanpa dapat mengawal keseimbangan, dia terjatuh. Bukan atas lantai... Tapi atas... "Ouch..." Adam mengaduh kesakitan. Dia yang sedang lena di atas sejadah terus terbangun apabila Kirana menyepak kakinya dan menghempap tubuhnya. Terbatuk-batuk lelaki itu.
   Kirana terkebil-kebil sendirian. Jantungnya sudah pun melompat keluar dari jasadnya. Sedap sahaja dia landing di atas dada bidang Adam. Adam segera bangun dari baringnya sekali dengan Kirana yang memang sedap landing di atasnya. Tangannya memaut pinggang Kirana agar isterinya itu tidak melorot sampai ke riba. "Ni kenapa pagi-pagi dah serang orang ni?" Soal Adam mendatar. Kirana diam tidak menjawab. Hanya wajahnya yang semakin merah menyala.
   Kirana cuba bangun dari dakapan Adam, namun Adam menguatkan pautannya pada pinggang Kirana. "Ni, aku nak tanya... Kenapa tidur bawah semalam?" Soalnya lagi masih dengan nada mendatar. Kirana masih membisu. Nak jawab tak nak? Nak jawab tak nak.
   Kirana angkat wajah. Rasanya sakit hatinya takkan terbalas kalau dia pendamkan sahaja. "Siapa Asya?" Soalan Adam dijawab dengan soalan. Berkerut kening Adam. Kirana berlawan pandang dengan Adam. Namun dia kalah juga. Dengan debar yang tidak menentu, dia melarikan anak matanya.
   "Asya mana?" Soal Adam semula.
   Kirana ketap bibir. Amboi dia... Pura-pura tak tahu, ya...
   "Yang menggatal telefon awak malam semalamlah." Tiba-tiba sahaja Kirana melenting membuatkan Adam bertambah hairan. Pertama kali dia mendengar Kirana meninggikan suara.
   Lama Adam terdiam sebelum tawanya pecah mendadak. Bertambah sebal hati Kirana. "Kau cemburu ke?" Soal Adam sebelum menyambung tawanya. "Bagus. Cemburu tanda sayang. Sekurang-kurangnya kau dah mula sayang dengan aku." Tambah Adam.
   Kirana menjeling tajam pada Adam. Mula sayang kepala otak berjambul dia. Sudah tiga tahun dia memendam rasa. Adam sahaja yang tidak pernah menghargai. "Kenapa? Awak nak hina saya kalau saya ada rasa sayang pada awak? Awak nak seksa hati saya sama-sama dengan girlfriend gedik awak?" Sinis nada suara Kirana.
   Tawa Adam mati. Lama lelaki itu merenung wajah Kirana yang masam mencuka. "Cup! Cup! Cup! Aku rasa kita ada salah faham dekat sini. Siapa seksa hati siapa ni?" Adam mula pening dengan bicara Kirana.
   "Awaklah..." Tiba-tiba hati Kirana dipagut sayu. Air mata mula jatuh ke pipi. "Malam perkahwinan kita, awak buat saya macam tak wujud. Awak tak mahu makan semeja dengan saya. Awak tak sudi sentuh saya. Saya berhias untuk awak, awak buat tak tahu. Awak lagi menjauh dari saya. Bila sebilik macam ni pun, awak tak pandang saya. Awak buat tak peduli bila saya tidur atas lantai." Tersekat-sekat suara Kirana meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Air matanya semakin deras mengalir.
   "Hah? Apa kau cakap ni? Malam perkahwinan kita, kau duduk peluk lutut dekat bucu katil macam menangis. Nampak sangat kau tak sudi jadi isteri aku. Takkan aku nak pergi paksa kau. Aku tak reti pujuk-memujuk ni. Pasal makan. Kalau kita semeja, kau selalu nampak tak selera. Tak selera tengok muka aku lah tu. Aku yang sakit hati. Bila kau tiba-tiba pakai baju seksi tu, mestilah aku terkejut. Aku takut aku tak dapat kawal diri, jadi aku keluar. Aku tak nak sebab ikutkan keinginan, kau jadi benci
aku. Dah lah kau nampak macam terpaksa kahwin dengan aku. Aku tak buat apa-apa pun, kau selalu takut dengan aku sampai cakap pun
tergagap-gagap. Aku tak nak nanti kau lagi takut dengan aku kalau aku paksa kau. Bila kau tidur dekat lantai, aku ingatkan kau memang tak sudi sekatil dengan aku." Giliran Adam pula
meluahkan apa yang dia rasa.
   Kirana tergamam. Esakannya sudah berhenti mendengar luahan Adam. "Tapi, saya tunduk... Saya tergagap-gagap sebab saya malu. Sebab saya cintakan awak dari tiga tahun lepas lagi." Ujar Kirana perlahan.
   Adam tersentak. Beberapa ketika pasangan itu terkaku. Cuba mencerna apa yang berlaku sebenarnya. Seketika, tawa kedua-duanya pecah. "Jadi kita salah fahamlah selama ni?" Soal Adam dalam tawa. Dia cuba memeluk tubuh Kirana, namun Kirana pantas menolak.
   "Kejap. Asya siapa?" Soal Kirana lagi. Adam koyak sengih.
   "Asya tu Angah ler. Aku yang suruh dia menyamar. Suruh dia buat kau cemburu. Aku ingat kalau kau cemburu, aku mesti ada peluang." Akui Adam jujur. Kirana menepuk bahu Adam kuat.
   "Saya ingat saya seorang je bertepuk sebelah tangan." Adu Kirana.
   "Saya pun. Kalau saya tak cintakan awak, saya tak terima cadangan papa untuk nikah dengan awak." Bisik Adam dekat di telinga Kirana. "Lain kali kalau cinta, cakap cinta. Kita jangan pendam apa-apa dah." Tambahnya lagi. "I love you..."
    Kalaulah mereka lebih jujur sesama sendiri. Kalaulah mereka tidak diamkan sahaja apa yang bermain di hati mereka, rasanya tidak akan wujud salah faham begini sekali. Akhirnya dua pasang pengantin yang baru menemui suara hati masing-masing bersatu dalam pelukan.

.....

Epilog....

    "Weyh, Kirana. Aku ada idea macam mana nak ngorat laki kau." Ayra ternganga. Sebaik sahaja habis ayatnya, baru dia perasan kehadiran Adam di situ. "Wah... Siap berback hug lagi." Usik Ayra.
   Ayra menepuk lengan Ayra. "Plan aku yang mana satu menjadi ni?" Soalnya lurus. Kirana dan Adam sama-sama tertawa.



















































































































10 comments:

  1. Oklah citer ni.. dn lawak sbb dorng salh fhm

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah baik jalan cerita

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah baik jalan cerita

    ReplyDelete
  4. Hahahahah...salah faham rupanya Si kucing dgan ikan ni

    ReplyDelete
  5. Hahahahah...salah faham rupanya Si kucing dgan ikan ni

    ReplyDelete
  6. Bestttttt.....superbbbb......����������

    ReplyDelete
  7. hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
    domino qiu qiu online Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
    ayok segera bergabung ya gan.

    ReplyDelete
  8. wah bgus ada yg lain lagi gk kak tntang muslim

    ReplyDelete
  9. Cerita simple tapi sangat best.. Terbaiklh.. 👍

    ReplyDelete