ALHAMDULILLAH~ rezeki kalau ALLAH nak bagi, memang datang bergolek macam tu je. kita tak minta, kita tak jangka. macam tulah yang jadi pada aku tadi. tengah fokus study (kononnyalah...) aku dapat call dari satu nombor yang tidak dikenali. bila jawab, barulah aku tahu, tu nombor pak cu aku belah ayah yang tinggal dekat pekan. terkejut punya pasal, aku sampai lupa nak tanya khabar dia. hisy! teruk betul aku ni.... and then, dia minta nombor akaun aku. aku teragak-agak nak bagi sebab aku tahu sangat dah tujuan dia minta nombor akaun aku tu. konpom nak bagi duit. aduih... macam mana nak berhadapan dengan situasi ni??? so, aku pun cakaplah nombor akaun tidak dapat diberikan sekarang. nanti-nanti baru aku mesej. bukan apa, bila datang situasi macam ni, apalagi, panggilan kecemasan pada mak akulah!
mak aku dengan rileksnya suruh aku terima jer. duit zakat tu... Pak Cu memang berhak nak bagi duit tu pada sesiapa yang dia nak. bila 'mem besar' dah cakap macam tu, aku pun ikut sajalah. maka aku mesej pada pak cu aku, nombor akaun aku sekali dengan mesej yang mengucapkan ribuan terima kasih.
itulah, tiba-tiba ALLAH beri rezeki dekat aku melalui Pak Cu. ALHAMDULILLAH~
peace_no_war~(^^)
Wednesday, January 30, 2013
Monday, January 28, 2013
CARA UNTUK BERMIMPIKAN RASULULLAH S.A.W
hari ni, aku nak kongsi sedikit satu kisah tauladan yang aku dengar dari seorang ustaz tentang cara supaya kita dapat bermimpikan Rasulullah SAW. kisah ni memang sangat menarik. pada akulah... pada korang, tergantung. rambut sama hitam, hati lain-lain. or, maybe ada rambut kaler lain, lain ceritalah. oyyy! dah ngarut nih! hee~ okay. macam ni ceritanya.....
macam itulah, kisah tauladan yang aku dengar dalam TV 9. hehe... menarik kan? Siapa yang rasa tak menarik tu, PADAN MUKA! siapa suruh baca. haha! gurau je. sekian untuk kali ini. Wallahualam...
Suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang berkeinginan untuk bermimpikan Nabi Muhammad SAW. lalu, pemuda itu pun pergilah melawat rumah seorang guru untuk menuntut ilmu dari guru tersebut. guru tersebut menyambut kedatangan pemuda itu dengan senang hati. pemuda itu pun menyatakan hasratnya.
"Ajarkanlah aku cara untuk bermimpikan Rasulullah yang mulia." Pinta pemuda itu sopan.
"Tunggu, nanti." Ujar guru tersebut.
Pemuda itu hanya menurut. dia menunggu buat masa beberapa ketika sebelum membicarakan permintaannya semula.
"Ajarkanlah aku cara untuk bermimpikan Rasulullah yang mulia." Pinta pemuda itu lagi.
"Makanlah dahulu." Guru tersebut menjemput pemuda itu untuk menjamu selera terlebih dahulu.
Pelbagai jenis makanan terhidang. maka pemuda itu pun menjamu selera sepuasnya.
"Tuan, adakah air untukku minum?" Soal pemuda itu setelah selesai makan.
"Maaf, rumahku tiada air untuk minum." Ujar guru tersebut. pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya.
Pada malamnya, sekali lagi pemuda itu bertanya, "Adakah air untukku minum?"
Maka jawab guru itu masih serupa, "Maaf, rumahku tiada air minum. tidurlah dahulu."
Oleh itu, dalam keadaan dahaga yang teramat, pemuda itu lalu melelapkan matanya hinggalah keesokan harinya.
keesokan harinya...
Guru itu berjumpa dengan pemuda itu.
"Bagaimana semalam lelapmu? apa yang engkau mimpikan?" Soal guru itu.
"Aku mimpikan hujan dan air laut." Jawab pemuda itu.
"Hah... Maka itulah, yang dapat aku ajarkan bagaimana untuk bermimpikan Rasulullah. engkau tidur dalam keadaan dahaga yang amat sangat semalam. engkau tidur sedang hatimu begitu berkeinginan untuk meminum air, lalu engkau mimpikan hujan dan laut. samalah juga jika engkau mahu berjumpa Rasulullah di dalam mimpi. hati kamu perlulah benar-benar mempunyai keinginan untuk menatap wajah ya Rasulullah, maka insyaallah..." Terang guru tersebut.
macam itulah, kisah tauladan yang aku dengar dalam TV 9. hehe... menarik kan? Siapa yang rasa tak menarik tu, PADAN MUKA! siapa suruh baca. haha! gurau je. sekian untuk kali ini. Wallahualam...
~Aku Cinta RASULULLAH!!~
peace_no_war~(^^)Saturday, January 26, 2013
PERUT oh PERUT
aduhai~ pagi tadi perut aku sakit gila. aku rasa aku kena cike ke chike??? Hmmm??? aku tak ingat la pulak nama penyakit yang doktor aku sebut dulu. hehe.. kate je student medik, tapi nama penyakit pun tak ingat. sebab sakit sangat, aku amik panadol dua biji lepas tu, aku tidur semula. sampai pukul satu baru aku sedar. nasib baik tak terlepas zohor. mujur lepas bangun dah lega sikit sakitnya. tapi, ketidakselesaan itu adalah lagi. KRUK... KRUK... bunyinya. aduh... lapar pula lepas tidur lama ni, tapi malas nak turun. perut aku still tak sedap lagi. sesiapa! tolong belikan aku makanan.... haha! tak senonoh betullah aku ni, kan. malas sangat. kalau ada mana-mana mak cik nampak perangai aku ni, mati hidup semula tak nak diorang bermenantukan aku. membujanglah aku sampai tua. it's okay. kejap lagi, aku mesti turun gak. lapar gila kot~ kang tak pepasal dari gemuk jadi kurus pulak tetiba. bye or now~
peace_no_war~(^^)
peace_no_war~(^^)
Friday, January 25, 2013
MY CAMPUS LIFE 3
OH MY GOD! OH MY GOD! OH MY GOD! teruk gila kot air dekat USM KK ni. tahap kopi susu dah warna dia. kalau kopi susu betul, tak apalah juga. at least boleh minum. ni, "apa pun tak boleh!". ni pening kepala dibuatnya. nama je kampus "kesihatan"~ cit! alih-alih kotor gila kot. boleh kena taun budak-budak dalam USM ni.
(sambil menggeleng-gelengkan kepala) Nasib baiklah sekarang ni tengah study week. kalau kuliah, hmm... tak tahulah. nasib baik tempat ambik air sembahyang dekat surau okay lagi. kalau tak, bertayamumlah satu blok ni. hahaha!
tengok sendirilah gambar-gambar dekat bawah tu, dan nilailah sendiri. teruk ke tak teruk. susah kitorang dekat sini. nak komen lebih-lebih, bukan ada pihak pun yang nak ambil tindakan. itu lagi satu masalah kampus ni.
it's not that aku tak bersyukur. i just feel that, we (students) desrve better. kita bayar yuran dah. mintalah tolong jaga kebajikan kami. lagipun, malulah bila kampus kesihatan sendiri 'kurang' bersih. mana nak letak muka.
BTY, i thought we won't get any shower this day, but luckily there are still one or two toilet that still have clean water. kalau tak, student USM semua mesti berevolusi dari manusia ke kambing. siapa susah? hehe...
anyway, i hope this problem will be solved quickly. bye for now...

Subscribe to:
Posts (Atom)