Cerpen : Seikhlas kasih
"Yana... Tengok ni." Suraya menggamit Liyana
mendekatinya. Sebelah tangannya mengangkat rantai kunci membentuk dua ekor ikan
lumba-lumba. Kedua-dua kepala ikan lumba-lumba tersebut membentuk hati. Cantik
sekali ukirannya.
"Wah,
comelnya!" Liyana dan Suraya berbalas senyuman.
"Kau
tengok ni betul-betul." Suraya menekan ibu jarinya di antara kepala dua
ekor ikan lumba-lumba itu dan... Pak! Dua ukiran ikan itu terpisah. Mulut
Liyana sedikit ternganga.
"Cool."
Pujinya. Dia memandang wajah Suraya sekilas. "Bolehlah kau bagi seekor
pada Adam. Seekor lagi kau pegang. Fuyoo... Sweet tahap potong kaki."
Tambahnya lagi.
Suraya
menggelengkan kepalanya. Dia bergerak ke kaunter kedai buku Popular itu lalu
membayar rantai kunci itu. Sebaik selesai, dia menadahkan tangannya kepada
Liyana yang setia berdiri di belakangnya. "Phone."
Dengan
wajah keliru, Liyana menghulurkan Iphone miliknya. Suraya dengan pantas
memasang rantai kunci itu pada telefon milik Liyana. "Eh, kau bagi dekat
aku ke? That is sweet, babe. I guess you love me more than Adam." Usik Liyana.
Suraya
menjuihkan bibirnya. Akhirnya tawa kedua-dua sahabat akrab itu pecah.
Sebenarnya Suraya sememangnya menyayangi Liyana lebih dari Adam. Liyana
bagaikan kembarnya yang tidak pernah wujud. Dahulu, dia pernah hampir
melepaskan Adam apabila dia mendapat tahu bahawa Liyana turut memendam perasaan
cinta buat Adam, tunangannya. Namun, Liyana juga sepertinya. Persahabatan ini
jauh lebih penting dari rasa cinta yang belum pasti. Liyana bahagia melihat
Suraya bahagia bersama Adam.
"Done."
Ucap Suraya sebaik selesai memasang rantai kunci pada telefon bimbit miliknya.
Dia mendekatkan telefon miliknya dengan telefon milik Liyan. Tidak semena-mena,
pasangan rantai itu bersambung semula. "Magnet dia kuat tahu." Tambah
Suraya.
"Kalau
macam ni, aku takkan pernah terlepas pandang kau." Canda Liyana. Mereka
bertukar senyuman.
'''''''''
Liyana menguis karpet dengan hujung kakinya. "Minum,
Yana." Mak Siah, orang gaji di rumah Suraya menghidangkan jus oren kepada
Liyana.
Liyana
meneguk jus oren sejuk itu. Lega rasanya. "Sedap, Mak Siah." Puji
Liyana. "Hmm... Mana Suraya tak turun-turun lagi? Janji nak study group
pukul tiga. Ni dah tiga setengah dah." Soal Liyana.
"Yana
sampai tadi, Suraya baru mandi. Tengah solat agaknya tu." Terang Mak Siah.
Mak Siah kembali ke dapur meninggalkan Liyana seorang diri. Liyana kembali
menyandarkan tubuhnya ke sofa empuk itu. Sedetik... Dua detik berlalu.. Mata
Liyana semakin layu.
"Yana..."
Liyana seperti terdengar suara seorang lelaki memanggil namanya, namun matanya
yang berat membuatkan dia tidak mengendahkan suara itu. Seketika kemudian, dia
terasa pipinya seperti di elus lembut. Dia semakin lena.
Pang!
Tamparan agak kuat di pipinya membuatkan mata gadis itu terbuka luas.
"What happen? Aku dekat mana?" Soal Liyana gelabah. Telinganya disapa
dengan ketawa halus Suraya yang entah sejak dari bila sudah tercongok di
sebelahnya.
"Kau
ni kan. Datang balik penyakit amnesia kau ni. Kalau dah tidur memang bom
meletup dekat sebelah pun kau tak bangun, kan." Marah Suraya sambil menunjal
dahi Liyana.
Liyana
menarik wajah masam. "Kau baik-baik sikit cakap, ya. Aku tidur peka tahu.
Lalat lau sebelah pun aku sedar tahu." Dalih Liyana.
"Yelah
tu. Tadi abang balik siap panggil lagi nama Yana, Yana tak sedar pun."
Sampuk satu suara yang tidak asing lagi. Liyana dan Suraya serentak berpaling.
"Eh?
Abang Sufian? Bila balik?" Soal Liyana. Setahunya, abang kepada Suraya ini
ke Singapura atas urusan kerja.
"Tadi
lagi. Abang balik-balik, nampak ada seekor anak kucing ni berdengkur dekat
ruang tamu dengan mulut tenganga." Sufian tersengih menunjukkan barisan
giginya yang tersusun kemas.
Liyana
tertunduk malu. Wajahnya terasa panas. Aduh... Malunya! Liyana menyembamkan
wajahnya ke bahu Suraya. Suraya cuba menahan tawa. "Abang ni! Tak baik
usik Yana macam tu." Suraya pura-pura memarahi Sufian. Sufian mengangkat
bahu lalu berlalu meninggalkan dua gadis itu.
"Babe..."
Sayu suara Liyana. Senyuman Suraya mengendur. Dah kenapa pula dengan kawannya
yang seorang ini. Lain macam sahaja suaranya. Liyana betul-betul terasakah
dengan usikan Sufian. Gusar juga hatinya. Dia bukan tidak kenal Liyana ini.
Kalau dah merajuk, susah sekali untuk dipujuk. Nampak sahaja orangnya bersikap
terbuka dan ceria, namun kalau ada rasa terluka, hatinya yang lembut itu boleh
jadi sekeras kerikir. "Betul ke mulut aku ternganga tadi?" Soal Liyana
dengan suara halus. Terus pecah tawa Suraya. Lah... Itu rupanya yang mahu
ditanya...
'''''''''''
Liyana melentokkan kepalanya di meja makan restoran itu.
Tidak dia pedulikan dengan mata-mata yang memandang. Buat ke lapan kalinya, jam
yang tersemat di tangannya di jeling. Keluhan kecil dilepaskan. Lewat lagi.
Suraya ini, kalau berjanji, memang ikut jam dia sendiri. Sudah naik kematu
punggungnya menunggu di restoran itu hampir setengah jam. Dua gelas Jus
Tembikai sudah selamat masuk ke dalam perutnya, namun Suraya masih tidak
kunjung tiba.
"Hi..."
Liyana mengangkat kepalanya. Matanya sedikit membesar sebaik melihat Sufian
sudah tegak berdiri di hadapannya.
"Abang?
Abang buat apa dekat sini?" Soal Liyana kaget. Sufian menarik kerusi
berhadapan dengan Liyana.
"Abang
dari tadi lagi duduk dekat sana. Ada meeting dengan client. Liyana buat apa
dekat sini?" Soal Sufian.
"Tunggu
Suraya." Jawab Liyana ringkas. Dia menongkat dagunya sambil mempamerkan
wajah bosan.
Sufian
mengukir senyuman nipis. "Err... Tadi, siapa?" Soal Sufian dengan
suara perlahan. Akhirnya terluah juga soalan yang dipendam sedari tadi. Tidak
fokus dia dibuatnya ketika melihat ada lelaki duduk semeja dengan Liyana di
hadapan matanya. Ada api cemburu yang mula menyala.
Liyana
mengerutkan keningnya. Siapa? Badrul, bapa saudaranya yang tua tiga tahun
darinya itukah? "Siapa? Badrul?" Soal Liyana. Kenapa pula Sufian
bertanya tentang Badrul. Meja itu sepi seketika. Liyana menjeling sekali lagi
jam di tangannya. "Yana rasa nak baliklah. Lusa dah nak exam. Kena study.
Abang beritahu Suraya Yana nak balik. Yana telefon, dia tak jawab." Liyana
mencapai beg tangannya. Belum sempat dia melangkah, suara Sufian membantutkan
niatnya.
"Abang
hantar balik." Tawar Sufian. Liyana kelihatan enggan. Dia menggelengkan
kepalanya. "Jom jelah. Dah lewat ni. Susah nak dapat teksi." Pujuk
Sufian. Liyana masih diam. "Lagipun, adik abang yang salah biar Yana
tertunggu-tunggu. Kalau Suraya pun, mesti dia suruh abang hantarkan Yana."
Pujuk Sufian lagi. Akhirnya Liyana mengangguk sekali meskipun hatinya bagaikan
ada rasa tidak enak malam ini.
'''''''
Liyana menggigit tangannya kuat hingga ada cecair panas yang
mengalir dari kesan gigitan itu. Air matanya kini bercampur dengan air pancur
di dalam bilik air itu. Apabila air itu bercampur dengan cecair panas yang
mengalir dari celahan luka kesan gigitan di tangannya air itu menjadi merah.
Dia cuba
mengawal taufan perasaannya. Dia cuba mengawal dirinya dari melepaskan raungan
kesedihan agar keluarganya tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya.
"Syaitan! Syaitan! Syaitan!" Jeritan Liyana tersekat di
kerongkongnya. Yang keluar hanyalah suara halus yang kedengaran serak-serak
basah. "Kenapa? Ya Allah..." Hatinya menjerit lagi.
Dengan
baju yang lencun dengan pancuran air di dalam bilik air, Liyana menghempaskan
tubuhnya ke atas katilnya. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi.
Matanya terasa pedih dan sembam akibat terlalu banyak menangis. 'Sorry, Yana.
Aku lupa malam ni kita ada janji. Adam tiba-tiba telefon aku. Ada masalah sikit
katanya. Tapi, abang aku cakap dia terserempak dengan kau dan dia dah hantar kau
balik dengan selamat. Sorry again.' Sebaik mesej dari Suraya habis dibacanya,
Liyana mencampak telefon bimbitnya itu ke dinding dengan kuat hingga pecah
skrin telefon itu.
"Selamat?
Selamat?" Jerit Liyana. Dia sudah tidak mampu mengawal dirinya. Liyana
menjerit dan meraung dengan kuat seperti dirasuk. Jeritannya membuatkan kedua
ibu bapanya merempuh masuk ke dalam biliknya.
"Ya
Allah, Yana? Kenapa ni?" Soal Puan Latifah. Dia cuba menenangkan Liyana
yang sudah membaling semua barang di dalam biliknya. "Sabar sayang,
sabar..." Pujuk Puan Latifah. Dia jadi panik melihat perubahan mendadak
anak tunggalnya.
Namun
Liyana benar-benar tidak terkawal. Hampir sahaja dia melukai dirinya sendiri
dengan serpihan kaca yang bertaburan di biliknya andai sahaja Tuan Amin tidak
bertindak pantas. Tuan Amin mencengkam bahu Liyana lalu tangannya menampar kuat
pipi anaknya itu. Liyana yang meronta tadi kembali diam. Tuan Amin menarik
tubuh Liyana ke dalam pelukannya manakala Puan Latifah membelai belakang Liyana
yang masih terhingut menahan sendu.
"Apa
dah jadi, Yana? Cerita dekat Abi, sayang. Cerita." Pinta Tuan Amin lembut.
Liyana menyembamkan wajahnya ke dada Tuan Amin. Raungannya bergema lagi di
dalam rumah banglo dua tingkat itu. Tuan Amin dan Puan Latifah hanya mampu
bertukar pandang dengan wajah yang keliru dan bimbang.
'''''''''
Suraya merenung jauh ke luar jendela. Dia keliru. Mengapa?
Apa yang berlaku kepada persahabatannya dengan Liyana akhir-akhir ini? Liyana
bagaikan membencinya. Gadis itu sering mengelak dari bertemu dengannya. Suraya
mengeluh panjang.
Bahunya
sedikit terhinjut apabila ditepuk seseorang. Wajah tersenyum Sufian terpamer di
kornea matanya. Suraya menghadiahkan senyuman tawar kepada abangnya. "Kenapa
ni?" Soal Sufian prihatin.
"Entahlah,
abang..." Suraya berjeda seketika. "Yana..." Saat nama Liyana
berbangkit, riak wajah Sufian sedikit berubah. Suraya tidak menyedari perubahan
di wajah Sufian. "Dia macam mengelak dari Su sekarang. Dia macam... Benci
dengan Su. Su tak tahu apa yang Su dah buat. Setiap kali Su cuba cakap dengan
dia, tapi dia... Entahlah..." Suraya mengeluh buat kesekian kalinya.
Sufian
hanya mendiamkan diri. Dia memaut bahu adiknya lalu menggosok perlahan bahu
Suraya sekadar mahu mengurangkan kegelisahan hati adiknya.
''''''''
"Kenapa dengan kau ni?" Soal Adam garang. Suaranya
sudah naik seoktaf. Dia tidak faham. Dia benar-benar tidak mengerti. Apa yang
telah terjadi sehingga Liyana berubah sehingga begini sekali.
"Kenapa
dengan aku? Kenapa?" Liyana tidak kalah. Suaranya turut meninggi. Hatinya
sakit. Kebencian menjalar di jiwanya. Baginya, Adam, Suraya dan Sufian si
syaitan itu sama sahaja bersalah. Dia benci mereka. Benci! Benci! Kalau Suraya
menepati janji. Kalau Adam tidak menyebabkan Suraya mungkir janji. Kalau sahaja
dia tidak dengan lurusnya mengikut Sufian. Kalau sahaja... Argh! Semuanya sudah
tiada guna. Nasi telah menjadi bubur. Kehormatannya yang diragut Sufian tanpa
belas kasihan pada malam tragedi itu, tidak akan kembali padanya.
"Yana!"
Mata Liyana dan Adam terpaku pada wajah yang sama. Suraya berjalan mendekati
mereka. Jelas wajah itu dibalut mendung.
Liyana
memeluk tubuhnya. Sungguh dia benci untuk melihat wajah-wajah ini. Dia merasa
diri dikhianati. Lebih pedih hatinya kerana kedua-dua insan itu sentiasa berada
di kedudukan istimewa di hatinya. Tidak semudah itu dia dapat memaafkan. Apa
yang mampu dia buat. Dia hanya mampu mendiamkan jenayah yang dilakukan Sufian.
Itu hanyalah demi persahabatan antara dia dan Suraya suatu masa dahulu. Namun
untuk memaafkan dan melupakan... Mustahil.
Liyana
cuba berlalu, namun Suraya lebih pantas menarik tangannya. Liyana menepis kasar
tangan Suraya membuatkan Suraya terkedu. "Yana..." Hanya nama itu
yang meniti di bibir nipis Suraya. "Kenapa dengan kau ni?" Soalnya
lembut. Dia tidak mahu menyiram minyak ke dalam api kemarahan Liyana.
"Aku
tak ada apa. Kenapa dengan aku?" Soal Liyana semula dengan suara yang
sinis. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Suraya.
"Kau
akhir-akhir ni asyik mengelak dari aku. Kau macam..." Suraya menelan
liurnya. Terasa kesat sekali. "Macam bencikan aku." Suaranya
perlahan, namun masih mampu ditangkap Liyana.
Hati
Liyana sedikit tersentuh. Namun kebencian dan egonya mengatasi segala-galanya.
"Memang! Memang aku bencikan kau! Kenapa? Tak boleh?" Hamburnya ke
muka Suraya. Suraya terkedu. Ada kristal jernih di tubir mata gadis itu. Namun egonya masih tidak surut. "Kau
dengar sini baik-baik. Aku benci kau! Kau! Dan kau!" Jerit Liyana sambil
telunjuknya lurus ke muka Suraya dan Adam.
"Yana...
Sampai hati kau..." Ujar Suraya dalam sendu. Pipinya sudah basah dengan
air mata. Suraya berlari meninggalkan Liyana yang hanya mendiamkan diri.
"Su!"
Jerit Adam sambil berlari mengejar langkah Suraya tanpa menoleh ke arah Liyana.
Liyana
memandang kosong dua insan itu meninggalkannya. Setitis demi setitis air
matanya mengalir membasahi pipi. Tangannya hinggap di dadanya. Sakit... Kenapa?
Kenapa hatinya berganda menanggung sakit walaupun hati Suraya yang dia lukai.
Kakinya terasa lemah. Dia terduduk longlai di kaki lima bangunan universiti
itu. Pedih.. Hatinya pedih...
"Su!"
Panggil Adam. Namun Suraya telah pun berlalu menaiki kereta MyVi merahnya.
Tangannya mengepal penumbuk. Liyana sudah melampau. Dia berlari ke tempat
perjumpaannya dengan Liyana sebentar tadi.
Wajahnya
membengis, namun sebaik dia tiba, riak wajahnya berubah. Jelas di bebola
matanya melihat Liyana yang terduduk di kaki lima dengan wajah yang basah
dengan air mata. Gadis itu menangis seperti hatinya dicarik-carik. Apa
sebenarnya yang terjadi?
''''''''
Sufian memanggung kepalanya. Dia berdosa. Berdosa. Dia
terlalu mengikut perasaan. Dia cemburu melihat Liyana yang sendtiasa berkepit
dengan lelaki yang sama yang Liyana kenalkan sebagai Badrul. Dia jadi hilang
pertimbangan.
Telefon
bimbit dicapainya. Nombor Liyana didailnya, namun seperti biasa, tiada jawapan.
Dia harus bertanggungjawab. Dia harus memberanikan dirinya. Apa sahaja natijah
perbuatannya, dia harus terima. Biarlah dia terpaksa melingkup dalam penjara
sekalipun.
Sufian
mencapai kunci keretanya. Dia perlu berjumpa dengan Liyana. Sekarang juga.
Belum sempat dia keluar dari bilik, telefon bimbitnya berbunyi. "Hello?
Adam?"
"Sufian.
Kau tahu kan apa jadi dengan Suraya dan Liyana?" Kedengaran suara Adam di
hujung talian. Lidah Sufian jadi kelu. "Sufian, aku jumpa dengan Uncle
Amin tadi. Yana... Yana nak sambung belajar ke luar negara. Suraya tahu ke? Aku
risau Suraya jadi lagi sedih."
Hampir
terlepas telefon itu dari tangannya. "Luar negara? Bila?" Soalnya.
"Itulah
yang aku telefon kau ni. Kau jangan terkejut tahu. Flight dia malam ni. Masa
aku jumpa Uncle Amin pun, mereka dah nak hantar Yana pergi KLIA." Sufian
menelan liur. Terasa pembuluh darahnya seperti mahu pecah. "Aku tak faham
apa dah jadi dengan dia akhir-akhir ni. Dia betul-betul berubah. Hello?
Sufian?" Panggil Adam apabila masih tiada respons dari Sufian.
Tanpa
sepatah kata, Sufian memutuskan panggilan. Dia berlari laju keluar bilik lalu
bertembung dengan Suraya. "Abang? Kenapa lari-lari ni?" Soal Suraya.
Dia jadi pelik melihat wajah panik Sufian.
"Yana..."
''''''''''
"Dia tak jawab." Ujar Suraya gelisah. Sudah
berkali-kali dia mendail nombor Liyana, namun tiada jawapan.
Berdecit
mulut Sufian. Dia berlari di kawasan KLIA itu sambil meliarkan mata di kawasan
sekeliling. 'Mana Yana? Mana Yana?' Sufian semakin gelisah. "Yana?"
Nama Liyana meniti di bibirnya. Jantungnya seperti mahu berhenti berdegup.
Janganlah Liyana pergi begitu sahaja.
"Adam!"
Panggil Suraya sebaik ternampak kelibat Adam. Adam berlari mendekati mereka.
"Yana
mana? Yana?" Soal Sufian gelisah. Adam diam tidak menjawab. Hanya bahunya
dijongketkan.
Suraya
jadi keliru. KLIA ini terlalu penuh dengan manusia. Baru Suraya berpaling,
tubuhnya merempuh seorang gadis yang memakai topeng muka dan cermin mata hitam.
"Sorry..." Ucap Suraya. Dia menolong gadis itu mengutip barangan yang
jatuh dari beg tangan gadis itu. Pergerakan tangannya terhenti saat matanya
terpaku kepada telefon miliknya dan telefon gadis itu yang jatuh bersebelahan
dengannya. Rantai kunci berbentuk ikan itu membentuk hati. "Yana!"
Sufian
dan Adam turut memandang ke arah Liyana. Liyana cuba melarikan diri, namun
Sufian lebih pantas menarik tangannya.
"Lepaskan
aku!" Jerit Liyana ketakutan. Tuan Amin dan Puan Latifah yang turut berada
di situ segera mendapatkan Liyana yang sudah terduduk menggeletar ketakutan di
atas lantai. "Tak nak! Tak nak!" Bisik Liyana berkali-kali. Nampaknya
gadis itu benar-benar trauma dengan apa yang terjadi.
Suraya
memandang curiga ke arah abangnya sebaik melihat reaksi Liyana. Otaknya
berkira-kira sendiri. Liyana berubah sejak malam itu. Malam Sufian menghantar
Liyana ke rumahnya. Malam dia memungkiri janjinya dengan Liyana. Malam itu?
"Abang!
Apa yang abang dah buat dengan Yana?" Soal Suraya curiga. Sufian
tersentak. Dia dihempap rasa bersalah. Adam turut memandang wajah bersalah
Sufian dengan rasa terkejut.
"Yana..."
Sufian cuba mencapai tangan Liyana, namun jeritan Liyana menghentikan
perbuatannya. Orang yang lalu-lalang di kawasan itu sudah mula berkumpul
melihat drama tidak berakam itu.
Suraya
semakin yakin melihatkan reaksi Liyana yang benar-benar ketakutan itu meski
hatinya berkali-kali cuba menafikan. Tidak mungkin abang kandungnya sanggup
merosakkan rakan baiknya sendiri. Suraya menarik kuat lengan abangnya. Dada
bidang Sufian dipukul laju. "Apa abang dah buat dengan Yana? Apa abang dah
buat?" Raung Suraya.
Suraya
akhirnya terduduk longlai. Dia merangkak mendekati Liyana yang masih ketakutan.
Tubuh Liyana ditarik ke dalam pelukannya. "Yana... Aku minta maaf.
Yana..." Raungnya. Liyana akhirnya membalas pelukan Suraya.
'''''''''''''
Suraya mengaminkan doa yang dibaca Tuk Kadi. Wajah yang
berseri semakin berseri dihiasi senyuman. Dia memalingkan wajahnya ke sebelah.
Liyana turut membalas senyumannya. Suraya menarik tubuh Liyana ke dalam
pelukannya. "Terima kasih sebab tak putuskan persahabatan kita."
Bisik Suraya.
Liyana
tersenyum nipis. "Bukan kau seorang je yang terluka andai persahabatan
kita terputus. Aku ikhlas sayangkan kau." Ucap Liyana. "Tahniah
Su." Bisiknya kembali ke telinga Suraya di sebalik tudung. Suraya mengusap
perut Liyana yang sedikit membuncit. "Salam dengan suami kau dulu. Nanti
mesti ada juga dalam perut kau." Usik Liyana. Sempat dia mencuri pandang
suaminya Sufian yang sedari tadi merenungnya. Mereka bertukar senyuman.
''''''
Liyana mencubit pipi Sufian yang asyik temenung di birai
katil. Sufian tersenyum lalu memaut pinggang isterinya yang masih berdiri di
sebelahnya. Kepalanya diletakkan di perut Liyana yang sedikit membuncit. Anak
itu anak hasil pernikahannya. Dia bersyukur bukan perbuatan kejinya yang... Dia
melepaskan keluhan. Rasa bersalah itu masih ada meski Liyana sudah
memaafkannya.
"Kenapa
ni, bang?" Soal Liyana sambil mengusap rambut lebat Sufian. Dia tahu
sebenarnya apa yang bermain di fikiran suaminya. "Abang..." Dia
menarik dagu Sufian agar mata mereka setentang. "Yana dah maafkan abang.
Lagipun, well... Abang pun dah kena teruk dengan Yana masa mula-mula kahwin
dulu." Sempat lagi Liyana bercanda.
Sufian
turut tertawa kecil. Awal perkahwinan mereka, memang benci Liyana padanya
terlalu kuat. "Itulah, tapi abang romantik macam hero dalam novel sebab tu
Yana maafkan abang, kan?" Usik Sufian pula.
"Mana
boleh Yana tak maafkan abang. Abang pun sepatutnya tahu yang Yana memang
cintakan abang." Sufian mengangguk kesal. Kalaulah dia tidak terlalu buta
menilai siapa di hati Liyana. Patut sahaja Liyana seperti mudah melepaskan
Adam. Rupanya, dia sudah lama menggantikan nama Adam di hati Liyana. Dan
Badrul? Dia benar-benar bodoh. "Yes, you are stupid." Ucap Liyana
seperti mengerti apa yang bermain di minda suaminya. Liyana berjeda seketika.
"Me too, because i am stupidly in love with you." Sambung Liyana.
Sufian
bangkit dari duduknya lalu memeluk erat tubuh Liyana. "I guess we are two
helpless idiot." Bisiknya ke telinga Liyana. Kedua-duanya mengukir
senyuman bahagia...
TAMAT
Hai
ReplyDelete