cerpen : semanis madu
Suraya terduduk di
sofa hitam empuk itu. Dia benar-benar terkejut dengan berita yang disampaikan
ayahnya itu. Kahwin? Kepalanya menjadi berat. Kalau dia berkahwin dengan
pilihan ayahnya, dimana dia mahu meletakkan kekasih hatinya Irfan. Mungkin
mereka tidak pernah merasmikan hubungan mereka sebagai sepasang kekasih. Tapi,
dia mengerti benar mata yang bermain bicara. Lelaki itu mengasihinya. Dan dia?
Hanya Irfan yang dia harap menjadi imam hidupnya.
"Ayah... Su
sedang menunggu seseorang." Lembut Suraya berbicara. Encik Sufian merenung
wajah anak gadis kesayangannya itu. Puan Nursyida memeluk bahu anaknya.
"Su... Ayah
bukan hendak memaksa. Tapi, Rusdi itu kawan baik ayah. Sepuluh tahun
persahabatan kami terlalu berharga. Dan dia benar-benar mengharapkan Su menjadi
menantu dia." Encik Sufian memeluk tubuh. Dia tersepit antara anak dan
rakan. Rusdi itulah sahabatnya dunia akhirat. Entah apa yang membuatkan rakan
baiknya itu sehingga merayu padanya demi menjadikan Suraya sebagai menantunya.
"Tapi, bang.
Kan Su dah ada pilihan dia sendiri." Puan Nursyida cuba memujuk suaminya
itu. Encik Sufian melepaskan keluhan halus. Dia melabuhkan punggung di sebelah
Suraya. Suraya yang diapit kedua-dua ibu bapanya itu diam menunduk.
"Su anak yang
baik. Ayah tahu. Ayah memang tak berguna sebab ayah lukakan hati Su. Tapi, Su
tak bolehkah penuhi permintaan ayah ni? Selama ni ayah tak pernah minta apa-apa
dari Su. Segala keputusan hidup Su ayah serahkan sepenuhnya pada Su. Tak
bolehkah Su cuba memberikan apa yang ayah minta ni? Mana tahu ini sajalah
permintaan pertama dan terakhir ayah." Perlahan suara itu menyapa telinga
Suraya. Wajah ayahnya dipandang hiba. Hatinya luluh mendengar bicara ayahnya.
"Su fikirlah dulu. Ayah terima keputusan Su. Ayah tak akan paksa Su."
Encik Sufian bangkit meninggalkan anak dan isterinya di ruang tamu.
Suraya memandang
wajah ibunya. Air mata yang membasahi pipinya disapu dengan telapak tangan
ibunya yang terasa sedikit kasar. Mereka berpelukan.
●●●●●
Suraya termenung
melihat jalan tar yang agak sibuk dengan kenderaan yang bersimpang siur.
Suasana gamat di warung tepi jalan itu sedikitpun tidak menarik minatnya.
Mindanya masih melayang memikirkan permintaan ayahnya di kampung seminggu yang
lepas. Selama seminggu itu juga dia tidak berhenti mendirikan solat istikharah
dengan harapan Allah memberikan dia hidayah. Agar dia dapat memilih jalan yang
tepat. Tapi, hampa. Dia masih belum dapat membuat keputusan.
"Su... Aku
tengok kau lain je semenjak dua menjak ni. Kau okay tak?" Suara Aini,
rakan baiknya memanggil fikiran Suraya kembali ke alam nyata. Dia melemparkan
senyuman hambar pada Aini, Gadis kecil molek berwajah cina itu.
"Aku okay.
Masalah aku bukan besar sangat pun." Ujar Suraya bersahaja. Yalah tak
besar. Kalau tak besar, masakan tidurnya terganggu, seleranya mati, fikirannya
kusut.
"Eh, itu Irfan
dengan Syam tu." Suraya tersentak. Seminggu ini dia mengelakkan diri dari
jejaka itu. Nampaknya sudah terikat takdirnya untuk bertemu dengan lelaki itu
hari ini. Suraya hanya memerhati Aini yang menjemput Irfan dan Syamsul duduk di
meja yang sama menjamu selera. Aini beralih tempat duduk ke sebelah Suraya
manakala Irfan dan Syamsul mengambil tempat duduk bertentangan dengan mereka.
"Lama tak
jumpa." Ujar Irfan. Matanya bertaut sebentar dengan Suraya sebelum gadis
itu mejatuhkankan pandangan.
"Itulah...
Nama sahaja satu pejabat." Sampuk Syamsul. Aini hanya tersengih. Suraya
pula sudah serba tidak kena. Dia tahu mata Irfan masih tertancap di wajahnya.
"Macam ada
yang sengaja tak mahu berjumpa." Terus Suraya yang sedang menyedut minuman
tersedak mendengar luahan Irfan. Serkap jarang atau lelaki itu memang terasa
akan perubahan sikapnya. Aini sudah menggosok-gosok belakang gadis itu sambil
mulutnya tidak berhenti membebel.
●●●●●
Mereka berempat
beriringan balik ke pejabat. Aini begitu rancak berbual dengan Syamsul. Mereka
itu jika diteliti seperti pasangan bercinta. Tetapi Aini berhabis menafikannya.
Katanya dia hanya berkawan. Jika mahu bercinta, dia kurang berkenan dengan
Syamsul yang agak terkenal dengan sikap kasanovanya. Lelaki itu bukannya
bercinta dengan ramai wanita. Tetapi gelaran itu lekat kerana sikapnya yang
terlebih ramah.
Irfan
memperlahankan langkah agar seiring dengan Suraya yang agak ketinggalan.
"Awak ada masalah ke?" Soal Irfan. Wajah jernih itu ditenung sebelum
dia mengalihkan pandangan. Tidak mahu terlalu hanyut dengan rasa cinta buat
gadis itu. Batas harus dijaga.
Suraya diam. Dia
harus berterus-terang dengan Irfan. Mana tahu masalah yang memberat di
kepalanya sedikit berkurang. "Ayah nak jodohkan saya dengan anak kawan
baik dia." Langkah Irfan terhenti mendadak. Dia memandang wajah itu dengan
rasa tidak percaya. Suraya turut menghentikan langkahnya.
"Awak
terima?" Soal Irfan lagi. Hatinya berkocak hebat. Janganlah dia kehilangan
gadis ini. Dia tidak sanggup. Meski gadis ini bukan kekasihnya, tapi hatinya
sudah mengukir nama itu. Diam Suraya menambah lagi gelisah di jiwa. Suraya
kembali mengatur langkah membiarkan soalan Irfan berlalu di bawa angin. Dia
sendiri masih belum ada jawapan.
●●●●●
"No, papa!
I've already have someone." Bentak Lutfi. Dia mengetap bibir saat mata
Encik Rusdi mencerlung ke arahnya.
"Someone?
Siapa? Amelia?" Sinis nada suara Encik Rusdi. Tidak! Hatinya secuit pun
tidak berkenan dengan gadis berdarah campur itu. Mata tuanya berbulu melihat
penampilan gadis itu yang seksi.
"Yes, pa! And
I love her." Lutfi masih tidak mahu mengalah. Masakan dia mahu dijodohkan
dengan anak kawan baik papanya sedangkan hatinya sudah diserahkan kepada
Amelia. Sudahlah gadis yang mahu dijodohkan dengannya itu tidak pernah dia
temui. Macam mana mahu jumpa jika dari kecil dia tinggal bersama mamanya di
London.
Encik Rusdi
mengeluh. Mustahil dia akan biarkan Lutfi bersama gadis seperti itu. Sudahlah
iman si Lutfi itu pun turun naik. Disuruh solat pun liat mengalahkan dodol
terlebih masak. Nanti kedua-duanya hanyut dengan keduniaan hingga akhirat
dilupakan.
"Suraya tu
budak yang baik. Beriman. Pandai menjaga aurat dan diri. Sopan santun. Semua
sikap baik ada pada dia." Rusdi cuba memujuk. Moga anaknya ini menerima.
"Amelia pun
boleh berubah. Lutfi boleh bimbing dia." Encik Rusdi sudah tersenyum sinis
mendengar bicara anaknya.
"Bimbing? Awak
tu sendiri terumbang-ambing. Solat pun entah ke mana. Ada hati nak membimbing
si Amelia tu? Silap hari bulan dengan awak-awak jadi sosial!" Marah Encik
Rusdi. Lutfi terdiam. "Sudah! Ini keputusan muktamad papa. NO
EXCUSES!" Tekan Encik Rusdi lagi sebelum berlalu meninggalkan Lutfi
terpinga-pinga seorang diri di ruang tamu.
●●●●●
"Kasih ibu
membawa ke syurga... Kasih ayah sepanjang masa..." Suraya membaca
bait-bait mutiara kata yang dia baca di laman facebook. Dia mengeluh perlahan.
Janganlah terlalu ikutkan hati, nanti merana diri. Cinta si ayah mampu memadam
cinta si kekasih. Lagipun, kasih antara mereka tak pasti. Apalah yang
diharapkan? Kalau telah tertulis Irfan bukan jodohnya, sampai bila-bila pun
mereka tidak akan bersatu.
Suraya memejamkan
mata. Kasih yang dipendam bukannya sedikit. Rindu yang ditanggung bukannya
ringan. Tapi, dia harus lepaskan. Demi menunaikan hasrat ayahnya. Walau ayahnya
tidak pernah memaksa, namun sinar di mata tua itu dia tidak dapat pedulikan.
Suraya nekad!
Keputusan yang dibuat adalah bulat! Demi si ayah, seribu Irfan mahupun sejuta Irfan
sanggup dia lupakan.
●●●●●
Encik Sufian
memandang wajah anaknya itu. Dia tahu wajah gembira anaknya itu hanyalah
lakonan semata. Namun, terselit rasa bangga seorang ayah di hati bila si anak
memilih kasihnya melebihi segala-galanya. Dahi anaknya dikucup lama.
"Anak ayah dah
jadi isteri orang. Jalankan tanggungjawab dengan baik." Suraya mengangguk
laju. Sebak yang memalu dada cuba di tahan. Kini wajah menantunya dipandang.
"Lutfi jaga anak ayah ni baik-baik. Sekarang amanah ini sudah bertukar tangan
menjadi amanah Lutfi." Bahu Lutfi di tepuk lembut.
"Baik
ayah." Ringkas dan mendatar jawapannya. Entah ikhlas entahkan tidak. Namun
dia terkedu saat Encik Sufian menariknya ke dalam pelukan. Papanya sendiri
sudah lama tidak memeluknya. Apatah lagi mereka sering berselisih pendapat.
Pelukan itu turut di balas erat. Ada rasa terharu terbit di hatinya.
Suraya pula turut
memeluk tubuh ibu dan ayahnya. Berat rasanya memikirkan tanggungjawab yang
bakal dia pikul sebagai seorang isteri. Dia bukannya tidak tahu bahawa Lutfi
turut terpaksa menikahinya. Dia bukannya buta dan bodoh untuk menilai layanan
lelaki itu sepanjang kenduri di rumah pihak lelaki.
"Su..."
Aini muncul. Suraya mendapatkan Aini sambil tersenyum manis. "Bestlah kau
dah kahwin. Aku juga yang single memanjang." Suraya tertawa. "Kahwin
atur sweet tahu? Macam dalam novel." Suraya menarik hidung Aini yang sudah
berangan itu. Dia yang kahwin, Aini pula yang melebih-lebih.
Ketawa mereka
bersatu sebelum mereka berpelukan. "Aku balik dulu, ya?" Ujar Aini
tersenyum lebar. Suraya mengangguk dan menghantar Aini dengan pandangan mata.
"Mak dengan
ayah pun nak balik." Puan Nursyida menepuk bahu Suraya.
"Tak nak tidur
sini, Pian?" Soal Encik Rusdi yang tiba-tiba muncul.
"Tak payahlah.
Rumah kita kan satu kampung je. Jalan kaki pun boleh sampai." Balas Encik
Sufian. Encik Rusdi mengangguk. Mereka berbalas senyuman. Gembira persahabatan
yang selama ini mereka jaga kini berakhir sebagai satu keluarga.
●●●●●
Suraya menutup
novel 'Andai itu Takdirnya' karya Siti Rosmizah. Janganlah nasibnya seperti
Aliya yang didera Syed Aizril. Tapi, kalau itu yang terjadi dia tidak akan
teragak-agak menuntut cerai. Dia bukanlah gadis yang bodoh. Baru Suraya mahu
melelapkan mata, pintu bilik itu dikuak. Terjengul wajah masam Lutfi di situ.
Dia terus menuju ke katil lalu merebahkan tubuh membelakangi Suraya.
Suraya yang melihat
sudah berkerut keningnya. Takkan masuk-masuk terus tidur? Solat Isya' pun belum
ni. Bahu Lutfi disentuh sebelum tangannya di tepis membuatkan Suraya tersentak.
Lutfi duduk bersandar di birai katil sebelum merenung tajam wajah Suraya.
"Perkahwinan
ni bukan atas kerelaan aku. Jadi jangan harap aku akan sentuh kau."
Marahnya melulu namun suaranya direndahkan. Mungkin takut Encik Rusdi
terdengar. "Aku sudah ada seseorang dan aku takkan mengkhianati dia. Dan
dia jauh lebih cantik dari kau." Suraya sudah terpinga-pinga. Aik? Sebiji
macam dalam novel. "Dan kau..."
Belum sempat Lutfi
menghabiskan kata-katanya, Suraya sudah mengangkat tangan. Telapak tangannya di
hala ke arah Lutfi agar lelaki itu berhenti berbicara. Bulat mata lelaki itu
memandang wajah Suraya yang nampak seperti menahan tawa. Akhirnya pecah juga
tawa gadis itu. Bertambah bulat mata lelaki itu yang sememangnya bulat.
"Awak... Ayat awak fotokopi novel."
Ujar Suraya setelah tawanya sedikit reda. "Kelakar pula rasanya."
Ujarnya lagi yang masih dengan sisa tawa.
Dahi Lutfi sudah
berlapis melihat reaksi Suraya. Ada pula gadis ini bantai gelak. Punyalah penat
dia menghafal ayat-ayat pedas itu. Hati kayu jiwa batu ke apa? Kalau perempuan
normal mesti dah bersedih mendengar kata-katanya.
"Awak terpaksa
kahwin? Okay, check! Awak dah ada awek? Double check! Kalau ada apa-apa lagi
awak nak beritahu, saya sudi dengar. Tapi, sekarang ni awak pergi solat Isya'
dulu." Arah Suraya sambil membuat isyarat tangan seperti menghalau
lagaknya. Lutfi masih ternganga di situ. Gila selamba isterinya ini. Aik? Dah
mengaku isteri?
Melihatkan Lutfi
yang masih terkaku di situ, Suraya menampar lembut bahu suaminya itu.
"Pergilah... Baik awak sembahyang sebelum saya sembahyangkan awak."
Marah Suraya. Marah yang dibuat-buat. Lutfi bagai dipukau, menurut sahaja
kata-kata isterinya.
●●●●●
"Sampai hati
you buat I macam ni." Lirih suara Amelia. Air matanya sudah mengalir laju
membasahi pipi. Lutfi sudah tidak terkata apa. "You bagi telefon you
sekarang!" Arah Amelia. Suaranya kedengaran serak. Lutfi segera menghulur
telefon samsung miliknya. "Siapa nama bini you?" Soal Amelia dengan
wajah menyinga.
"Suraya..." Lambat-lambat Lutfi menjawab. Dia melihat jari
runcing Amelia lincah bermain di skrin telefon itu sebelum ia dilekapkan di
telinganya.
"Hello?
Suraya. I'm Amelia, girlfriend Lutfi. We need to talk." Amelia diam
sejenak sebelum bersuara. "Garden Cafe. Right now!" Amelia kemudian
mematikan panggilan. Lutfi melopong. Ganas juga aweknya ini.
●●●●●
Suraya melangkah
laju sebaik memarkirkan keretanya berhampiran Garden Cafe. Dia melangkah masuk
ke kafe itu. Lega sedikit rasa bahang mentari di luar sebaik pendingin hawa
kafe itu menyapa tubuhnya. Dia memanjangkan leher mencari suaminya. Matanya
tertancap di satu sudut. Kelihatan suaminya sedang duduk bersama seorang gadis
berambut lurus perang membelakanginya. Dia menghela nafas panjang sebelum
mendapatkan mereka.
"Assalamualaikum..." Sapa Suraya. Hanya Lutfi yang menjawab
salamnya. Dia mengambil tempat di sebelah Lutfi. Manakala gadis berwajah pan
asia itu memandangnya dengan pandangan yang sukar di tafsir.
Lutfi memegang
tengkuk sambil matanya meliar ke seluruh kawasan kafe. Agak penuh juga dengan
pelanggan di waktu rehat ini. Janganlah berlaku perang dunia kedua pula di
sini. Malu gamaknya.
Amelia yang sudah
bersedia dengan peluru untuk mengeluarkan berdas-das kata-kata pedas pada
suraya seperti tertelan kembali tujahan kata-katanya. Dia sendiri tersentak
melihat gadis ayu dihadapannya. Mereka bagaikan langit dan bumi. Dia yang
memakai dress berwarna krim tanpa lengan digandingkan dengan jeans hitam paras
lutut sangat berbeda dengan Suraya yang berjubah ungu pekat dengan tudung labuh
ungu muda. Dia jadi malu sendiri. Patutlah Encik Rusdi memilih Suraya sebagai
menantunya.
Lama meja itu sepi
tanpa bicara. Lutfi yang memerhati menjadi pelik melihat Amelia yang diam kaku
ditempatnya. 'Cat got her tounge or what?' Bisik hati Lutfi. Wajah Amelia yang
tadinya seperti naga yang mahu menyembur api kini tinggal asap semata.
Suraya berdehem
seketika menghilangkan rasa kekok. "Amelia... Lutfi ada beritahu tentang
Amelia. Saya minta maaf, tapi bukan niat saya untuk lukakan hati Amelia. Tapi,
sudah tertulis yang saya sebagai isteri Lutfi Zulkarnain." Lembut suara
Suraya meluahkan apa yang dia rasa. Lutfi dan Amelia sama-sama mendiamkan diri.
"Semua ini adalah jodoh ketentuan Allah. Kalau ada jodoh antara Amelia dan
Lutfi pula, saya tak dapat nak halang."
Lutfi dan Amelia
sama-sama tersentak. Suraya berpura-pura melirik jam di tangannya.
"Alamak... Waktu rehat saya dah nak habis. Nanti lambat pula saya masuk
pejabat." Suraya bangun lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan
Amelia. Lambat-lambat Amelia menyambut huluran salam itu. Senyuman ikhlas
Suraya benar-benar membuatnya terpana. "Nice to meet you." Ujar
Suraya ikhlas sebelum tangan Lutfi pula dicium penuh hormat. Niatnya untuk
mencium pipi suaminya seperti sebelum berangkat ke tempat kerja terbantut
memikirkan Amelia yang masih memerhati.
Lutfi memerhati
isterinya yang semakin menjauh. Isterinya itu tidak ada perasaan cemburukah?
Memang betullah gadis itu berhati kayu berjiwa batu. Dia memegang pipi kanannya
yang dikucup lembut isterinya pagi tadi. Berkocak juga hati lelakinya. Tapi,
melihatkan sikap isterinya itu dia jadi keliru. Ada cinta atau tidak dalam hati
Suraya buatnya?
●●●●●
Suraya sedaya upaya
menahan tubuhnya yang menggigil. Bibirnya mengukir senyuman namun terasa
sumbing. Baru beberapa hari berkahwin, dia bakal mendapat madu. Hati wanita
mana yang tak terluka. Hati isteri mana yang tak tercalar saat kasih suami
terpaksa dikongsi. Benar, dia masih dalam proses belajar mengenali dan
mencintai suaminya namun mustahil jiwa wanitanya tidak tercuit dengan kejadian
tadi. Walaupun tidak terlalu parah namun rasa kecewa itu ada. Rasa kecewa dan
takut kerana dia tahu pada siapa hati suaminya. Mampukah Lutfi berlaku adil antara
dia dan Amelia sedang cinta Lutfi buat Amelia. Dia tidak mahu bahu suaminya
senget di akhirat nanti disebabkan dia. Tapi, dia juga tidak mahu kerana dia
suaminya dan Amelia mungkin terperangkap dalam lembah zina. Ah! Susah menjadi
isteri bukan pilihan ini.
"Su, kau
kenapa? Rindu suami ke?" Sergah Aini. Suraya berpaling. Riak wajahnya
dikawal. Sempat matanya melirik ke arah Irfan yang sibuk berbual dengan
beberapa rakan pejabat yang lain berdekatan mejanya. Maklumlah waktu rehat
masih berbaki.
Seketika, Irfan
turut membalas renungannya sebelum melarikan pandangan. Hati Suraya dilanda
sebak. Kalaulah dahulu dia memilih Irfan, pasti dia tidak terperangkap dalam
masalah ini. Astaghfirullahalazim... Hatinya segera beristighfar. Tak guna kau
menyesal, Suraya. Keputusan telah dibuat. Dan kau sendiri telah tekad. Sekarang
kau tongkah arus itu dengan hati yang tabah. Pasti ada jalan bahagia buat kau.
Irfan pula?
Pandailah dia mencari bahagia sendiri. Jodoh mereka tiada. Tidak akan ada lagi
kisah antara Suraya dan Irfan. Hanya Suraya dan Lutfi. Kini dia milik Lutfi.
Sepenuhnya....
●●●●●
"Apa Su cakap
ni?" Encik Rusdi terkejut menerima kunjungan mengejut menantunya.
Bertambah terkejut saat Suraya menyuarakan hasrat agar dia masuk meminang
Amelia buat lutfi.
"Amelia dan
Lutfi saling bercinta, papa." Encik Rusdi melabuhkan punggung di sebelah
Suraya. Dia memeluk bahu menantunya itu.
"Cinta itu
boleh dibuang. Lutfi suami Su. Takkan mahu dia kahwin dengan Amelia? Sudahlah
pakaian entah apa-apa. Nanti Lutfi terikut dengan sikap Amelia yang terlalu
sosial. Lagipun, Su langsung tak cintakan suami su ke sampai Su sanggup
menyerahkan dia pada perempuan lain?" Soal Encik Rusdi. Suraya menentang
mata itu.
"Bukan senang
nak buang rasa cinta. Lagi di tegah lagi rasa itu kuat. Lagipun, Su bimbang
kalau kita tak halalkan hubungan antara mereka, mereka akan terlanjur."
Benar. Semakin ditegah itulah semakin mekar bunga cinta itu. Janganlah hingga
berlaku zina hendaknya. "Su masih belajar untuk mencintai Lutfi."
Tambah Suraya perlahan. Mungkin kerana rasa cinta itu masih belum ada, dia
sanggup berkongsi kasih. Malah jika Lutfi menceraikan dia, dia rasa dia tidak
akan dihurung kecewa yang melampau. Tapi, bukan bermakna dia memilih
penceraian.
"Tidak! Papa
tidak setuju. Nanti apa kata ayah dan mak Su. Apa kata orang kampung? Baru
beberapa hari kahwin dah nak kahwin lagi?" Encik Rusdi berpeluk tubuh.
Tegas nada suara lelaki tua itu. Ketegasan seorang bekas askar yang tidak akan
luntur.
"Papa... Apa
orang nak kata terserahlah. Penat nanti, tutup juga mulut mereka. Ayah dan mak,
biar Su yang terangkan. Yang penting sekarang, cara lebih selamat bagi Lutfi
dan Amelia adalah pernikahan. Yang penting, apa yang Allah kata. Mungkin
selepas mereka nikah, Lutfi dapat ubah Amelia." Encik Rusdi tersenyum
sinis.
"Nak ubah
macam mana kalau dia sendiri pun tak jaga iman. Nanti silap haribulan, dua-dua
hanyut." Suraya menggelengkan kepalanya.
"Su ada. Papa
ada. Ayah dan mak pun boleh tolong. Kita sama-sama ubah mereka. Lagipun,
papa... Su memang takut tak mampu ubah Lutfi sendiri." Lirih suara Suraya.
Serta-merta Encik
Rusdi diserbu rasa bersalah. Dia khilaf menjadikan Suraya menantunya, isteri
kepada anaknya yang lalai itu. Suraya sepatutnya mendapat yang lebih baik. Dia
terlalu memikirkan nasib anaknya hingga perasaan Suraya, apa yang selayaknya
suraya dapat, dia tidak fikirkan.
"Su tahu, kan.
Hidup bermadu ni susah. Jangan nanti Su yang menjeruk rasa." Suara Encik
Rusdi kembali kendur.
"Insyaallah Su
redha. Su akan cuba sedaya Su. Tapi, Su perlukan sokongan papa." Suasana
kembali hening. Encik Rusdi diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
●●●●●
Lutfi sudah resah
di kamar. Ke mana pula perginya Suraya? Sudah pukul sebelas malam tapi bayang
isterinya pun masih tidak kelihatan. Jiwanya dibalut resah dan bimbang. Tak
mungkin isterinya itu merajuk dengan hal petang tadi sehingga melarikan diri?
Tapi, segala baju dan barang peribadi isterinya masih tersimpan kemas di rumah
ini.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi enjin kereta memasuki kawasan rumahnya. Segera dia menjenguk
dari bilik tidur tingkat atas itu. Jelas kereta MyVi merah milik isterinya di
ruang garaj. Segera dia melangkah keluar dari bilik untuk turun ke ruang tamu.
Dia membuka pintu
utama. Jelas wajah Suraya sedikit tersentak sebelum gadis itu menyalami
tangannya seperti biasa dan pipinya turut dikucup lembut. Namun, hatinya yang
mendongkol geram masih belum sejuk. Segala kerisauannya bertukar menjadi
kemarahan. "Pergi mana, tengah malam baru jumpa jalan balik rumah?"
Soal Lutfi.
Suraya yang baru
sahaja melabuhkan punggung di sofa empuk itu terus angkat wajah mendengar nada
suara Lutfi yang kedengaran lain. "Saya balik rumah papa. Kan saya dah
mesej awak?" Terang Suraya.
Alamak! Dia mesej
ke? Tapi, telefonnya habis bateri. Patutlah... Eh, nanti! Balik rumah papa?
Balik pahang? "Awak biar betul? Ulang-alik Pahang sorang-sorang." Lutfi
turut duduk di sebelah Suraya. Nada suaranya sedikit tinggi. Suraya diam tidak
menjawab. "Lain kali, jangan buat macam ni. Memandu jauh-jauh
sorang-sorang. Sampai lewat malam pula tu. Saya tak benarkan. Bahaya!"
Bebel Lutfi.
Suraya tersenyum.
Bimbang juga Lutfi akan dirinya. Lengan sasa Lutfi dipeluk lalu kepalanya yang
masih dibalut tudung disandarkan di bahu suaminya itu.
"Ni kenapa
pula ni?" Soal Lutfi tidak selesa. Mana nak selesa, tergugat iman...
Senyuman Suraya
makin melebar. "Terima kasih bimbangkan saya. Terharu..." Ucap Suraya
sambil ketawa kecil. Lutfi menarik lengannya. Terasa darah menyerbu ke wajahnya
dengan tindakan selamba isterinya itu.
"Tak ada
mananya saya nak bimbangkan awak. Sa... Ssa... Saya bimbangkan kereta MyVi tu.
Buatnya rosak, kan kesian kereta tu." Ujar Lutfi kalut. Suraya ketawa lagi
mendengar jawapan tidak masuk akal suaminya itu.
'Alahai... Laki aku
ni... Comel!'
●●●●●
Lutfi terkedu.
Benarkah apa yang Encik Rusdi sampaikan melalui panggilan telefon tadi? Dia dan
Amelia? Lutfi menelan liur. Suraya! Suraya mana? Mana Suraya? Dia mula mencari
isterinya.
Matanya tertancap
pada isterinya yang baru keluar dari bilik dan mahu menuruni anak tangga.
Dengan langkah terkocoh-kocoh, dia cuba mendapatkan isterinya. Malang tidak
berbau. Kakinya tergelincir di hujung tangga. Mujur batang tubuhnya tidak
tergolek jatuh ke bawah. Suraya yang melihat kemalangan itu segera mendapatkan
suaminya.
"Ya Allah!
Awak... Awak okay tak ni?" Soal Suraya risau. Bertambah kalut dia melihat
wajah Lutfi yang menyeringai kesakitan. Dia membantu suaminya bangun.
"Awak boleh jalan tak?" Soalnya lagi. Lutfi cuba melangkah namun
sakit yang mencucuk membuat dia hampir jatuh terduduk semula. Mujur Suraya
lebih cepat menyambut tubuh itu. Akhirnya tubuh kecil Suraya menjadi tempat
berpaut. Buat pertama kalinya Lutfi memeluk isterinya itu. "Kita pergi
klinik." Aju Suraya. Lutfi pantas menggeleng.
"Atas... Papah
saya sampai bilik." Lutfi sudah memusingkan tubuh isterinya. Suraya
terpaksa menurut. Dipapahnya Lutfi dengan berhati-hati hingga ke bilik. Suraya
membaringkan atau lebih tepat, mencampakkan tubuh Lutfi yang jauh lebih berat
darinya di atas katil. Dengan dia-dia sekali turut tercampak di atas katil
dengan wajahnya tersembab ke dada bidang Lutfi. Baru Suraya mahu bangkit dari
terus menghempap tubuh Lutfi, pergerakannya terhenti.
Alamak! Lekat pula.
Suraya cuba meleraikan hujung rambut panjangnya yang terlekat si butang baju
melayu Lutfi. "Awak... Lekat." Suraya memberitahu dengan harapan
Lutfi membantunya. Matanya masih tertancap pada belitan rambutnya di butang
baju melayu itu. Namun pergerakan tangannya terhenti bila dia merasa ubun-ubunnya
dibelai lembut. Suraya mengangkat wajah. Lutfi sedang merenungnya dengan
pandangan yang sukar ditafsir.
Terasa lengan
Suraya ditarik agar gadis itu mengensot ke atas sedikit setara dengan wajah
Lutfi. Mujur hanya hujung rambutnya yang terlekat, jika tidak... Mahu tercabut
kulit kepalanya. Lutfi mengucup lama dahi isterinya. Segala ingatannya tentang
berita yang disampaikan papanya terbang entah ke mana. Yang ada dalam otaknya
kini hanya Suraya. Baru bibirnya mahu singgah ke bibir merah Suraya, deringan telefon
membantutkan niatnya.
Lutfi segera
mencapai telefon di meja berdekatan kepala katil. Suraya masih kejap dalam
pelukannya. Sedikitpun gadis itu tidak berkutik. Kalau diikutkan suraya, memang
dia mahu lari jauh-jauh dari Lutfi, tapi rambutnya masih lagi tersekat
menyebabkan dia kaku dalam pelukan lutfi. Jantung pula sudah lama berdegup
kencang seolah dia baru menamatkan larian pecut 100 meter.
●●●●●
Lutfi berdengkur
halus. Selesa Suraya di dalam pelukannya. Biarlah dia melayari mimpi indah
malam itu. Tapi, tidak bagi Suraya. Gadis itu masih berusaha meleraikan belitan
rambutnya itu.
Lutfi terjaga
dengan pergerakan Suraya. "Tak boleh lepas lagi ke?" Soal Lutfi
separuh mamai. Suraya menggelengkan kepalanya. Lutfi memincingkan matanya yang
bulat. Dia pula cuba membuka belitan itu. Susah!
Lutfi bangkit dari
baringnya, begitu juga Suraya. Namun tindakan Lutfi seterusnya benar-benar
membuat jantung Suraya mahu melompat keluar dari jasadnya. Masakan tidak, Lutfi
dengan bersahaja menanggalkan bajunya dan tinggallah dia dengan hanya berkain
pelekat.
"Dah!
Beres..." Jerit Lutfi teruja saat dia berjaya merungkai belitan itu.
Senyumannya sedikit mengendur saat merenung wajah isterinya yang merah. Dia
tersenyum nakal. Ingatkan kayu sangat isterinya itu. Rupanya tahu malu juga.
"Sambung tidur..." Lutfi terus menarik Suraya ke dalam pelukannya.
Erat sekali. Tubuh kaku isterinya membuatkan dia geli hati. Tapi, sungguh dia
selesa begitu.
Suraya pula sudah
mahu pengsan menahan debaran. Silap haribulan, boleh kena serangan jantung dia
dibuatnya. Panas tubuh Lutfi tidak sepanas wajahnya yang sudah rasa seperti
terbakar saat ini. Ingatkan Lutfi ini pemalu. Sekali datang angin nakalnya....
isyk! Isyk! Isyk! Malunya!
●●●●●
Lutfi tersentak
saat pintu bilik pejabatnya dibuka dari luar. Terjengul wajah kalut Amelia.
Kerja Lutfi terhenti. Dia menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa dengan berita
yang papanya sampaikan?
Amelia mendekat.
Tangannya menepuk meja Lutfi. "You! You tahu tak papa you masuk meminang
I?" Soalnya agak keras. Wajahnya benar-benar nampak serabut. Lambat-lambat
Lutfi mengangguk. Amelia terduduk di kerusi berhadapan Lutfi. "Suraya punya
idea, kan?" Lutfi masih mengangguk. "I tak nak bermadu!" Ujarnya
tegas.
"Lia... I pun
tak sangka Su bertindak sejauh tu. You tak nak kahwin dengan I, you tolak
sahaja." Ujar Lutfi. Sangkanya Amelia sudah membencinya sejak
pernikahannya dengan Suraya. Walaupun dia juga kecewa dengan perakhiran cinta
mereka, tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa.
"Siapa kata I
tak nak kahwin dengan you? I cuma tak nak bermadu." Lutfi tersentak.
Sangkaannya meleset. Dia bahagia jika benar kekasih hatinya itu sudi menjadi
suri hidupnya, tapi... Jika Amelia tidak ingin bermadu, bermakna dia terpaksa
menceraikan Suraya?
Sanggupkah dia
menceraikan isterinya itu sedang segala tanggungjawab Suraya dijalankan dengan
sempurna. Suraya isteri yang baik. Dan kerana tunjuk ajar dan ketegasan suraya
juga dia sudah menjaga solatnya. Tapi, adakah di mencintai Suraya? Kalau dia
tidak cinta, kenapa dia tidak boleh lepaskan isterinya itu?
"You!"
Amelia membentak melihat Lutfi yang hanya diam tanpa bicara. Gayanya seperti
orang berkhayal sahaja. Lutfi menelan liur. Dia tidak dapat memberi jawapan...
●●●●●
Suraya membelek
jubah di butik First Lady itu. Banyak sungguh rekaan yang cantik-cantik dan
menawan. Tapi, dia ke sini bukan untuk membeli jubah buat dirinya tetapi
sebagai hadiah perkahwinan buat Amelia, bakal madunya. Suraya melepaskan
keluhan halus. Hatinya dilanda resah. Kenapa waktu ini baru dia merasakan cinta
buat suaminya. Hatinya langsung tidak bersimpati dengan tuannya. Kenapa harus
mencinta saat Lutfi sudah mahu menjadi suami kepada Amelia? Kenapa hatinya ini
seperti sengaja mahu merasa sakit?
"Itulah kau.
Tak ada pasal cari pasal. Sekarang siapa yang dapat sakit? Kau juga." Aini
yang dari tadi setia menemaninya sudah mencebik. Suraya tersenyum hambar.
"Entahlah
Aini, aku bukan apa. Tengok dari cara Lutfi dengan Amelia tu pun, aku dah tahu
mereka bercinta bagai nak rak. Aku risau kalau mereka tak dinikahkan..."
Sengaja Suraya membiarkan ayatnya tergantung. Aini mendekat.
"Sampai macam
tu sekali kau tak percayakan suami kau?" Soalnya. Suraya menjongketkan
bahunya. Dia pun bukannya kenal dengan Lutfi itu. Hari perkahwinan mereka
merupakan hari mereka berkenalan. Dan malam pertama itu, dia sudah pun
diberitahu tentang kewujudan Amelia di hati suaminya. Jadi, apalah daya dia
untuk menghalang. Cinta tak boleh dipaksa. "OMG!" Suara Aini
mengejutkan Suraya. Suraya merenung wajah Aini yang sedang menjatuhkan
pandangan ke satu arah dalam pusat membeli-belah itu. Suraya turut memakukan
pandangan ke arah yang sama.
"OTK!"
Kini giliran Suraya pula terkejut. Kelihatan Syamsul bersama seorang gadis
sedang memilih baju juga di butik yang sama berhampiran mereka. Gadis manis
bertudung itu memeluk mesra lengan sasa Syamsul.
"OTK?"
Soal Aini bodoh. Suraya kembali memandang wajah Aini yang sudah berkerut itu.
"Oh
Tuhanku..." Jawab Suraya sambil tersengih. Aini mencebik. Namun, suraya
perasan wajah kelat Aini? Haih... Cemburu ke?
"Girls... Tak
sangka jumpa dekat sini." Syamsul menegur. Suraya dan Aini tersenyum. Cuma
senyuman Aini nampak tawar. Hendak tak hendak sahaja dia memandang Syamsul. Dia
berpura-pura sibuk membelek baju. Syamsul pula sudah memandang Aini pelik.
Biasanya gadis itu mesra.
"Siapa
ni?" Suraya bertanya sopan. Kening Aini sudah terjongket. Hai lah
Suraya.... Soalan cepumas ini juga yang kau tanya. Namun dalam diam, dia tetap
memasang telinga.
"Oh...
Kenalkan my one and only sister, Syahirah. Panggil dia Syira je." Suraya
dan Syahirah bersalaman. Begitu juga Aini. Suraya menahan tawa melihat wajah
aini yang tersengih malu. Itulah... Kalau hati dah cinta, dengan adik pun boleh
cemburu gila.
●●●●●
Suraya menonton
drama di televisyen namun mindanya sudah terbang melayang entah ke mana. Rumah
banglo dua tingkat ini terasa sepi. Mana tidak sepi kalau dia memang sendiri.
Si suami sudah pulang ke kampung di Pahang untuk persiapan kahwin. Dia pula
memberi alasan tidak dapat cuti dan akan pulang malam sebelum pernikahan Lutfi
dan amelia.
Segala urusan
perkahwinan akan dijalankan di rumah Encik Rusdi memandangkan Amelia sebatang
kara. Jika difikirkan semula, logik juga suaminya dan bakal madunya itu serasi
sekali. Iyalah, mereka sama-sama kekurangan perhatian. Ibu dan bapa Lutfi
bercerai manakala ibu dan bapa Amelia telah lama meninggal. Mungkin kesepian
yang mereka kongsi membuatkan hati mereka bertambah dekat.
Suraya...
Tabahlah... Jangan kau jatuh. Ini baru permulaannya. Kau yang memulakannya dan
kaulah yang harus menanggung pengakhirannya.
●●●●●
Suraya sudah
bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Tak banyak barang yang perlu dia bawa
kerana pakaiannya dan keperluannya telah tersedia di rumah ibu bapanya yang
sememangnya satu kampung dengan bapa mertuanya. Apa-apa hal, dia boleh ke sana.
Telefon bimbitnya
berbunyi. Sebaik melihat nama Lutfi terpampang di skrin telefon itu, dia segera
menjawab.
"Balik malam
ni ke?" Soal Lutfi di hujung talian sebaik Suraya menjawab salam. Suraya
mengiyakan sahaja. Dia pun sudah bersiap. Dia kalau boleh mahu bertolak selepas
maghrib.
"Tunggu
sanalah. Biar saya jemput. Bahaya memandu sorang-sorang malam-malam macam
ni." Suraya tersenyum. Dalam tidak cinta pun, suaminya itu masih mengambil
berat akannya. Namun sikap prihatin itu yang menambah mekar rasa cinta di
hatinya buat suaminya dan secara tidak langsung menambah parah luka di hatinya
sebagai seorang isteri.
"Tak
payahlah... Petang esok awak nak nikah. Nanti penat. Kalau awak risau, apa kata
kalau saya minta Aini temankan?" Suraya cuba menolak.
"Kalau Aini
teman pun, korang berdua sama-sama perempuan. Bahaya!" Aduhai... Lutfi.
Risau sangat nampaknya. Sudah cintakah? Dulu pun dia sudah bagai kucing
kehilangan anak bila si isteri lambat balik. Bertambah risau bila Suraya
mengatakan yang dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pahang seorang diri. Apa
lagi namanya kalau bukan sayang. Siapa tak sayang isteri, oooiii....
"Awak ni risau
sangat. Sayang oi, saya okaylah. Dulu waktu bujang pun selalu je saya balik
seorang. Tak ada apalah." Lutfi diam di hujung talian. Aik? Putus ke?
Memang putus! Bukan putus talian, putus nafas mendengar panggilan 'sayang'
keluar dari mulut Suraya. "Awak? Hello?" Suraya memanggil.
"Err... He..
Hello... Oo... Okay." Tergagap-gagap Suara Lutfi. Hai... Ingatkan tak tahu
malu. Sebelum ni boleh sahaja peluk Suraya tiap-tiap malam. Ni, dengar 'sayang'
terus tertelan lidah sendiri?
Hisy! Siapa kata
okay, dia sendiri pun naik semput bila dadanya berkocak hebat saat Suraya dalam
pelukan. Tapi, waktu itu dia pandai kawal. Ini bila dapat serangan mendadak, tu
yang jadi kalut tu. Lutfi... Lutfi...
●●●●●
Di ruang tamu itu,
sanak saudara dari belah Encik Rusdi berkumpul. Ibu mertuanya, Katherine turut
sama menyertai. Itu adalah kali kedua Suraya bertemu muka dengan ibu mertuanya.
Wajahnya yang berketurunan British itu kelihatan ayu sekali meski umurnya sudah
memasuki enam puluhan. Patutlah Lutfi begitu kacak. Sepadan dengan Amelia yang
juga berdarah campur.
Katherine mendekati
Suraya yang hanya diam memerhati pasangan pengantin baru yang sedang sibuk
membuka hadiah-hadiah yang mereka terima. Suraya tersenyum manis. Dia membalas
seadanya. Hati wanitanya memahami gelodak yang menantu pertamanya rasai saat
ini. Memang dia sudah lama mengenali Amelia dan berkenan dengan gadis itu namun
hari pertama melihat Suraya, hatinya terpaut melihat kesopanan gadis itu.
Betapa kasih ibu terus tumpah pada menantunya itu.
Paha Suraya ditepuk
perlahan. "Su... Maafkan anak mama kerana lukakan hati Su." Ujar
Khaterine berterus-terang.
"Su okay, ma.
Lagipun ini juga cadangan Su." Mereka berdua terdiam. Suraya sempat
mengerling bapa mertuanya yang sedang asyik merenung Khaterine. Suraya
memperbetul duduknya. "Ma?"
"Hmm?"
Khaterine merenung wajah manis Suraya.
"Ma rasa masih
ada ruang lagi ke untuk papa kembali dalam hidup mama?" Soalan Suraya
nyata membuat wajah Khaterine tertunduk malu. Kulitnya yang putih melepak itu
memerah. Segan bila isu itu dibangkitkan secara tiba-tiba. Selama ini tiada
siapa yang pernah bertanyakan soalan seperti itu padanya termasuk Lutfi. Dia
bertambah kalut saat melihat encik Rusdi sudah mendekat sebaik digamit Suraya.
Sebaik Encik Rusdi melabuhkan punggung di sebelah Suraya, gadis itu mengulang
persoalan yang sama. "Papa rasa masih ada ruang lagi tak untuk terima mama
kembali sebagai suri hidup papa?" Encik Rusdi tersentak. Mahu lari, tidak
boleh kerana Suraya memegang erat tangan dia dan bekas isterinya.
"Papa...
Papa..." Tidak tahu mahu menjawab apa. Tipulah kalau dia katakan yang
cintanya buat Khaterine sudah pudar kerana dari sehari ke sehari, rindunya pada
bekas isterinya semakin menggebu. Tapi mereka tidak pernah ada ruang untuk
bertemu kerana sebaik habis edah dan urusan hak penjagaan Lutfi, Khaterine
membawa diri ke bumi London. Encik Rusdi merenung wajah Khaterine. Pandangan
mereka bertaut. "Kenapa kita jadi macam ni?" Soal Encik Rusdi
perlahan.
Khaterine terdiam.
Suraya yang melihat kedua-dua mertuanya seperti sudah mahu menyelami hati
masing-masing, dia pergi membawa diri ke dapur. Biarlah mereka berbicara
berdua. Itu lebih baik. Bukan dia tidak tahu, punca penceraian mereka hanyalah
salah faham. Kerana terlalu ikutkan darah panas, penceraian berlaku tanpa rela.
Ego menutup rasa cinta.
Saat Suraya melalui
kawasan sanak saudaranya berkumpul di ruang tamu untuk ke dapur, matanya
bersatu dengan renungan Lutfi yang redup. Suaminya tersenyum manis khas
buatnya. Dia segera melarikan pandangan bila wajahnya terasa berbahang.
●●●●●
Suraya memerhati
kotak leper berbalut indah di sebelahnya di atas katil itu. Kotak ungu itu
dipegang lalu disimpan di dalam almari pakaiannya. Niatnya untuk menyampaikan
hadiah itu pada madunya ditangguh dulu.
Sudah pukul dua
pagi. Dia cuba melelapkan mata, namun entah mengapa hatinya gelisah. Gelisah
kerana suaminya tiada di sisi. Tanpa dia sendiri sangka air matanya mengalir
laju membasahi pipinya.
Bukankah ini juga
cadangannya, kenapa hatinya harus terluka? Kenapa jiwanya mesti tercalar.
Dan... Kenapa rasa sakit itu terlalu hebat? Suraya bangkit dari pembaringannya.
Saat ini, hanya Allah sahaja yang dapat membantunya. Dia melangkah ke bilik air
untuk mengambil wuduk dengan sisa sendunya.
●●●●●
Lutfi termenung
menghadap siling. Wajah Amelia yang lena dipandang sekilas. Entah mengapa
jiwanya kacau sejak dia melafaskan akad. Dia mengeluh. Rasa bersalah
menunjal-nunjal benaknya. Suraya isteri pertamanya, tapi isteri keduanya yang
disentuh dahulu. Bukan dia tidak sayang. Malah cinta itu ada buat Suraya, tapi
susah untuknya mendekati Suraya. Dia bimbang Suraya menolak. Tambah pula, dia
mendapat tahu dari Aini yang isterinya itu pernah menyimpan rasa terhadap rakan
sekerjanya sebelum mereka berkahwin.
Rasa cemburu
tiba-tiba membekas di hati. Dia mengeluh. Bukan dia seorang yang terluka dengan
perkahwinan ini, Suraya juga pasti memendam rasa. Dia? Dia sendiri akhirnya
berjaya memilik Amelia, tapi Suraya terus melayan kecewa.
Lutfi bangkit
perlahan-lahan. Enggan Amelia terjaga. Rasa rindu pada Suraya menggebu.
Sudahlah seminggu tidak bertemu muka dengan Suraya sepanjang persiapan
kahwinnya kerana Suraya di Kuala Lumpur, dia di pahang. Bila Suraya balik ke
Pahang, masing-masing sibuk melayan tetamu dan sanak-saudara. Dia nekad. Dia
mahu melihat wajah suraya malam ini.
Pintu bilik Suraya
ditolak perlahan. Sangkanya Suraya sudah lena dibuai mimpi. Sangkaannya meleset
saat melihat Suraya sedang berteleku di tikar sejadah. Segala kekacauan di
jiwanya serta-merta hilang begitu sahaja. Kepalanya terasa bagai disimbah
dengan air batu. Sejuk hatinya...
Suraya yang bangun
untuk menyangkut sejadah dan kain sembahyangnya terkejut melihat Lutfi yang
duduk bersahaja di birai katil. "Awak?" Hampir terjerit Suraya kerana
terkejut. Matanya digosok berkali-kali. Mana tahu dia sedang bermimpi.
Lutfi tersenyum
manis. Dia menepuk katil di sebelahnya mengarahkan Suraya duduk di situ. Suraya
menurut. "Saya nampak awak dengan papa dan mama tadi. Apa yang awak cakap
sampai mereka boleh mesra semula?" Soal Lutfi. Suraya menjongketkan
bahunya.
"Tak ada apa.
Saya cuma cucuk sikit je, lepas dua-dua masuk perangkap saya tinggal. Saya
boleh nampak diorang masih ada simpan perasaan sayang." Ujar Suraya
bersungguh-sungguh. Dia sangat berharap dapat melihat kedua-dua mertuanya
bersatu semula.
Senyuman Suraya
mati melihat renungan Lutfi yang sudah menujah jauh ke dasar hati. Kalut dia
dibuatnya. Akhirnya dia tertunduk menekur lantai. Suraya berdehem seketika.
"Aw.. Awak buat apa dekat sini?" Suraya cuba mengawal nada gugupnya.
"Saja..."
Pelukan erat Lutfi yang mendadak membuat Jantung Suraya semakin hilang rentak.
Lutfi berbaring membawa tubuh isterinya turut berbaring. Wajah Suraya
disembamkan di dadanya. Dia melepaskan keluhan lega... Hilang sedikit rindunya.
"Dah biasa peluk awak masa tidur..." Ujar Lutfi perlahan sambil
memejamkan matanya.
"Awak... Mana
boleh macam ni. Amelia macam mana?" Marah Suraya meskipun hatinya berbunga
saat ini. Rindu yang berkepuk-berkepuk terasa berkurang sedikit.
"Dia dah
tidur. Esok saya masuk balik bilik tu. Dah tidur." Balas lutfi. Suraya
diam tidak terkata apa. Dia membalas pelukan Lutfi sebelum terlena sekali.
●●●●●
Entah berapa kali
Lutfi menguap. Memandu jauh malam-malam sebegini memang mencabar. Dia
mengerling ke arah Amelia yang sudah tertidur di sebelahnya. Kemudian matanya
tertancap pada Suraya yang lena berbaring di kerusi belakang. Kereta MyVi
isterinya, Aini sudah bawa pulang ke Kuala Lumpur pagi tadi.
Senyuman terukir di
bibir teringatkan Suraya yang selamba sahaja membiarkan Amelia duduk di
hadapan. Alasannya pada papanya yang kelihatan tidak puas hati itu, ialah dia
mahu berbaring selesa di tempat duduk belakang. Nah! Sekarang memang lena dia
di tempat duduk yang luas itu.
Lutfi menguap lagi.
"Abang? Mengantuk ke?" Soal Amelia yang baru terjaga. Isteri keduanya
itu menggosok matanya.
"Sikit
je." Lutfi mengurut-urut tengkuknya. Amelia terpandangkan Suraya yang
selesa tidur di belakang. Tiba-tiba hatinya rasa terbakar. Bukannya dia tidak
sedar yang Lutfi menyelinap keluar dari biliknya ke bilik Suraya pada malam
pertama mereka. Panas betul hatinya!
"Abang...
Sampai bila kami nak bermadu? Abang memang takkan lepaskan dia ke?" Soalan
Amelia nyata membuat Lutfi tidak selesa. Lepaskan? Tidak... Dia tidak
sanggup... Dua-duanya dia cinta. "Abang..." Rengus Amelia bila Lutfi
diam tanpa jawapan.
"Honey, don't
ask me to do that." Perlahan Lutfi menjawab. Amelia merengus lagi.
"One day,
you'll have to choose!" Bentak Amelia. Dia memalingkan wajah ke luar
tingkap lalu memejamkan mata. Lebih baik menyambung tidur dari terus sakit hati
dengan Lutfi yang masih enggan memberikan jawapan yang dia mahu.
Dalam diam, Suraya menyapu air mata yang
mengalir lesu di pipinya. Sudahlah perit mendengar panggilan mesra antara
mereka yang dia tidak pernah berpeluang mendengarnya. Dia dan Lutfi hanya
ber'saya'-'awak' sahaja. Hatinya bertambah terluka mendengar permintaan kejam
Amelia dan menjadi semakin parah dengan jawapan Lutfi. 'Awak... Susah sangatkah
untuk awak tegaskan yang awak takkan lepaskan saya? Atau awak memang ada niat
itu?' Rintih hatinya.
Lebih kurang
setengah jam, Lutfi memberhentikan kereta di bahu jalan. Matanya terlalu
mengantuk. Air botol dicapainya lalu diteguk. Dituang sedikit di tapak
tangannya sebelum disapu ke wajahnya.
"Awak dah tak
larat sangat ke?" Tegur Suraya di belakang. Lutfi berpaling. Mata merah
dan sembab isterinya diperhati. Macam baru lepas menangis... "Kalau tak
larat, kita tukar." Suraya sudah keluar dari kereta. Pintu di belah
pemandu dibuka. Lutfi terpaksa menurut, takut juga kerana rasa mengantuknya,
mereka bertiga hilang nyawa.
●●●●●
Suraya memandu
dengan berhati-hati. Dia sudah biasa memandu malam seperti ini, jadi kemahiran
memandunya tidak dapat disangkal. Lutfi pula sudah berdengkur di kerusi
belakang. Penat sangat gayanya.
Amelia terjaga.
Terpinga-pinga dia melihat pemandu sudah bertukar orang. "Eh? Where's abang?"
Soalnya kalut. Suraya menahan tawa. Comel pula dia melihat madunya ini. Cemburu
mana pun, dia tidak dapat menafikan wajah cantik Amelia yang seperti patung
itu.
"Belakang...
Tidur." Ringkas jawapannya. Amelia kembali bersandar. Wajah ayu Suraya direnung.
Suraya juga ada daya penarik tersendiri. Wajahnya yang lembut dan kulit sawo
matangnya yang bersih. Yang paling menarik adalah bibir gadis itu yang
terbentuk elok.
Kruuuk! Suraya
terpempan. Dia melirik ke arah Amelia yang tertunduk malu sebelum kembali
menjatuhkan pandangan ke jalan. "Lapar?" Soal Suraya. Amelia
mencebik. Mestilah lapar. Kalau dia kenyang, takkan perutnya berbunyi kuat.
Suraya ketawa kecil. "Dengar-dengar itu, beduk telah berbunyi. Eh, silap!
Perut yang berbunyi." Usik Suraya sambil ketawa kecil dengan lagu raya
yang dinyanyikannya itu.
"Su..."
Marah Amelia. Mukanya sudah merah menahan malu.
"Kejap lagi
kita lalu KFC. Nanti kita berhenti situ, makan." Cadang Suraya. Amelia
diam tidak menjawab.
"Su... Pasal
kita..." Belum habis Amelia berbicara, Suraya sudah menyampuk.
"Pasal kita,
biar Allah yang tentukan. Andai Lutfi rasa yang dia tidak mampu berlaku adil
dan mahu melepaskan saya. Insyaallah saya akan cuba terima dengan baik. Tapi,
kalau jodoh saya hingga akhir hayat saya adalah Lutfi which I will be really
grateful, Amelia kena belajar untuk terima. Kita adalah keluarga sejak Lutfi
melafaskan akad." Panjang lebar Suraya berbicara. Amelia terdiam. Dia yang
memang selama ini hidup sebatang kara, merasa terharu dengan bicara Suraya.
Hatinya terusik dengan perkataan 'keluarga' itu. "Since I'm older than
you, you need to call me kakak or kak Su. Mana-mana yang Lia suka."
Sambungnya lagi. Amelia masih membisu. "Amelia..." Meleret nada suara
Suraya.
"Yes, kak
Su." Jawab Amelia malas. Suraya tersenyum puas.
Lutfi hanya
mendengar perbualan isteri-isterinya. 'Saya tak akan pernah lepaskan awak, Su.'
Bisik hatinya.
●●●●●
Suraya menyedut
Lemon Frizz di hadapannya. Dia hanya memerhati Lutfi yang menyuap ayam goreng
yang dicubit ke mulut Amelia. Lutfi menyua pula isi ayam ke arahnya namun dia
menggeleng perlahan. Tidak selera dia mahu makan malam-malam sebegini. Dia
meliarkan mata ke seluruh kawasan restoran KFC yang agak lengang itu. Lama
matanya melekat pada seorang pekerja lelaki yang sedang menyapu berhampiran
meja mereka. Saat lelaki itu mengangkat wajahnya, Suraya tersenyum gembira.
Tepat sekali tekaannya!
Lutfi sudah mencuka
memerhati tingkah Suraya di tambah pula pekerja lelaki itu sudah mendekati
mereka.
"Kak Su! Tak
sangka jumpa dekat sini." Lelaki berwajah cina itu menegur. Suraya
tersenyum mesra.
"Itulah...
Kerja sini pula?" Soal Suraya. Lelaki itu mengangguk.
"Cuti sem...
Biasalah nak cari duit. Kak Aini tu, kalau bab duit, kedekut! Jawabnya, sinilah
tempat saya." Ujarnya. Suraya ketawa kecil. Sempat lelaki itu melirik ke
arah Lutfi dan amelia yang sedari tadi diam memerhati.
Suraya yang
menyedari lirikan mata lelaki itu segera memperkenalkan mereka. "Oh!
Sorry, lupa nak kenalkan. Ini Lutfi, suami akak. Yang ni pula Amelia, madu
akak." Selamba sahaja Suraya memperkenalkan mereka. Lelaki tadi sudah
mengangkat kening. Amelia sudah memandang Suraya dengan mata yang bulat. Lutfi
pula? Masih memerhati tajam lelaki tadi. Cemburulah tu... "Ni pula Qayyum,
adik Aini." Lutfi dan Qayyum bersalaman. Sempat juga mereka berbual
sebelum Qayyum meminta diri untuk menyambung kerjanya.
●●●●●
Langkah Suraya dan
Amelia terhenti. Mereka berpaling melihat wajah Lutfi yang berkerut.
"Su... Lia... Nak pergi tandas la pula. Tunggu dalam kereta, ya?"
Belum sempat mendengar jawapan isteri-isterinya, Lutfi sudah berlari masuk
semula ke dalam restoran KFC sambil menekan perut.
Suraya dan Amelia
berjalan beriringan ke kawasan parkir kereta di belakang restoran itu. Namun
langkah Amelia terhenti bila Suraya menarik tangannya. Wajahnya berubah pucat
saat dia menyedari sebab perlakuan Suraya tadi. Rupanya ada sekumpulan mat-mat
motor yang sedang melepak berhampiran kereta mereka. Di tambah kawasan itu yang
agak gelap, bimbang mereka diapa-apakan.
Baru Suraya mahu
menarik tangan Amelia masuk semula ke dalam restoran, kumpulan empat orang
lelaki tadi sudah berlari melintasi mereka lalu menghadang jalan mereka.
Spontan, Suraya menarik Amelia agar berlindung di belakangnya. Tindakannya
persis seorang ibu cuba melindungi anak kesayangannya. Amelia memeluk erat
tubuh suraya dari belakang. Kedua-dua gadis itu menggigil ketakutan. Suraya ke
kiri, mereka ke kiri. Suraya ke kanan, mereka ke kanan. Ketawa mereka begitu
menjengkelkan.
Suraya menjerit
bila salah seorang dari mereka sudah menarik tangannya. Dengan kekuatan yang
dia ada, dia menolak keempat-empat lelaki itu bagi memberi ruang untuk Amelia
melarikan diri. "Lari Lia! Panggil Lutfi!" Arah Suraya. Dalam keadaan
cemas itu, Amelia menurut sahaja.
Tubuh Suraya
tersungkur ditolak salah seorang lelaki itu. Dua lelaki sudah memegang
tangannya. Seorang menekup mulutnya dan seorang lagi memegang kakinya. Tubuhnya
diangkat dan mahu di bawa ke semak berhampiran. 'Ya Allah! Lindungi aku!' Jerit
hatinya.
●●●●●
Qayyum keluar ke
belakang restoran bersama dua plastik besar hitam di tangan. Berderau darahnya
melihat Suraya yang sedang dikepung empat orang lelaki. Tanpa berfikir panjang,
Dia membaling plastik di tangannya mengenai dua lelaki. Dia menyerang mereka.
Suraya pula cuba membantu. Keberanian gadis itu jelas mengikut bapanya dan bapa
mertuanya yang merupakan bekas askar.
Suraya mencapai beg
tangannya yang tadi tercampak di atas jalan lalu digunakan untuk memukul
belakang lelaki yang sedang bertarung dengan Qayyum itu. Meski Qayyum tangkas
menangkis serangan, namun untuk melawan tenaga empat lelaki adalah payah.
Qayyum tersungkur. Perutnya ditendang. Suraya sudah dipegang oleh salah seorang
lelaki itu.
Dalam waktu yang
genting itu, Lutfi dan Amelia muncul bersama beberapa rakan kerja Qayyum.
Mereka segera membantu. Suraya menyiku kuat perut lelaki yang memegangnya dari
belakang. Sebaik dia terlepas, Amelia menariknya jauh dari lelaki itu. Lutfi
sudah mula menyerang.
●●●●●
Keempat-empat lelaki
samseng tadi melarikan diri. Amelia mendapatkan Lutfi yang sudah
termengah-mengah itu dengan bibirnya yang pecah dan dahinya yang lebam. Amelia
menyapu darah yang mengalir dari celah bibir Lutfi. Suraya yang melihat Amelia
telah membantu Lutfi segera mendapatkan Qayyum yang sedang dipapah oleh dua
lagi pekerja lelaki tanpa menyedari mata Lutfi yang sudah mencerlung
melihatnya.
"Qayyum... Ya
Allah... Macam mana ni?" Suraya sudah panik melihat Qayyum yang sudah
separuh sedar itu.
"Kami bawa dia
pergi hospital." Seorang wanita agak gempal berpakaian seperti pengurus
bersuara. Dua lelaki yang memapah Qayyum tadi mengangguk.
"Biar kami
bawa." Suraya memandang ke arah Lutfi. "Kami pun kena dapatkan
rawatan." Ujarnya lagi. Dua lelaki tadi memapah Qayyum sebelum diletakkan
di tempat duduk belakang kereta Honda milik Lutfi. Amelia pula membantu Lutfi
duduk di sebelah Qayyum yang masih separuh sedar itu.
Suraya memandu
kereta ke arah hospital yang berdekatan. Telefon bimbitnya diserahkan pada
Amelia. "Telefon Aini." Arahnya. Wajahnya jelas dibalut risau. Mana
tidak risau. Qayyum sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. Tambah
pula, suaminya turut tercedera.
●●●●●
Suraya mengeluarkan
bagasi-bagasi di bonet kereta. Lutfi cuba membantu namun Suraya menegah.
"Awak baik masuk berehat. Itupun mujur tak kena tinggal dekat wad."
Suraya menyentuh lebam di dahi Lutfi. "Sakit ya?" Ujarnya prihatin.
Lutfi tersenyum. Dia perasan pipi isterinya itu turut lebam. Tapi, Suraya masih
juga bimbangkannya.
"Awak pun
mesti sakit." Pipi Suraya yang lebam itu diusik lembut. Suraya
menggelengkan kepalanya. Dia memandang ke arah Amelia yang diam memerhati.
"Lia hantar
Lutfi masuk bilik and make sure dia tidur." Arah Suraya. "And you,
Lutfi. Rehat!" Tegas nadanya. Lutfi hanya tersengih. Kalau sudah keluar
suara komander Suraya itu, patuh sahaja dia menurut.
Amelia menarik
lengan Lutfi lalu menghilang ke dalam rumah. Suraya menyambung kerjanya.
Telefon bimbitnya yang berbunyi membantutkan kerjanya. "Aini? Macam mana
dengan Qayyum?" Tanya Suraya kalut.
"Qayyum okay.
Doktor kata esok dah boleh keluar." Suara Aini di hujung talian membuat
Suraya menarik nafas lega.
"I'm so sorry.
Sebab aku, Qayyum cedera." Suraya kesal dengan apa yang menimpa qayyum.
"Lar... Betul
pun apa yang Qayyum buat. Kalau dia tak tolong kau, jangan harap dia selamat.
Silap haribulan, mati dia dekat tangan aku." Suraya ketawa kecil mendengar
gurauan Aini.
Dia mematikan
telefon setelah menjawab salam. Dua beg pakaian diangkut masuk ke dalam rumah.
Di pintu rumah dia bertembung dengan Amelia. "Ada beg lagi, Kak Su?"
"Satu lagi
beg." Ujar Suraya. Dia segera mengangkut beg itu ke tingkat atas. Sempat
lagi dia berpesan agar Amelia mengunci pintu rumah.
●●●●●
Amelia mencapai beg
berwarna ungu tersebut sebelum menutup bonet kereta. Entah bagaimana
pegangannya terlepas. Isi beg itu terkeluar dari beg yang tidak berzip itu.
Hati Amelia tertarik pada sebuah kotak ungu sederhana besar yang jatuh dari beg
itu. Setelah mengemaskan semula barang-barang yang berterabur, beg tersebut
disangkut di bahunya. Kotak hadiah itu masih di tangan.
Tertera sehelai
kertas kuning yang dilekatkan di bucu kotak itu. "Buat Amelia, ikhlas dari
kakak." Tulisan itu dibacanya. Rupanya itu hadiah perkahwinannya dari
Suraya. Kotak itu dibuka. Terasa panas matanya melihat hadiah itu. Air mata
bergenang di kelopak matanya. Sekeping kad yang disertakan dibuka dan dibaca.
Buat Amelia,
Selamat datang ke dalam keluarga kami. Kakak tahu bukan
senang hidup bermadu. Iyalah, nak merasa manisnya madu itu, kita harus menahan
bisa sengatan lebah. Tapi akak yakin suatu hari nanti kita akan hidup bahagia
bersama.
Terus-terang akak katakan, akak tak dapat lari dari rasa
cemburu itu. Berkongsi kasih memang membuat kita menjeruk rasa. Tapi, akak
ikhlas terima kehadiran Amelia sebaik mendengar akad yang Lutfi lafaskan.
Maafkan akak kerana terkadang hati ini sedih melihat kemesraan Amelia dan
Lutfi. Tapi, akak janji rasa ini akan akak usir dari hati akak dan kita akan
menjadi satu keluarga yang sakinah.
Akak harap hadiah tidak seberapa akak ini, Amelia hargai.
Akak harap Amelia menjaga maruah Amelia. Kehormatan Amelia. Jadilah seorang
muslimah sejati dan isteri yang pandai menjaga diri. Moga hubungan kita sampai
ke syurga.
Tahniah, Amelia atas perkahwinan ini.
Yang Ikhlas,
SURAYA
Amelia menyentuh
jubah krim berhias labuci indah dan tudung sedondon yang terlipat kemas dalam
kotak itu dengan tangan yang menggeletar. Sucinya hati Suraya. Sungguh dia tidak
bersyukur dengan apa yang dikurniakan padanya sekarang. "Maafkan Lia,
kak..." Rintihnya dalam sendu.
●●●●●
"Masuk."
Suraya menutup al-Quran yang sedang dibacanya saat mendengar bunyi ketukan di
pintu biliknya. Amelia muncul sebaik pintu berkuak. "Subhanallah..."
Meniti zikrullah di bibir Suraya saat melihat amelia di hadapannya. Dalam
keadaan lengkap bertelekung, dia mendekati Amelia. Kedua-dua telapak tangannya
memegang pipi mulus madunya itu. "Cantiknya Lia..." Pujinya.
Sungguh Amelia
kelihatan anggun dan sopan dalam persalinan jubah yang dia hadiahi. Air mata
yang mula mengalir di tubir mata Amelia, Suraya seka. "Kak Su, maafkan
Amelia. Terima kasih kerana anggap Amelia seperti keluarga." Ujarnya dalam
sendu.
Suraya menarik
rapat tubuh Amelia ke dalam pelukannya. Masing-masing diam melayan rasa.
Insyaallah.... Mereka akan menjadi keluarga yang bahagia.
●●●●●
Lutfi keluar dari
biliknya. Ke mana pula Amelia pergi? Langsung tidak masuk bilik setelah keluar
untuk membantu Suraya mengangkat barang. Apa tidur di sofa ke? Lutfi menjenguk
ruang tamu dari tingkat atas. Kosong...
Dia bergerak ke
arah bilik Suraya. Berkali-kali pintu diketuk namun tiada jawapan. Ceit!
Sebelum ini kalau nak masuk, main rempuh saja. Kenapa pula tiba-tiba hari ini
terlebih sopan mengetuk pintu?
Lutfi memulas
tombol pintu. Kelihatan Suraya sedang lena tidur mengiring membelakanginya. Dia
melangkah mendekati katil. Keningnya terjongket melihat Amelia lena tidur di
sebelah isterinya. Patutlah hilang...
Lutfi menggelengkan
kepala dengan senyuman tersungging di bibirnya. Apa guna kahwin dua? Alih-alih
bini tidur sama, laki dibiarkan seorang diri dalam bilik. Macam mogok pula.
Namun hatinya lega melihat perubahan positif kedua-dua isterinya itu.
Alhamdulillah....
●●●●●
"Abang...
malam ni turn kak Su lah!" Amelia menolak tubuh Lutfi keluar dari bilik.
Lutfi tersengih. Pandai pula Amelia menasihatinya. Lutfi mengeraskan badan.
Tubuh Amelia dipeluk erat.
"Abang sayang
Lia." Amelia tersenyum mendengar bisikan suaminya.
"Tahu... Tapi,
malam ni abang pergi sayang kak Su." Ujar Amelia sambil meleraikan pelukan
suaminya. Lutfi mengangguk. Sebelum meninggalkan Amelia, sempat pula dia
memagut bibir merah isterinya itu.
Dia melangkah
menuju ke bilik Suraya. Hingga kini dia masih belum bersama Suraya dalam erti
kata sebenar suami isteri. Kalau tiba giliran Suraya, seperti biasa dia hanya
akan tidur sambil memeluk erat tubuh Suraya. untuk bertindak lebih jauh, dia
risau dengan penerimaan isteri pertamanya itu. Iyalah, kalau diikutkan, mereka
baru kenal selama dua bulan iaitu sebaya dengan usia perkahwinan mereka.
Buatnya Suraya masih tidak bersedia, dia tidak mahu memaksa.
Dia melangkah masuk
ke bilik. Eh? Mana Suraya? "Su..." Lutfi memanggil nama itu.
Kedengaran suara Suraya menyahut dari dalam bilik air. Dia terus berbaring
selesa di katil.
●●●●●
Suraya menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Nak pakai ke tak? Nak pakai ke tak? Lama matanya
merenung gaun tidur satin tanpa lengan dan paras lutut berwarna merah hati itu.
"Lia... Kenapa buat akak macam ni..." Omelnya sendirian. Ini semua
Amelia punya idea. Gila!
Suraya mencuba gaun
itu di tubuhnya. Alamak! Tidak pernah dia memakai baju tidur seseksi ini.
Aduhai... Dah tahap seksa ni. Cardigan hitam yang dibawa masuk ke dalam bilik
air sekali tadi turut disarung menutup bahunya yang terdedah.
Dia melangkah
keluar dari bilik air. Lutfi yang sedang membaca langsung tidak mengangkat
wajahnya. Suraya, apa lagi. Mencicit dia lari sebelum terus dia merebahkan
tubuhnya di atas katil lalu menarik selimut menutupi tubuhnya. Lutfi yang agak
terkejut melihat Suraya yang tiba-tiba melompat ke atas katil itu memandang
pelik. Dia tidak sempat menangkap pakaian yang sedang di pakai Suraya.
Bertambah pelik dia melihat Suraya berkelubung dalam selimut.
"Awak okay tak
ni? Sejuk ke?" Soal Lutfi. Suraya hanya mengangguk perlahan. Melihatkan
wajah Suraya yang merah membuat dia semakin risau. "Merah muka awak ni.
Demam ke?" Tangannya melekat di dahi Suraya. Hmm... Suam-suam kuku. Demam
ke tidak? Sudahlah si Suraya ini langsung tidak bersuara. "Bangunlah,
makan ubat." Lutfi menarik kuat tangan Suraya.
Terduduk Suraya
dibuatnya. Selimut itu melorot ke pinggang. Mata coklat Lutfi sudah bulat
memandang gaun satin berwarna merah hati yang disembunyikan di sebalik cardigan
hitam. Lutfi pantas menarik selimut itu. Terserlah betis bunting padi Suraya
dek gaun itu yang hanya separas lutut. Sepantas itu juga Suraya menarik selimut
itu kembali menutup tubuhnya. Dia hanya menundukkan wajahnya. Kalaulah dia
boleh terjun ke luar tingkap, sekarang juga dia buat.
Ketawa kecil Lutfi
menambah bahang di wajah Suraya. Lutfi menyelit rambut yang menutupi wajah
Suraya ke belakang telinga. Dagu Suraya dipegang lalu wajah Suraya diangkat
menentangnya. Namun Suraya langsung enggan bertentang mata dengannya.
"Sayang nak
goda abang, ya?" Panggilan yang keluar dari bibir Lutfi membuatkan Suraya
membulatkan matanya memandang wajah suaminya.
Sayang? Abang?
Oh... Dia berasa seperti di awangan. Zupp! Suraya yang baru mahu terbang tadi
jatuh semula ke bumi. Matanya terkebil-kebil. Bibirnya yang masih terasa panas
di sentuh? 'He kiss me?' Jantung Suraya sudah berkerja kuat dari biasa. Dia
menyentuh bibirnya lama. Bertambah malu dia melihat senyuman nakal di bibir
Lutfi.
"Well...
Sayang berjaya." Bisik Lutfi di telinga Suraya sebelum gadis itu dibawa ke
dalam pelukannya.
●●●●●
Lutfi
menguis paha Amelia agar isterinya itu mengensot sedikit ke tepi untuk memberi
ruang supaya dia dapat melabuhkan punggung. Malangnya Amelia hanya mengeraskan
tubuhnya. Tangannya erat memaut lengan Suraya di sebelahnya. Lutfi menarik
wajah cemberut. Dua isterinya ini memang tidak sah kalau tidak mengenakan dia
walau sehari. “Tepilah sikit, honey. Abang nak duduk tengah.” Rengak Lutfi.
Sesekali tangannya menarik bahu Amelia. Suraya sembunyi senyum melihat gelagat
suami dan madunya itu. Amelia buat tidak dengar.
Lutfi
bercekak pinggang di hadapan dua wanita itu. Beberapa saat, senyuman nakal
terbit di bibirnya. Tanpa amaran, dia melabuhkan punggungnya di atas riba
kedua-dua isterinya.
“Abang!”
Jerit Suraya dan Amelia serentak. “Beratlah abang!” Tegur Suraya. Mahu penyek
tubuhnya dikenakan Lutfi.
“Turun!”
Marah Amelia pula. Tangannya menolak-nolak belakang Lutfi, namun kini giliran
Lutfi pula menyamar sebagai kayu tunggul. Tidak diendahkan isteri-isterinya
yang menguit-menguit di belakangnya akibat dilenyak tubuhnya yang agak berat
itu. Tulang besilah katakana. “Okay! Okay! I mengaku kalah.” Akhirnya Amelia
mengalah. Lutfi kembali berdiri dengan senyuman kemenangan. Amelia mengensot ke
tepi sebelum Lutfi duduk di antara Suraya dan Amelia.
Deringan
telefon yang tiba-tiba berbunyi membuat Lutfi berdecit. Baru sahaja dapat
duduk, telefon pula menjerit minta dijawab. Mahu tak mahu, Lutfi bangun juga
melangkah ke arah telefon rumah.
Beberapa
ketika, Lutfi kembali ke sofa ruang tengah. Suraya mengalih pandangannya yang
sedari tadi melekat di kaca televisyen. “Siapa telefon, bang?” Soal Suraya.
Hairan pula melihat wajah suaminya yang sudah berubah riak. Lutfi kelihatan…
Hmm… Keliru mungkin.
“Papa. Dia
kata dia nak kahwin semula dengan mama.” Ujar Lutfi sebelum senyumannya
melebar. Suraya dan Amelia serentak memanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah….
Tujuh bulan kemudian....
"Sayang..." Balik-balik sahaja dari kerja, Lutfi terus
menjerit memanggil isteri pertamanya. Amelia yang sedang membuka kasut itu menggeleng
melihat sikap suaminya yang seperti anak kecil baru pulang dari sekolah.
Sampai-sampai di rumah, sibuk mencari si ibu. Dia dan Lutfi sememangnya pergi
dan balik kerja bersama kerana mereka bekerja satu pejabat manakala Suraya yang
berlainan tempat kerja menaiki MyVi merah miliknya sendiri. Selama tujuh bulan
ini, mereka bagaikan keluarga yang bahagia.
"Abang ni...
Kak Su mana balik lagi. Nampak tu, mana ada kereta dia." Lutfi menjenguk
semula ke luar rumah. Dia tersengih saat menyedari kebenaran kata-kata Amelia.
"Tak
perasanlah, honey..." Ujar Lutfi manja. Kepalanya sudah mengendeng di bahu
Amelia yang sedang berehat di sofa. Mulalah tu...
"Hmm... Tahu
sangat dah. Nak air kan? Sejuk ke panas?" Lutfi tersengih.
"Sejuk..." Amelia segera bangkit menuju ke dapur. Sedang dia
membancuh air, kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman. Dia menjengukkan
kepalanya dari dapur. Kelihatan Suraya baru muncul di muka pintu.
Beberapa minit
kemudian, terjengul wajah penat Suraya di dapur. Pucat sahaja... "Akak nak
air juga? Amelia buatkan." Suraya mengangguk perlahan. Memang tubuhnya
terasa lemah akhir-akhir ini. Tapi, dia buat tidak peduli. Tak perlu dimanjakan
sangat diri, lama-lama hilang juga sakitnya.
Bunyi gelas pecah
dilantai membuat Suraya yang sedang membaringkan kepala di meja makan
tersentak. Bertambah terkejut melihat Amelia yang sudah terbaring di lantai
mozek tidak sedarkan diri.
"Lia!"
Suraya segera mendapatkan Amelia. Bahu madunya digoncang. Tiada reaksi.
"Abang!" Suraya menjerit pula memanggil Lutfi.
Lutfi bergegas ke
dapur sebaik mendengar bunyi gelas pecah dan jeritan Suraya. Terasa mahu
tercabut tangkai jantungnya melihat Amelia sudah terkulai di lantai dapur.
Segera dipangku kepala isteri keduanya itu sambil pipi mulus itu ditepuk
lembut. "Honey..." Panggilnya. Melihatkan Amelia yang langsung tidak
bergerak, dia menjadi panik. Tubuh itu dicempung.
"Sayang! Ambil
kunci kereta." Arah Lutfi. Amelia segera menurut. Kunci keretanya yang
memang dia letak di meja dapur dicapai. Dia membuntuti Lutfi. Namun, tiba di
ruang tamu, kepalanya menjadi berat. Imej Lutfi dan Amelia yang berada dalam
dukungan Lutfi menjadi berbalam-balam.
"Sayang!
Cepat!" Suara itu sempat menerebos pendengarannya sebelum tubuhnya rebah
menyembah bumi.
●●●●●
"Sayang!
Cepat!" Lutfi menyarung sandal. Dia berpaling saat merasakan tiada jawapan
dari Suraya. Saat itu juga dia melihat Suraya jatuh terkulai di belakang Sofa.
Pecah pembuluh darahnya. Dua-dua isterinya pengsan? Haru! Memang haru!
Lutfi berpatah
balik ke dalam rumah. Tubuh longlai Amelia dibaringkan di sofa sebelum dia
mendapatkan Suraya. Deru nafas Suraya yang lemah dan wajahnya yang pucat
membuat Lutfi semakin cemas. Keadaan Suraya kelihatan lebih teruk.
Dia jadi hilang
punca. Suraya dan Amelia masih begitu. Dia menaeik nafas. Tidak guna dia
terus-terusan di situ. Isteri-isterinya harus dibawa ke hospital. Tangannya
pantas mencapai kunci kereta berdekatan tangan Suraya. Baru tubuh Suraya mahu
di cempung suara Amelia menghentikan pergerakannya.
"Abang..." Panggil Amelia. Kepalanya yang masih pusing dipicit
perlahan. Matanya yang layu menjadi bulat melihat Suraya yang terbaring lemah.
Segera dia bangun mendekati suaminya dan madunya. "Ya Allah... Kak
Su!"
"Alhamdulillah
Amelia dah sedar. Jom kita pergi hospital." Amelia mengangguk pantas. Dia
segera mengikut langkah Lutfi yang sedang mencempung tubuh Suraya.
●●●●●
Suraya dan Amelia
sama-sama diperiksa. Suraya yang masih tidak sedarkan diri dibiar berehat di
katil. Lutfi dan Amelia sudah duduk berhadapan dengan doktor. Doktor lelaki itu
tersenyum ke arah mereka.
"Tahniah Encik
Lutfi, Puan Amelia hamil empat minggu." Berita yang dikhabarkan oleh
doktor muda itu disambut dengan wajah ceria dan ucapan syukur dari pasangan
itu. Namun senyuman Lutfi mengendur semula.
"Macam mana
dengan Suraya pula, doktor?" Serta-merta wajah doktor itu berkerut sebaik
mendengar soalan Lutfi. Amelia turut mempamerkan wajah risau.
"Tentang Puan
Suraya...." Meleret ayat doktor tersebut... Wajahnya muram sekali. Lutfi
dan Amelia menjadi tidak sabar. Masing-sudah merasa seperti hendak menangis.
Janganlah apa-apa perkara buruk terjadi pada Suraya. Itulah doa mereka. Doktor
itu melepaskan keluhan panjang.
"Apa dia, Mir?
Terus-terang dengan aku." Punyalah cemas Lutfi hingga nama doktor itu
disebutnya. Oh... Rupanya Doktor Amir merupakan kawan baiknya.
"Suraya....
Dia pun mengandung juga." Doktor Amir tersengih lebar berjaya mengenakan
rakannya. "Dasyat kau, Lutfi. Dua-dua sekali mengandung kau
kerjakan." Usik Doktor Amir sebelum ketawa besar. Amelia tertunduk malu.
Manakala Lutfi masih terkaku dengan mulut yang melopong luas. "Cuma alahan
si Suraya tu teruk sikit. Tak apa, ni ubatnya. Kau ambil dekat kaunter nanti.
Doktor Amir mencoretkab sesuatu di kertas kuning atas mejanya sebelum dihulur
kepada Lutfi. "Encik Lutfi!" Panggil Doktor Amir sedikit kuat.
Lutfi tersentak.
Dia tersengih. "Aku dapat dua anak sekaligus..." Ujarnya teruja.
Suraya yang baru sedar, duduk tersenyum di atas katil. Sudah rezeki mereka.
Bahagia itu ada
jika kita pandai mencarinya. Jodoh... Tiada siapa yang tahu siapa yang akan
masuk ke dalam hidup kita esok lusa. Lihat sahaja Aini... Akhirnya bersatu juga
dengan Syamsul. Itu kisah mereka yang tersendiri.
Dia bertukar
pandang dengan Amelia. Masing-masing tersenyum bahagia. Jodoh itu ketentuan
Allah. Tiada kuasa lain yang mampu mengubahnya. Jangan pernah merasa takdir itu
suatu yang kejam kerana hikmah di sebaliknya lebih besar dari yang dijangka.
Dalam pahit itu akan datang manisnya. Tidak semua kehidupan bermadu menyeksa
jiwa. Andai hati itu redha, kebahagian dalam genggaman. Ujian dan duri yang dilalui
membawa kita kepada akhir yang lebih bermakna. Tiada lagi pahit hempedu. Yang
tinggal, semanis-manis madu...
bodohnye cerpen ni...x logik lngsung
ReplyDeletekenapa pulak x logik? ada je yg jadi macam ni
DeleteMacam bodo kn... Bangang hahahha lul
Deletebetul ..
ReplyDeleteCerpen nie logikla la...dn superb best..ahmad atma yg sbenarnye bodoh..sdgkn nabi muhmad yg kahwin empat pon bahagia tkknla cerpen seorg laki yg kahwin dua tk bleh bahagia..betulla...lelakj tkkn boleh mgerti hati mulia seorg perempuan..jujur sye katakan,awklah pengkritik plg krg ajar yg pernah sya tgk..
ReplyDeleteGood job,amsyira..
ReplyDeleteNovel ni best tpi sy rase sy mcm x mampu nk jdi secekal suraya... good job.
ReplyDeleteBetul tu. Ada dan ia lojik
ReplyDeleteI like it .
ReplyDeleteI like it .
ReplyDeleteBetul tu. Ada dan ia lojik
ReplyDeletei like it...
ReplyDeletejalan cerita yang logik..
sesuatu ujian tidak akan datang kalau kita tidak boleh laluinya... semuanya hanya allah yang mengetahui..
moga kita semua tabah harungi segala ujiannya...
good jobs :-)
Best...susunan jalan cerita yang menarik..good job
DeleteBosan mengarut mcm bodo....
ReplyDeletecerita yg bagus . seriously satu dalam sejuta perempuan mcm suraya.. dan saya trgolonh dlm sejuta yg tak sggup utk bermadu kasih . Sungguh kalo ade wanita yg mcm Suraya. syurga menantinya . good job sis...
ReplyDeletekesian irfan..huwarghhhh
ReplyDeleteSalam. Tahniah buat penulis. Tahniah sekali lagi. Salam
ReplyDeletelogik kisah mcm ni. Suraya ni mmng cekal kalau aku dan dan dah menangis suami kawen lain hahaha.
ReplyDeleteNice cerpen..semoga lebih success
ReplyDeleteSemprull!
ReplyDeleteSemprulll!
ReplyDeleteشركة تعقيم و تطهير بحي العمامرة
ReplyDeleteشركة تعقيم بحي الياسمين
تعقيم و تطهير بحي الفجيرة
perde modelleri
ReplyDeleteNumara Onay
vodafone mobil ödeme bozdurma
Nft Nasil Alinir
Ankara Evden Eve Nakliyat
Trafik sigortası
DEDEKTOR
HTTPS://KURMA.WEBSİTE/
aşk kitapları
Smm Panel
ReplyDeletesmm panel
İs ilanlari blog
İnstagram takipçi satın al
hirdavatciburada.com
beyazesyateknikservisi.com.tr
Servis
tiktok jeton hilesi