*ps : cerpen kali ni byk lompat2 scene. Maklumle... aku tulis cerpen ni pun berdasarkan kisah 1st love kawan aku. Hikhik. Kalau dia tahu aku post cerita ni lam blog aku, tak tahulah apa reaction dia. Alah... bukannya dia follow pun blog aku. Huhu... sorry ecah (bukan nama sebenar)
cerpen : Mister Vampire (khas buat sahabat) "Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi berpaling sambil tersenyum lebar. "Waktu pertama kan Sejarah." Ujarnya teruja. Gadis di birai katil tadi menggelengkan kepalanya. "Ecah... Ecah... Sejarah pun kau minat. Biol apa? Boring gila. Kalau akulah, Sejarah tu dah boleh dklasifikasikan sebagai ubat tidur terbaik, tahu?" Bebel gadis tadi. Ecah membuat muka bersahaja. Keningnya dijongket berkali-kali. "Suka hatilah. Ei... Tak sabar nak jumpa Cikgu Lia. Minggu lepas dah lah tak ada kelas sebab dia MC. Minggu ni barulah nak berseri." Ecah berlalu. Nampak sangat kegembiraannya hingga jalannya pun terlompat-lompat. Sekali tengok seperti kanak-kanak riang pun ada. ●●●●● "What the..." Ecah mula memuncung. Mana tidak muncung, Cikgu Lia kesayanganya telah ditukar dengan seorang cikgu baru. Itupun dia dapat tahu dari rakannya yang bising bercerita tentang cikgu lelaki itu. Muda lagi dengarnya... Ecah membuang pandang ke padang sekolah bersebelahan kelasnya. Sebelah keningnya terangkat melihat lembaga serba hitam berjalan di tengah padang itu menuju ke kelasnya. Seluar slack hitam, baju kemeja hitam, tie dan kasut pun hitam! Eh, Eh! Kulit pun hitam. Hitam manis... Lelaki tadi sudahpun berdiri di hadapan kelas. Pasti dialah cikgu baru yang disebut-sebut itu. "Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya cikgu sejarah baru kelas ni menggantikan cikgu Lia. Nama saya Mohd Roslan bin Mohd Noor." Ujar lelaki itu sambil menulis namanya di papan hitam. Uisy! Nampak macam tegas. "Boleh panggil saya cikgu Roslan." Matanya meneliti satu-persatu wajah anak muridnya sebelum terhenti pada Ecah yang berwajah selamba. Senyum tidak, masam pun tidak. Itu mesti beranganlah tu. "Sebelum saya mula, saya nak kenal kamu semua dulu. Mula dari kanan." Satu demi satu murid tingkatan 4 Maju itu bangkit lalu memperkenalkan diri hinggalah tiba giliran Ecah. "Nama saya Asya Aishah. Semua panggil saya Ecah." Ringkas sahaja pengenalannya. Baru dia mahu duduk semula, Cikgu Roslan terlebih dahulu bersuara. Berkerut juga dahi Ecah dibuatnya. Tadi punya ramai anak murid lain memperkenalkan diri, kenapa dia seorang sahaja yang disoal. "Aishah... Saya suka nama Aishah." Gulp! Fuh... Bergetar juga jiwa mendengar pengakuan ikhlas cikgu kacak. Kacak ke? Bolehlah tahan... "Awak suka sejarah?" Soalnya. Mendengarkan soalan itu, Ecah apa lagi... Dia yang sememangnya hantu Sejarah itu terus membuat wajah bersemangat. "Suka gila!" Jawabnya teruja. "Really?" Soalnya lagi. "Really! Really!" Jawabnya yakin sambil tersengih lebar. Cikgu Roslan tersenyum gembira. Sukalah tu ada anak murid yang sukakan subjek yang bakal dia ajar. Rakan-rakan sekelas Ecah sudah menahan ketawa melihat gelagatnya. ¤¤¤¤¤ "Korang... Dah siap bahan nak present kejap lagi?" Soal Afif kepada rakan sekumpulannya. Ecah mengangguk laju. Tak perlu ditanya pun, kalau pasal subjek sejarah sudah tentu-tentu beres. Gila sejarahlah katakan. "Eh... Cikgu dah datang." Nurul yang duduk di sebelah Ecah memberi amaran supaya Afif kembali ke tempatnya. Dia dan Ecah sememangnya pemantau tidak bergaji. Asal sahaja ada guru yang datang mereka dahululah yang berbunyi seperti siren rosak memberi amaran agar-agar rakan-rakan mereka bersedia. Almaklumlah, meja mereka berdekatan dengan pintu belakang. Cikgu Roslan melangkah masuk. Ecah menghela nafas panjang. Fuh... Sesak juga nafas. Almaklumlah, kumpulannya adalah kumpulan pertama yang akan membentangkan tentang Tamadun Islam. Segalanya berjalan lancar tapi.... Tapi apa? Apa lagi kalau bukan Cikgu Roslan seperti sengaja memainkan Ecah. Selesai sahaja penerangan Ecah, Cikgu Roslan menyuruhnya mengulangi semula hujahnya. Bukan sekali... Bukan dua kali... Tapi, berkali-kali! Ecah mula menarik muka masam. Ini dah tentu-tentu Cikgu yang tak berapa cerah ni sengaja mahu mengenakannya. Hatinya sudah terbakar berdiri di depan ni. Silap haribulan kertas mahjung yang dibentang di hadapan sebagai bahan hujah ini dikunyah-kunyah. Kalau kertas mahjung tu habis, kepala cikgu Roslan pula dia akan kunyah! "Okay, okay.. Nampaknya ada orang merajuk. Dah masam sangat dah tu. Awak semua boleh masuk. Ecah memicingkan matanya. Grrr.... ●●●●● Ecah sudah membuat muka bosannya. "Kau kenapa, Ecah? Selalunya kalau kelas sejarah, happy je. Ni dah macam cencorot tertelan garam ni, apa kes." Ecah mencebik mendengar kata-kata Nurul. Banyaklah dia punya cencorot. Pernah ke tengok rupa cencorot tu masa tertelan garam? Entah-entah cencorot pun si Nurul ni tak kenal. "Aku bukan apa. Dulu cikgu Lia. Best... Sekarang ni... Emph!" Ecah menunjuk tanda bagus terbalik. So lame.... "Dia suka kenakan aku. Benci!" Ecah menyuarakan rasa tidak puas hatinya. "Iyalah. Aku tengok kau seorang je yang selalu kena." Nurul memandang syiling. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. "Hah! Jangan-jangan dia suka kau tak?" Menyembur air yang baru diminum Ecah. Mujur tak kena sesiapa. Cuma basah jugalah lantai kelas dibuatnya. "Kau cakap something yang logik boleh tak?" Marah Ecah. Tapi di mulut sahaja. Dalam hati... Dup! Dup! Dia suka aku ke??? "Hah! Tu dia buah hati hang dah mai." Ecah mengetap bibirnya melihat Nurul yang sudah tertawa. Panas! Cikgu Roslan melangkah masuk ke dalam kelas. Buku di tangannya diletakkan di atas meja. Dia berdiri di tengah kelas. "Hari ni saya tak nak terua mengajar. Saya nak bagi pilihan pada awak semua. Nak apek cina ke india tua?" Soalnya. Murid-murid dalam kelas itu sudah berbisik sesama sendiri. "Cepat!" Gesanya. Seorang murid lelaki yang agak kurus mengangkat tangan. "India tua!" Suaranya agak kuat. "Okay, semua berdiri." Arah Cikgu Roslan tiba-tiba. Lalu semua murid pun berdiri mengikut arahannya. "Siapa yang boleh jawab teka-teki saya ni, boleh duduk. Ada seorang india tua ni. Dia pergi jalan-jalan naik motor waktu malam. Tapi, motor dia tak ada lampu. Sekali ada roadblock. Polis tu tahanlah india tua tu. Masa nak saman, india tua tu cakap sesuatu pada polis itu sampai polis tu tak jadi saman. Soalannya, apa yang india tua tu cakap?" Masing-masing diam mendengar soalan cikgu Roslan. Hanya Ecah yang beria mahu menjawab. Semuanya sebab dia mahu duduk. Berkali-kali juga dia mengangkat tangannya. "Dia bagi duit." Teka Ecah. "Nope! Itu rasuah." "Dia cakap dia ada anak bini?" "No." "Dia cakap nak pergi baiki lampulah ni..." "Pun bukan." Semua jawapan Ecah salah. Cikgu Roslan tersenyum melihat wajah masam Ecah. "So, semua surrender?" Soalnya. Semua murid mengangguk kecuali Ecah yang hanya diam memeluk tubuh. Masih dengan egonya. "Jawapannya, india tua tu cakap, encik polis, sana ada lampu, sini ada lampu. Buat apa saya pasang lampu." Ecah sudah membuat muka tidak percayanya. 'What the...' ●●●●● "Evil juga cikgu baru kita tu, kan?" Zurina sudah memulakan sesi membuat ketupatnya.... Mengumpat... Isyk! Isyk! Isyk! Tak ada kerja betul. Ecah mengangguk laju. Setuju sangatlah dia. Dia sendiri pun dah naik geram dengan cikgu Roslan itu. Geram ke? Hmm... "Betul! Suka kenakan kita, kan?" Sampuk Aulia. Itulah perempuan. Pantang berkumpul. Mesti mengumpat. "Sekali tengok, macam vampire pun ada." Tokok Ecah. "Vampire?" Hampir serentak Zurina, Aulia dan Nurul bersuara. "Why?" Soal Nurul pula. Ecah menjongketkan bahunya. Malu pula mahu memberitahu sebabnya. Bukan apa, Mister Vamp tu memang pandai bergaya. Tinggi... Kalau dia senyum... Fulamak... Kesannya macam kena pukau. Dan dia selalu terserempak dengan Mister Vamp itu di waktu malam. Alamak! Dah tukar dari cikgu Roslan kepada Mister Vamp? Ecah tersengih. Kawannya hanya memandang pelik. "Angau apa?" ●●●●● "Saya ada teka-teki. Sambung dari yang hari itu. Ecah mengeluh. Malas nak menjawab kali ini. Mesti tak logik... "Polis hari itu nak balas dendam dekat India tua tu. So, dia pancitkan motor india tua tu. India tu pun marahlah dengan polis tu. So, polis tu cakap something yang terus buat India tua tu diam. Apa yang dia cakap?" Senyap sunyi kelas itu. Kalau dalam cerita kartun, dah lama ada bunyi katak atau burung gagak nak menggambarkan betapa sunyinya kelas itu. "Tak ada siapa nak jawab?" Soal Cikgu Roslan lagi. Masih lagi sepi. "Okaylah! Jawapan dia, polis tu cakap. Sana ada angin, sini ada angin, kepala you pun ada angin, buat apa tayar ada angin." Cikgu Roslan ketawa sendiri. Melihatkan pelajarnya uang senyap tidak bereaksi ketawanya mati. Kalau kulitnya cerah, memang sah tengah merah sekarang ni. Malu... "Kepala Mister Vamp pun masuk angin." Ujar Ecah perlahan. ●●●●● Selesai waktu Sejarah, Ecah dan rakan sekelasnya sibuk mengeluarkan buku untuk ke makmal matematik untuk kelas yang seterusnya. Sewaktu Ecah melangkah keluar dari kelas, matanya bertaut dengan Mister Vamp yang juga secara kebetulan baru keluar dari kelas mengikut pintu hadapan. Mister Vamp tersenyum manis ke arahnya. Pergh! Cair macam coklat panas dia dibuatnya. Cool, Ecah! Cool! Ecah membalas senyuman seadanya sebelum melangkah pergi. Hai... Dalam benci suka tu ada juga. Tak tidur malamlah dia dibuatnya. Semua salah Mister Vamp! Pergi senyum dekat dia, buat apa? ●●●●● "Fail?" Mata Ecah mula berpinar. Fail??? Hatinya menjerit. Kenapa dia mesti gagal ujian Sejarah kali ni. Sebelum ini mantap sahaja keputusan peperiksaannya. Hati jahatnya mula menyalahkan Mister Vamp. "Ni semua sebab Mister Vamp tak mengajar betul-betul." Hatinya mendongkol. Kerana geram, Ecah memulakan misi mengumpat dan memburuk-burukkan Mister Vamp secara lebih meluas. Ish, budak ni! Tak bertaubat lagi. Patutlah gagal. Tak berkat ilmu tu. Ecah terus-terusan membenci Mister Vamp. Baginya lelaki itulah punca kegagalannya. Selama dia belajar dengan Cikgu Lia, tidak pernah sekalipun dia gagal Sejarah malah dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Dalam pada sibuk mengumpat itu, rasa bersalah tetap ada. Fuh... Nasib baik... Ingat hati tu dah hitam... Ecah sering melarikan diri dari Mister Vamp sejak berada di tingkatan 5. Err... betul-betul melarikan diri. Alah... Lari ala-ala pecut 100 meter tu. Tak percaya? Pernah sekali, Ecah dalam perjalanan ke makmal matematik. Waktu itu, kebetulan Mister Vamp keluar dari makmal sebelah. Berdesup Ecah lari meninggalkan tempat itu. Yang Mister Vamp pula nampaknya perasan akan tingkah si Ecah tu. ●●●●● Kelas 5 Maju itu sudah bising seperti pasar. Azri sebagai ketua kelas sendiri sudah tidak ambil peduli. Ini sudah masuk minggu ke dua Cikgu Roslan tidak masuk ke kelas mereka. Nurul menepuk bahu Ecah. "Kejap lagi rehat, aku rasa mesti Cikgu Roslan tak masuk kelas lagi selepas rehat nanti." Nurul memandang Ecah. "Aku rasa dia merajuk dengan kau lah." Tuduh Nurul. Ecah sudah melopong. Jari telunjuknya dihala ke wajahnya manakala Nurul mengangguk laju. "Apasal pula dia nak merajuk dengan aku?" Bengkeng Ecah. "Kau tanya, apasal? Kau tu akhir-akhir ni kan selalu lari dari dia. Sana sini kau mengumpat dia. Kau tak rasa ke yang dia mungkin tahu and terasa dengan kau plus I wonder why do you care so much about him?" Marah Nurul. "Mana ada!" Ecah membuat muka selamba. Tapi, dalam hati rasa bersalah sudah menggunung. "Kau try la pujuk dia." Ecah geleng. "Kau takut ke?" Bulat mata Ecah memandang Nurul. Hey, Nurul! Ecah ni keturunan Malim Deman... Pantang dicabar. "Kau tengok muka aku ni. Ada gaya takut ke? Pleaselah..." Matanya sudah dijulingkan ke atas. "Hang cakap berdegaq. Kalau ya, buktikan." Cabar Nurul. Ecah berdiri pantas. "Fine!" ●●●●● Jam di tangan dikerling. Masih ada masa lagi sebelum habis rehat. Ecah sudah mundar-mandir di hadapan meja Mister Vamp yang kosong dalam bilik guru itu. Rehatlah tu. Ecah buat tidak tahu sahaja jika ada guru lain yang memandang pelik. Tiba-tiba Mister Vamp muncul dari belakang Ecah terus menonong duduk di mejanya. Ecah mendekat. Muka memang kawal habislah. "Bila nak masuk kelas?" Ecah bersuara mendatar. Tengok muka, ego tu memang tak boleh tarah. Mister Vamp sudah pandang pelik. Kedua-dua belah keningnya dijongketkan. Akhirnya pecah juga tawanya. Entah apa yang kelakar sangat. Ecah hanya mengerutkan wajahnya. "Pukul berapa ni?" Soalan Ecah dijawab dengan soalan. Ecah senyap... Ada sepuluh minit lagi. Gelojoh sangat ke dia. Gulp! "Saya ada assignment. Tolong bagi ke kelas." Ecah menyambut kertas yang dihulurkan oleh Mister Vamp. "Masuk tak?" Belum putus asa nampaknya si Ecah ni. "Masuk apa?" Ah, sudah! Masuk dah angin bendul Mister Vamp ni. "Kelaslah..." Ecah mencebik. Mister Vamp ketawa lagi. Tapi, dia tidak menjawab dan hanya membiarkan soalan Ecah dibawa angin. ●●●●● Ecah menghantar pergi rakan-rakan sebiliknya pulang ke kampung dengan pandangan mata yang sayu. Sayu ke? Suka lagi adalah. 'I'm the king of the hostel. Huahuahua!' Tempik hatinya. Suka dapat counqer asrama seorang diri. Apalah Ecah ni. Dah mereng agaknya tak dapat balik cuti raya haji. Malam itu, Ecah keluar melepak di tepi air terjun kecil buatan yang menambah keindahan sekolah berasrama penuh ini. Sedang asyik termenung, Ecah merasa seram sejuk seperti ada aura kejahatan memerhatinya. Cewah! Banyaklah aura kejahatan dia. Terus Ecah berpaling. Terkejut jugalah melihat lembaga hitam sedang tersengih ke arahnya. Tersusun giginya yang putih berseri itu. "Tak balik ke?" Soal lembaga hitam itu. Ecah memicingkan mata. Lah... Mister Vamp rupanya. "Tak..." Jawab Ecah ringkas. "Baguslah..." Ujar Mister Vamp sebelum berlalu meninggalkan Ecah terpinga-pinga. Aik? Bagus??? 'Kau buat ku keliru wahai Mister Vamp...' Jerit hati Ecah berdrama. Drama queen betul budak ni. ●●●●● Yahoo! Rakan-rakannya sudah balik. Apa lagi... Ecah pun mula meraih simpati mereka supaya mereka menemaninya keluar 'outing'. Mana boleh menolak permintaan Ecah yang tidak dapat balik bercuti. Kesian... "Weyh, dah lewat ni!" Ujar Rohana, rakan sebilik Ecah. Wajahnya dibalut risau. Keempat-empat mereka di dalam teksi itu juga sudah gelisah. Kalau mereka lambat, kad-kad matrik mereka yang mereka tinggalkan di pondok jaga sebelum keluar tadi akan dirampas dan mereka akan didenda! Nehi! Nehi! "Siapa warden bertugas hari ni?" Soal Nurul cemas. "Habislah kita kalau cikgu Wan yang jaga pintu." Wajah mereka semua ketakutan. Terbelit usus perut mendengar nama Cikgu Wan yang sememangnya terkenal dengan sifat garang singa betinanya itu. "Ecah... Dah nak sampai ni. Kau paling tepi, so kau keluar cepat-cepat ambil kad kitorang sekali. Barang-barang shopping serahkan pada kitorang." Ujar Syafira, juga merupakan rakan sebilik Ecah. "Beres!" Ujar Ecah bersemangat. Enjin sudah dipanaskan. Tinggal nak pecut sahaja ambil kad mereka. Matanya merenung tajam pondok jaga yang sudah semakin jelas. Tangannya menggenggam kejap pintu kereta. 3! 2! 1! Pecut!!! Gulp! Ecah brek mendadak. Alamak! Kelihatan Mister Vamp berdiri di pondok jaga memegang kad-kad matrik mereka. Dia menjongketkan kening sambil menayangkan kad itu di hadapan Ecah. "Ecah! Kad kitorang!" Jerit Nurul. Mendengarkan suara Nurul itu, Ecah terus melompat tinggi, merampas kesemua kad dalam tangan Mister Vamp. Memanglah kena lompat, dia pendek, Mister Vamp pula tinggi lampai. Sebaik kad di dalam tangan, dia terus memecut seperti di kejar anjing. Tapi, sempat juga telinganya menangkap bunyi ketawa Mister Vamp. ●●●●● Ecah bersembunyi di sebalik pohon bonzai di tepi jalan sebaik ternampakkan Mister Vamp. Lama juga dia mengendap Mister Vamp di situ. Kelihatan Mister Vamp seperti berwajah risau dan terbongkok-bongkok seperti mencari barang. "Hoi! Mengendap!" Sergah Nurul dari belakang. Melatah Ecah dibuatnya. Habis patah ranting pohon bonzai itu menampung tubuh Ecah yang dengan selambanya melompat ke atas pohon itu. Mengekek ketawa Nurul. "Tak guna punya kawan!" Marah Ecah. "Yang mengendap Mister Vamp tu kenapa? Kau suka dia, eh..." Telunjuk Nurul di hala tepat ke wajah Ecah. Ecah menepis tangan Nurul itu. "Eiii! Tak hadap la!" Nafi Ecah. Auta je lebih tu. Padahal jantung memang dah bekerja terlebih masa setiap kali melihat senyuman Mister Vamp. Ada hatilah tu... "Hmph! Tak mengaku. Kau tak suka dia... Tapi, aku rasa dia suka kau." Nurul cuba menarik minat Ecah. Ecah buat tidak tahu, pura-pura menilik kuku pendeknya itu. "Ingat tak masa study group hari tu?" "Emm..." Ecah menjawab malas. "Dia tak nampak dah kitorang. Kau sorang je yang evil tu tegur." Ujar Nurul. Nampaknya, Cikgu Roslan memang sudah terkenal dengan panggilan Evil. Ecah pun merupakan salah satu penyumbang idea untuk panggilan itu. Uisy! Banyak betul dosanya pada Mister Vamp. Kalau minta ampun tujuh tahun berturut-turut pun belum tentu habis dosanya. Ecah membulatkan mata. Dia ingat sangat wajah teruja Mister Vamp menegurnya. Rakan-rakannya yang lain seolah-olah tidak wujud di situ. Uik? Biar betik??? "Eh, kakak... Aishah!" Suara Mister Vamp membuat Ecah dan Nurul berpaling. Satu lagi tabiat Mister Vamp yang aneh. Dia ini kalau berjumpa dengan mana-mana pelajarnya, dia akan memanggil mereka kakak atau abang termasuklah Ecah. Tapi, kalau bersendiri tanpa guru lain atau faktor lain, laju sahaja nama 'Aishah' meluncur di bibirnya. "Cikgu... Buat apa tadi dekat pondok guard?" Soal Nurul mesra. Sudah terbiasa dengan panggilan kakak. "Pendrive cikgu hilang. Dah lah banyak dokumen penting dalam tu." Mister Vamp menunjuk muka sedih. Matanya memandang sekilas wajah Ecah yang seperti tiada perasaan itu. Kayu betul! "Oh really? Kesian cikgu, kan Ecah?" Tersedak Ecah dengan air liurnya sendiri mendengar namanya di sebut Nurul. Bulat matanya memandang rakannya itu. "Err... A'ah. Good luck! May cikgu jumpa pendrive tu." Ujar Ecah sambil menarik tangan Nurul meninggalkan Mister Vamp tanpa niat mahu menolong. Mana dia pernah ada niat baik tentang hal melibatkan Mister Vamp. Jahat je niatnya. Tanduk sudah tumbuh.... ●●●●● Ecah membaca khusyuk buku cerita Inggeris kegemarannya. Lama juga dia tercongok malam-malam di luar dewan menunggu rakan-rakannya yang sedang menduduki 'make up exam'. Terlebih baik hatilah pula sampai sanggup teman dan menunggu rakan-rakannya di luar dewan seperti patung cendana itu. Memang baik pun. Jahat dengan Mister Vamp saja. Muka jahat sudah keluar.... Bunyi enjin kereta mendekat mengganggu pembacaan Ecah. Terasa mahu tercabut jantungnya. Mana tak tercabut, macam mana si Mister Vamp tu boleh muncul dekat sini? Asal malam je jumpa Mister Vamp, asal jumpa Mister Vamp je malam... Ugh! Berkerut dahi Ecah melihat Mister Vamp terjenguk-jenguk cuba melihat gerangan yang duduk tercongok seorang diri di luar dewan. Ecah menutup wajahnya dengan buku di tangan. Dia mencuri tengok reaksi Mister Vamp. Kesian pula melihat Mister Vamp terhendap-hendap di situ. Ecah pun buatlah perangai gilanya. Dengan senyuman yang tersangatlah lebar sampai boleh sumbat bulan sabit dalam mulut tu, Ecah melambai ke arah Mister Vamp. Kan elok menyapa guru... Eh? Mister Vamp datang dekatlah. "Aishah!" Tegurnya. "Buat apa sini?" "Tunggu kawan." Mendatar suaranya. Sepi... Ecah dah tidak senang duduk. Mister Vamp ni pun, pergi ikut tercongok peluk tubuh bersandar pada tiang depan Ecah buat apa? 'Tak ada kerja ke Mister Vamp ni?' Gerutu hati Ecah. Buntu mahu cakap apa. Idea! "Pendrive dah jumpa?" Soal Ecah pura-pura prihatin. Drama betul! Mister Vamp mengangkat kening. Terharu nampak... "Tak..." Jawabnya sedih. Kesianlah pula Ecah melihat muka sedih Mister Vamp. Gaya macam tak dapat hisap darah selama 1000 tahun. Eh, melampau nampak perumpamaan. (penulis: Sori... Jangan marah...) 'Apasal mamat ni tak guna hard disk je?' Soal Ecah dalam hati. "Hard disk saya rosak." Ecah membulatkan mata. Mister Vamp ni boleh baca hati orang ke apa ni? "Nak tolong ke?" Ceh! Prihatin terlebih pula Ecah ni. Wajah Mister Vamp pula sudah berseri. Baru mahu membuka mulut, pengetua muncul entah dari mana, memanggil Mister Vamp. Perbualan mereka tamat begitu sahaja. ●●●●● Sekolah itu sibuk dengan deretan kereta keluar masuk mengikut pagar sekolah. Maklumlah, hari graduasi para pelajar SPM. Logiklah satu keluarga mahu menyambut. Ada yang sehingga dua ke tiga buah kereta. Bawa satu kampung agaknya. Sesi bergambar Ecah sudah selesai. Fuh... Rasa seperti artis pun ada. Ecah menghantar ibu bapanya ke pagar sekolah. Lah! Mister Vamp lagi. Mana sahaja Ecah pergi mesti dia ada. Jodohlah tu. Ecah tahan ketawa melihat Mister Vamp yang sudah berpeluh-peluh berdiri di tengah panas seperti tiang lampu menjaga laluan trafik. Sewaktu Ecah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya, Ecah perasan pandangan mata Mister Vamp yang mengekorinya. Sebaik ibu bapa Ecah pergi, Ecah pun mendekati Mister Vamp. Hmm... Dah ada kemajuan nampak. Selalunya Mister Vamp sahaja yang sibuk menegurnya. Ini, Ecah pula yang berani mendapatkannya. "Cikgu..." Tegur Ecah. Mister Vamp tersenyum manis. Pergh! Senyuman itu lagi. Tergugat iman.... "Tadi parents Ecah ke?" Ecah mengangguk. "Malam ni study?" Ecah angguk lagi. Mestilah belajar. Dah nak SPM. Nanti kandas, susah... Tak dapat masuk universiti, tak dapat kerja, tak dapat pinang anak teruna orang! Ceit! Serong punya fikiran. "Malam ni saya ada dekat kubik." Ecah angkat kening. Okay... Dia memang belajar dekat kubik. Sebelum ni pun memang macam tu. Kadang-kadang Mister Vamp join sekaki. Biasalah tu. Cikgu lain pun ada. Tapi, apa perlunya beritahu Ecah yang dia ada malam ni? ●●●●● Ecah semakin sibuk dengan persediaannya untuk menghadapi peperiksaan manakala Mister Vamp pula sudah ditukarkan untuk mengajar murid tingkatan 4. Tak dapatlah mereka bertemu muka kerana kesibukan masing-masing. Dan malam di kubik itulah pertemuan akhir mereka tanpa mereka sendiri jangka. Ecah melanjutkan pelajaran di universiti manakala Mister Vamp sudah berpindah sekolah. "What??? That's all?" Jerit Ira tidak puas hati. Ecah angguk. "Habis tu, kau tak try contact dia?" Soalnya lagi. Ecah mengeluh. "Nombor dia hilang masa phone aku rosak. Well, I did try to find him on the Facebook. Still, tak jumpa. Tak ada jodoh dah." Ira geleng kepala. Maknanya, cerpennya kali ini tidak mempunyai penamatlah. "Habis, macam mana dengan ending dia?" Keluh Ira. Matanya masih di skrin komputer dan tangannya lincah mengetuk papan kekunci. Cerpen tentang kisah cinta pertama Ecah ini agak menarik baginya. Romantik komedi! Nanti selesai, dia akan hantar di penulisan2u. "Kau fikirlah sendiri." Ujar Ecah. Ira merengus. Ira meneruskan kerja menaipnya. Sedikit lagi. Sedikit lagi.... And..... Finish! Ira tersenyum puas. Laman penulisan2u dibuka dan karyanya dihantar. ●●●●● Ira menggoyangkan kepalanya mengikut rentak musik sambil menunggu Ecah selesai membeli nota kuliah mereka. Amboi! Dia goyang kaki, si Ecah pula yang berpenat lelah bersesak dengan banjiran manusia dalam kedai sekangkang kera itu. Itulah untungnya dapat kawan yang baik. Eh? Ecah pula? Kesian Ecah dapat kawan yang hatinya terlebih mulia macam Ira ni. "Opocot!" Melatah Ira bila telefon samsung Corby miliknya menjerit minta dijawab. Hmm... Nombor yang tidak dikenali. Segera dia menekan butang 'answer'. "Hello... Siapa?" Amboi! Kasar betul anak dara ni. Buatnya bakal suami yang telefon, terus tak jadi kahwin. Lari bertempiaran dia dibuatnya. "Hello? Ira, ya?" Hmm... Suara serak-serak... "Hmm... Aku Ira. Kau siapa?" Isyk! Budak Ira ni memang kena hantar pergi kelas budi bahasa. Perangai kasar, tapi boleh lagi tulis cerpen. Dasyat! Macam durian pula Ira ni.. Durian? Iyalah.... Luar keras berduri, dalam lembik nak mati. "Saya rasa saya Mister Vamp dalam cerpen awak. Cikgu Roslan." Ira membulatkan matanya yang sepet. Memang bakal suami yang menelefonnya, tapi bukan bakal suaminya. Bakal suami Ecah! "OH MY PRADA!!!" Jeritnya tidak percaya. ●●●●● Kahwin juga si Ecah ni dengan Mister Vamp. Yang lagi tak boleh blahnya, penamat kisah cinta Ecah dengan Mister Vamp ini sebiji dengan cerpen yang ditulis Ira. Mister Vamp terbaca karya si Ira dan terus merasa seperti pernah mengalami babak-babak dalam cerpen itu. Hatinya kuat mengatakan yang dia boleh bertemu semula dengan Ecah yang menghilang melalui Ira. Terus dirayunya pihak penulisan2u bagi mendapatkan nombor telefon Ira. Tapi yang Ira sakit hatinya, si Mister Vamp ini dapatkan nombor telefonnya dengan cara tidak adil. Ada ke lelaki itu pergi mereka cerita bahawa dia adalah adik kepada Mister Vamp yang memberontak dan melarikan diri dari rumah. Dan si Mister Vamp ini amat berharap dapat memujuk semula adiknya atau si Ira ni yang kononnya telah menukar nombor telefon. Tidak pasal-pasal Ira menjadi remaja bermasalah. Aduhai.... "Ira... Thanks... Sebab kau, aku jumpa semula dengan Mister Vamp aku although terkejut jugalah dia tiba-tiba masuk meminang." Ujar Ecah sambil memegang tangan Ira. Mister Vamp di sisi Ecah sudah tersenyum. "Well, yeah. Credits to me. Dah jodoh korang." "Yup, all credits to you. Kalau tak sebab awak, saya takkan tahu perasaan sebenar Ecah pada saya. Selama ni dia buat bodoh je dengan saya. Ingat tak suka. Kalau bukan awak..... Takkan jumpa dia. Takkan berani masuk meminang dia dan last sekali takkan kahwin." Kini giliran Mister Vamp pula berterima kasih. Ira angkat bahu. "Kalau tanpa aku pun, korang tetap kahwin. Dah jodoh ketentuan Allah. Tapi, Ecah... Satu cara kau boleh balas budi aku." Ecah dan Mister Vamp saling bertukar pandang. "Nak join makan beradap. Ayam golek atas meja tu nampak sedap. And... Tu! Gulai daging tu. Bungkus banyak-banyak sikit. Nak bawa balik USM." Ketawa mereka pecah mendengar permintaan Ira. Akhirnya bersatu juga kisah cinta campur komedi Asya Aishah dan Roslan atau lebih dikenali dengan Mister Vampire....
Nice story.. Countinue😘
ReplyDeleteSalam. Cerpennya menarik tetapi terlalu pendek pula rasanya. Apapun saya ucapkan tahniah buat penulis. Tingkatkan lagi usaha anda. Tahniah
ReplyDeleteOuchhhhhhhhhhhhhhhhhhh😈😈
ReplyDelete