Friday, November 30, 2012

HABIS SUDA.....

Alhamdulillah... exam habis sudah.... lega rasanye. actually, x dela lega sgt cuz result still x keluar lagi. buatnye fail ke apa... hisy! risau gak ni. tapi, benda dah lepas. so.. the next step is, tawakal. ALLAH akan tolong hamba-NYA yang berusaha.

 i'm gonna do exactly like this phrase. i'm gonna be content with what ALLAH has given me. a success or even a failure, there must be their own silver lining. aku dah cuba yang terbaik semampu aku. so, that is all i can do for now. apa yang dah lepas, biarkan lepas. kita tumpu pada yang akan datang pula....
by the way, banyak yang aku fikir masa periksa hari tu. mula2 depress la juga kan. rasa macam aku tak layak jadi student med ni. like this is just one pit stop before i find my real destiny. fasa permulaan memang macam tu.
lama2 when we learn how to cope. yeah! this is my destiny. i'm choosen to be here. one day i'll succeed anyway. i must! whatever it is, one hurdle i've overcome... (^^)~ minta2 lulus..... habis sudaaa exam..

Sunday, November 18, 2012

ALAMAK! SAMBAL TEMPOYAK MELETUP!

gila! ini betul-betul gila! Anda boleh bayangkan tak, yang anda mempunyai satu tin air gas dan anda menggoncang terlebih dahulu air tin itu. Apa terjadi sebaik anda memuka tin itu, itulah yang terjadi semasa aku membuka botol berisi tempoyak kegemaranku. Almaklumlah, anak pahang.... Konpom suka dengan tempoyak.                                                                   

    Ceritanya macam ni. Aku balik ke asrama USM and aku mintak mak aku bekalkan tempoyak untuk aku. sampai dekat USM, aku pun makanlah makanan yang mak aku bekalkan. Masa itulah aku macam teringin nak campur gulai masam dengan tempoyak yang mak aku dah botolkan.                                                                                                          


    Aku pun capailah botol tu. Mula-mula aku ada perasan juga yang penutup botol tu mcm distended sikit. nampak macam buncit je. tapi aku buat bodo jela. Aku ingatkan tak de apalah kan. maybe penutup botol tu memeang macam tu.                                                   


   Aku pulas punya pulas... Hisy!!! Susah betul nak buka! Aku pulas kuat lagi. dan............. POW!!!! habis terburai isi perut tempoyak. meje aku berterabur dengan tempoyak. lecture note aku and buku-buku aku habis terpalit tempoyak. sampaikan rambut and muka aku pun kena tempoyak tu.                                                                                                                   

     Aku tecengang dekat meja tu. macam orang bodo, aku tengok je tempoyak tu membuak-buak keluar macam lava keluar dari gunung berapi. habis satu bilik bau tempoyak. kesian roommate aku. dahlah diorang semua orang kelantan. orang kelantan mana tahan sangat bau tempoyak. WAKAKAKA!                                                                                     

   Yang lagi kelakarnya, jiran depan bilik aku baru balik dari beli makanan, datang bilik aku tegur apa kuat sangat bau tu. dengan muka innocentnye, aku pun jawab. "Tempoyak menyerang." Allah.... Lawak betul kejadian ni.                                                             

    Disebabkan kejadian ni juga, aku dapat satu ilmu baru. mak aku minta maaf sebab salah dia bubuh penuh-penuh tempoyak dari peti sejuk dalam botol. Bila letak botol tu luat dari peti sejuk, tempoyak tu pun start mengembang. jadi kepada sesiapa yang mahu membawa bekal tempoyak, janganlah mengisi terlalu padat, atau rasakan sendiri meriam tempoyak!               


peace_no_war (><)

Saturday, October 6, 2012

CERPEN : TERBAIK DI HATI

"Kau! Apa kau buat dekat sini?" Sharmila memandang Zakri dengan rasa tidak percaya. Sengihan lelaki tinggi lampai itu yang menampakkan barisan giginya yang putih mengundang senyuman yang mekar di bibir Sharmila. Dia sama sekali tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan lelaki itu lagi setelah lelaki itu berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor kerana tuntutan kerja ayahnya.
   "Aku datang sini cari kau lah, Mil." Zakri memegang kepala Sharmila lalu menggosoknya kasar hingga rambut Sharmila yang pendek seperti lelaki itu berserabut dibuatnya. Mereka tidak memperdulikan renungan mata kawan-kawan sekelas yang lain. Masing-masing terlalu gembira dengan pertemuan ini.
   Deheman dari Cikgu Ramlah, guru kelas tingkatan 6 Mawar menamatkan perbualan mereka yang baru sahaja bermula. "Nampaknya kamu berdua dah kenal, jadi Sharmila bolehlah tunjuk-tunjukkan sekolah ni untuk Zakri." Cikgu Ramlah memutuskan. Senang sedikit tugasnya.
   "Baik cikgu. Serahkan saja pada saya. Semua ditanggung beres." Syarmila mengangkat kedua-dua ibu jarinya sambil diperhatikan Zakir.
   Memang begitulah sifat gadis bernama Sharmila. Kasar seperti lelaki. Itu membuatkan persahabatan Zakri dan Sharmila lebih dekat dan rapat. "No hard feelings..." Begitulah yang diucap Sharmila sewaktu mula-mula Zakri menghulurkan tali persahabatan.

Sharmila menghulurkan roti dan air kotak yang dibelinya pada Zakri sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Gadis itu menyandarkan tubuhnya di pohon kayu yang merendang di tengah padang itu.
   Zakri merenung Sharmila. Setelah lebih kurang lima tahun tidak berjumpa, Sharmila kelihatan bertambah cantik, namun sikapnya masih sama. melindungi kecantikan yang dia ada dengan sikapnya kasar.
   Kekok Sharmila direnung Zakri sebegitu. "Kau ni apasal tenung aku macam tu. meremang bulu roma aku, tahu tak?" Sharmila menyedut air kotak di tangannya.
   "Kau ni, tak berubah langsung. Cubalah lemah lembut sikit. Nanti tak ada orang nak ke engkau, baru tahu. Jadi andartulah kau. Sewel." Zakri menolak lembut kepala Sharmila.
   "Ah! Andartu tak andartu. Kau kan ada. Tak ada orang nak kahwin dengan aku, aku kahwin jela dengan kau." Sharmila mengenyitkan matanya pada Zakri. Zakri hanya menggelengkan kepalanya melayan karenah sahabatnya itu.
   "Eh, cakap pasal kahwin ni... Kau dah ada awek ke?" Sharmila menoleh ke arah Zakri. Lelaki itu hanya mengangkat bahu sebagai jawapan. Sharmila mencebik. "Cit. Nak rahsia pula dengan aku." Sharmila bangun dari duduknya.
   "Kau nak pergi mana ni? Merajuk dengan aku ke?" Zakri menarik tangan Sharmila.
   "Tak ada masa aku nak merajuk dengan kau. Bukan dapat duit pun. Rehat dah nak habislah, ngok! Jam mahal, tapi masa pun tak tahu." Selepas mendengar kata-kata Sharmila, barulah Zakri melihat jam di tangannya.

Langkah Sharmila yang laju, Zakri saingi. Baru sahaja berjalan sebaris, gadis itu mematikan langkahnya secara tiba-tiba. Mata gadis itu terpaku pada sesuatu. Zakri turut memanahkan matanya ke arah yang sama.
   Imej seorang pelajar lelaki sebaya dengan mereka ditangkap oleh anak matanya. Lelaki itu berjalan melepasi mereka dengan senyuman yang manis.
   Zakri tidak lepas memandang Sharmila dan lelaki itu bergilir-gilir. Melihat gadis itu diam tidak berkutik akhirnya Zakri menyiku pinggang gadis itu hingga gadis itu melompat dan melatah.
   "Opocot mak kau terbalik! Hoi! Ini sudah lebih. Ada siku-siku aku macam tu. Sensitif, tahu tak?" Sharmila menampar kuat belakang Zakri yang sudah pecah ketawanya melihat reaksi Sharmila.
   Setelah tawanya reda, barulah dia memulakan bicara. "Mil, kau syok dekat mamat pengawas tu, ya?"
   "Man... Mana ada." Tergagap-gagap Sharmila menjawab. Zakir mengangkat kening Double Jerk tanda tidak mempercayai kata-kata gadis itu. Dia terus-terusan merenung anak mata Sharmila yang dari tadi cuba lari darinya.
   Sharmila menjeling Zakri sekejap-sekejap. Kemudian dia tersenyum ke arah lelaki itu. "Nampak sangat ke, Zack?" Soalan Sharmila mengundang tawa Zakri. Sharmila hanya mampu mengerutkan keningnya.
   "Memanglah nampak, ngok. Dia lalu je kau macam hilang nyawa. tak bergerak macam patung. Baby baru lahir pun boleh teka kau syok kat dia." Zakri menepuk-nepuk bahu gadis itu. "Rupanya jiwa juga minah ni." Zakir menyambung.
   Sharmila mengetap bibirnya. "Kau memang nak kena, kan?" Sharmila membuat aksi ingin mencekik Zakri, namun Zakri lebih pantas mengelak lalu berlari menjauhi Sharmila. Sharmila turut berlari cuba menyaingi lelaki itu yang masih dengan sisa tawanya.


Bunyi telefon bimbit menerima panggilan mengganggu lena Sharmila. Dalam keadaan masih mamai, dia menjawab panggilan itu.
   "Hello." Sharmila menjawab dengan suara yang serak-serak basah.
   "Ngok, kau tidur lagi ke?" Mata Shamila terbuka sedikit. Telefon yang diletakkan di telinganya dialih lalu direnungnya sambil matanya dikecilkan. Silau. Nama Zakri terpapar di skrin telefon bimbit.
   Sharmila bangkit dari baringnya sambil menggosok matanya. Jam loceng di meja bersebelahan katilnya dikerling. Rambutnya yang kusut masai dibela sedikit.
   "Ngok, awal apanye. Baru pukul enam kot. Ayam jantan pun tidur lagi, tahu tak?" Sharmila bersuara malas.
   "Bangunlah. lepas solat subuh kau siap. Kita pergi joging." 
   "Joging? Otak kau ni waras lagi ke tak? Bila dalam hidup kau pernah tengok aku joging? Tak nak lah!"  Bantah Sharmila.
   "Aku tak nak dengar alasan. Aku kata kau kena ikut, kau kena juga! Pukul tujuh aku nak tengok kau dah tercongok dekat taman!" Putus Zakri sebelum memutuskan talian.

Rumput hijau di kuis-kuis hujung kasutnya. Basah sedikit kasut sukannya. "Mil!" Suara Zakri mencantas rasa bosannya. Tersentak dia saat melihat lelaki di samping Zakri sebaik dia berpaling. Digosok-gosok matanya bagai tidak percaya.
   "Ha... Ni aku nak kenalkan kawan baru aku Firdaus. Dia sama form dengan kita juz lain kelas je." Zakri memperkenalkan Sharmila dengan lelaki yang disukai sejak dari menengah rendah lagi.
   Sharmila segan mahu bertentang mata dengan Firdaus.  Dia memanahkan pandangannya pada Zakri yang hanya tersenyum kambing melihat reaksinya.
   "Eh, dahlah sesi suai kenal ni. Jomlah joging." Suara Zakri memecah suasana yang agak kekok tadi. Sharmila mengikuti langkah Zakri yang terlebih dahulu meninggalkannya dengan Firdaus.

Kerusi kayu di tepi laluan joging itu bagaikan penyelamat nyawa pada pandangan Sharmila. segera diterpanya kerusi itu untuk melabuhkan punggung dan merehatkan kakinya yang terasa bagai nak putus itu.
   "Oh, kerusi. Betapa aku menghargai kewujudanmu." Sharmila bermonolog sendiri sambil memeluk penyandar kerusi itu. Zakri dan Firdaus yang mendengar kata-kata Sharmila hanya mampu menahan ketawa.
   "Awak okay ke?" Firdaus berdiri betul-betul di hadapan Sharmila hingga membuat gadis itu mendongakkan kepalanya. Sharmila segera melepaskan pelukannya pada kerusi itu lalu duduk tegak dan bibirnya digigit. Rambut pendeknya dirauk ke belakang.
   "Okay je. Cuma..." 
   "Cuma malas nak joging sebelum ni. Itu yang cepat pancit tu." Zakri terlebih dahulu menyampuk sebelum sempat Sharmila menghabiskan ayatnya. Sharmila mencebik bibirnya sambil merenung tajam Zakri yang tersengih seperti kerang busuk itu.
   Firdaus tertawa kecil melihat gelagat dua rakan barunya itu. Botol air di tangannya dihulur pada Sharmila. "Awak ambillah. Saya belum minum pun lagi." Lembut suara Firdaus mempelawa Sharmila.
   "Eh... Tak apalah. Saya tak dahaga." Tipu Sharmila.
   "Tapi, awak tak nampak macam tak dahaga pun. Ambillah." Botol air itu diletakkan ke dalam tangan Sharmila. Sharmila tersenyum sendiri menerima layanan yang lembut dari Firdaus.
   Senyuman Zakri mati. Dia tidak senang melihat kemesraan antara dua insan dihadapannya itu. Pintu hatinya diketuk rasa cemburu, namun dia masih mampu mengawalnya. "Wey, aku sambung joging dululah. Kau teman minah lembik ni. Baru joging sikit dah pancit." Zakri memulakan langkahnya.
   "Zack!" Sharmila melaung nama Zakri, namun lelaki itu langsung sekalipun tidak berpaling. Dia merasa kekok ditinggalkan bersama Firdaus. Tindakan Firdaus mengambil tempat di sebelahnya menambah debaran yang sejak tadi dia rasai.
   

"Rapat betul awak dengan Zack, kan? Saya dapat rasa yang dia selesa sangat dengan awak." Firdaus memulakan bicara memecah kesunyian antara mereka.
   "Hah? Yeke? Saya rasa dia jenis yang selesa dengan semua orang." Sharmila tersenyum sejenak. Terkenang dia waktu awal-awal persahabatan mereka. "Kalau awak nak tahu, dia approach saya tiba-tiba masa form one dulu. Dia datang dekat meja saya macam nak cari gaduh. Lepas main tenung-tenung dengan saya, dia senyum tiba-tiba. Lepas tu, dia cakap jom kawan. Saya pelik juga dengan perangai dia mula-mula dulu, tapi lepas kenal dia, saya suka kawan dengan dia." Sharmila tersenyum manis. Zakri sememangnya seseorang yang sangat berharga di hatinya. Zakri membawa satu nilai yang tidak boleh digalang ganti dalam dunianya.
   Firdaus merenung Sharmila yang masih hanyut dengan kenangan dahulu. Dia lalu melepaskan keluhan halus. "Saya jelous dengan kamu berdua." Terangkat kening Sharmila mendengar kata-kata Firdaus.
   "Persahabatan korang rapat sangat. Kalaulah saya pun ada sahabat seperti korang..." Firdaus tersenyum sejenak. "Saya ni mengarut je, kan?"
   "Kami memang kawan awak." Laju Sharmila menjawab. Mereka berbalas pandang sebelum senyuman kembali terukir di bibir Firdaus.
   "Awak ni cantiklah." Rasa macam nak pecah dadanya mendengar bicara Firdaus. Firdaus yang baru terperasan dengan ketelanjuran kata-katanya segera menekup mulut. Wajahnya merona kemerahan. "Sorry..."

Zakri menongkat dagunya. Sharmila yang asyik termenung sedari tadi direnungnya. "Come on, Mil. Cukup-cukuplah berangan tu. Sekarang kau dengan aku, tak bestlah kalau kau asyik termenung je." Rungut Zakri.
   Sharmila mengalihkan perhatiannya pada Zakri. Tertawa Sharmila melihat bibir Zakri yang sudah panjang sedepa itu. "Ala... Merajuklah pula sayang kita ni." Sharmila memicit hidung Zakri yang mancung.
   Zakri menepis tangan Sharmila. "You know what, kita kan dah besar. So, aku rasa kita tak bolehlah nak pegang-pegang macam dulu. Kalau si Firdaus tu nampak macam mana?" Lambat-lambat Zakri menegur Sharmila. Sebenarnya itu semua alasan. Dia cuba menjaga hatinya sendiri dari terus diberi sepenuhnya pada gadis istimewa ini. Jika terus-terusan Sharmila menunjukkan kemesraan padanya, dia mungkin tidak mampu keluar lagi dari kawah cinta.   
   Sharmila mengetap bibirnya. "Kau cakap apa ni?" Hatinya terasa mendengar bicara Zakri. Dia sedar apa yang Zakri katakan benar, namun mendengar sendiri teguran dari mulut Zakri, sahabat baiknya membuat hatinya sedikit tercalar.
    "Aku minta maaflah. Tapi, betul apa aku cakap. Kalau kau nak jadi awek Firdaus, kau mana boleh tunjuk yang kau rapat sangat dengan aku." Sharmila mengerutkan dahinya.
   "Kenapa pula? Kau kawan baik aku. Bukan... Kawan terbaik aku. Mestilah kita rapat." Kali ini giliran Zakri pula mengerutkan keningnya. Bibirnya terjongket sedikit.
   "Mil..." Suaranya tinggi sedikit.
   "What, Zack..." Mil menjawab sambil tersenyum.
   "Kalau kau nak jadi awek aku, bukan Firdaus aku tak kisahlah kau nak picit hidung aku ke pegang tangan aku sambil seiring dan sejalan dan yang sewaktu dengannya." Zakri menarik nafas. Sakit di hatinya disembunyikan. "Kau syok dengan Firdaus. bukan aku." Dia melarikan matanya dari memandang anak mata Sharmila.
   "Well, aku..." Kata-katanya mati di situ. Entah mengapa kelu lidahnhya untuk menjawab bicara Zakri.
   'Mil, jawablah apa-apa. Hati aku tengah sakit, kau tahu...' Bisik hati Zakri. Sesekali dia merenung wajah Sharmila yang kelihatan kelu. Tiada tanda gadis itu akan membuka mulut.

Sharmila merenung jalan yang sunyi melalui jendela tingkapnya. Kata-kata Zakri petang tadi di kafe mengganggu lenanya. Bila difikirkan semula, hubungan antaranya dan Zakri memang sangat mesra hingga boleh dianggap pasangan bercinta.
   Sharmila pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. "Huh... Kau jangan nak buat gila, Mil. Kau suka dekat Firdaus! Bukan Zakri." 
   Sharmila menghela nafas panjang sebelum dilepaskan. Dia sendiri tidak faham mengapa soalan Zakri dengan tujuan bergurau itu terlalu mengganggu dia.
   Bunyi hilaian langsuir mengejutkan Sharmila hingga terjerit. Matanya terarah pada telefin bimbitnya. 'Hemph! Ini tak lain tak bukan kerja si ngok ni lah yang pergi tukar ringtone aku. Siap kau, Zack. Esok kau akan terima balasan dari aku." Bisik hati Sharmila. Dadanya yang berombak laju diurut perlahan.
   Sharmila mencapai telefon bimbitnya. Nama "Firdaus terpampang di skrin telefon bimbitnya. Membelolok mata Sharmila menerima panggilan yang tidak dijangka itu. Dia berdehem sedikit cuba menghaluskan suaranya.
   "Hello." Kedengaran suara lelaki itu di hujung talian.
   "Hello." Sharmila menjawab ringkas.
   "Mil, esok awak ada apa-apa plan tak?" Sharmila cuba mengingat. Esok dia telah berjanji untuk ke Sunway Pyramid  bersama Zakri.
   "Emm... Kenapa ya?" Tanya Sharmila.
   "La... Saya baru nak ajak awak keluar makan. Dekat KLCC. Kalau awak dah ada plan, tak apalah." Rajuk Firdaus.
    Sharmila menutup telefon Nokianya dengan terlapak tangan agar Firdaus tidak mendengar perbuatannya. "Yess!!! Dia ajak aku date..." Sharmila berlari-lari setempat di sebelah katilnya.
   "Hello..." Sharmila cuba memastikan Firdaus masih di talian. Desah nafasnya dan rasa terujanya dikawal sehabis mungkin.
   "Yes, I'm still here." Firdaus menjawab.
   "Actually, saya baru teringat. Plan saya dah cancellah semalam. So..." Sharmila memegang pipinya. Terasa panas. Dia mencapai majalah di atas katilnya lalu dikipas pada tubuhnya.
   "Great then. Saya jemput awak esok, okay? Tak sabar nak jumpa awak. Bye." Talian dimatikan
   Sharmila melompat ke atas katil. Bantalnya di capai lalu wajahnya ditekup pada bantal itu sambil dia menjerit keriangan. Kakinya juga bergerak laju seolah-olah sedang menyertai larian pecut.
   Seketika, pergerakan kakinya terhenti. Wajahnya diangkat dan senyumannya juga mati. Zakri! Macam mana dia mahu memberitahu Zakri. Kalau dia katakan pada Zakri yang dia terpaksa membatalkan pertemuan mereka disebabkan Firdaus, apa reaksi yang bakal diberikan lelaki itu? Macam mana kalau sahabat baiknya itu merajuk atau marahkannya.
    Telefonnya dicapai. Nombor Zakri yang sememangnya telah termaktub dalam otaknya didail.
   "Hello. Apasal telefon aku malam-malam buta ni? Tak boleh tunggu kita jumpa esok ke?" Sembur Zakri dalam suara yang serak-serak basah. Pastinya lelaki itu sedang dibuai mimpi saat dia mengganggu.
   "Sorrylah ngok. Aku ada benda sikit nak cakap." Rasa bersalah sedikit menghimpit jiwanya.
   "Hah... Apa dia? Cakap cepat sikit." Balas Zakri dengan nada malas.
   "Esok plan kita cancellah. Aku ada hal. Kawan aku tak sihat, so aku nak pergi melawat dia." Tipu Sharmila.
   "Huh?? Kawan mana pula yang sakit ni? Setahu aku, kawan-kawan kita semua sihat wala'fiat je." Mata Zakri sedikit terbuka mendengar alasan Sharmila.
   "Adalah. Kawan lama aku. Kau tak kenal." Dalih Sharmila.
   "Hisy! Yelah, yelah, yelah." Zakri akhirnya bersetuju. Dia sudah malas melayan panggilan Sharmila. Rasa mengantuknya perlu dipenuhi. Sharmila melepaskan keluhan lega.

Hari ini, gaya Sharmila agak lain dari kebiasaan. Dia memakai short-dress merah muda  berlengan pendek dipadankan dengan skirt labuh dan kembang sedikit berwarna putih. Rambutnya juga dihiasi pin berbentuk hati. Solekannya ringkas namun kelihatan sangat comel.
   Firdaus merenung imej Sharmila dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Jiwanya dibalut kekaguman. Rupa-rupanya kecantikan yang dimiliki Sharmila melebihi dari apa yang dia bayangkan. Sikap gadis itu yang kelihatan tersipu-sipu benar-benar menjerat jiwa lelakinya.
   Sharmila memegang belakang tengkuknya. Kenapalah Firdaus merenungnya begitu sekali? Tebal sangatkah solekannya. Mahu pengsan dia kalau terus-terusan mendapat panahan mata Firdaus.
   "Awak, kita nak pergi mana?" Pertanyaan Sharmila mencantas kebisuan Firdaus. Kali ini gilirannya pula yang tersipu-sipu malu tertangkap merenung anak dara orang begitu sekali.
   "Kita pergi Seoul Garden." Jawab Firdaus setelah mengawal perasaannya. Sharmila mengerutkan keningnya.
   "Mahallah tempat tu." Pangkah Sharmila.
   "Tak apa. Saya belanja." Tutur Firdaus ikhlas.
   Seketika Sharmila tersenyum. Kalaulah dia keluar dengan Zakri saat ini, pasti lelaki itu dengan muka tak malunya menyuruh dia membayarkan bil. Lain sungguh sikap Firdaus dengan Zakri. Dia tersenyum lagi.
   "Mil... Kenapa senyum-senyum ni?" Sharmila mengangkat mukanya. Matanya membulat. Aduh! Kantoi pula... Maki Hatinya.
   "Eh... Tak... Tak ada apa-apalah. Otot muka saya hilang kawalan kot." Sharmila menepuk mulutnya perlahan. Bodoh! Makinya lagi. Apa dah habiskah alasan logik yang boleh dia berikan.
   Ledakan ketawa Firdaus memancing perhatiannya. Oh my God! Mesti dia ingat aku ni tak betul. Otak dah tercabut skru. Sedang bagi Firdaus, dia ketawa kerana dia merasakan bahawa gadis kecil molek itu sangat comel di matanya.
   Sharmila menggigit bibir. 'Come on, Mil. Kau tengah date dengan Firdaus. Apasal kau nak kena ingatkan si ngok tu pula. Fokuslah sikit, Mil... Aduh! Zack, please leave my mend alone this time. Pergilah main jauh-jauh wahai bayang Zack..." Bentak hati Sharmila.

Sharmila menikmati makanan yang terhidang di hadapannya dengan penuh berhati-hati. Kalau ikutkan keenakan Bibimbap dan Dukbolgi itu, telah lama perangai gelojohnya menyerang lagi. Sekali lagi wajah Zakri melekat di bebola matanya. Kalau dengan kawannya itu, dia sepenuhnya menjadi dirinya sendiri. Kenapalah dia harus membuat lakonan free di hadapan Firdaus.
   Firdaus merenung Sharmila yang termenung memandang makanan di hadapan. Dia mengambil napkin lalu menyapu bibirnya. Dia mendesah halus. Kalau beginilah reaksi Sharmila, dia yakin gadis itu tidak betul-betul menyukainya sepertimana yang didakwa Zakri.
   "Mil..." Lembut Firdaus menyeru nama Sharmila yang masih lagi dengan chopstik dibibir. Dia tidak mahu sampai Sharmila terkejut.
   Sharmila mengangkat kepalanya perlahan. Matanya yang pada awalnya kelihatan kuyu menjadi bulat seperti ternampak hantu. Hairan melihat reaksi Sharmila, dia turut berpaling.
   "Zack." Perlahan sahaja suara Sharmila menuturkan nama sahabat baiknya itu. Dirinya tiba-tiba ditimpa ombak rasa bersalah. Wajah Zakri yang merenungnya kosong membuat rasa bersalah yang mebadai dalam dirinya bertambah menggila. 
   Firdaus merenung kedua-dua insan itu silih berganti. Ada sesuatu yang tertanam dalam anak mata kedua-duanya. Dia melepaskan keluhan kecil. Nampaknya dia harus terima, tiada ruang buatnya antara Zakri dan Sharmila.
   Zakri berdehem beberapa kali. Bebola matanya dilarikan dari terus bertaut dengan anak mata Sharmila. Dia cuba mengawal ekspresinya agar luka di hatinya tidak dapat dibaca.
   "Tak sangka korang ada dekat sini. Boleh pula terjumpa, kan?" Suara Zakri kedengaran agak bergetar. Tawanya juga kedengaran canggung dan jelas hanya dibuat-buat. Suasana yang masih menyepi antara mereka berdua mematikan tawa palsu Zakri. Dia mengetap bibirnya. Dia tidak boleh lama di situ. Dia takut akan tewas dengan gelojak perasaannya sendiri. Akhirnya yang terkapai-kapai kelemasan hanya dia seorang.
   "Ypu look different, ngok. Oh, Shit! I'm late. I've an appointment. See you." Jam ditangannya dikerling sekejap. Laju sahaja langkah Zakri meninggalkan Firdaus dan Sharmila yang masih kelu. Langkahnya yang laju diiringi larian hingga ke pintu keluar tangga kecemasan. Dia akhirnya terduduk di situ.

Selera makan mereka mati. Sharmila benar-benar dihujani rasa bersalah. Dia terasa bagai telah mengkhianati Zakri. Mengapa dia harus berasa begini? Bukankah tiada riak marah pada wajah lelaki itu. Tapi, mengapa dia sebaliknya dapat melihat duka yang cuba disembunyikan Zakri.
   Chopstik ditangannya diletakkan atas meja. Kepalanya dipegang lalu dipicit-picit lembut. Dia tidak suka apa yang dia rasakan sekarang. Dia terasa seolah-olah oksigen disekelilingnya telah habis. Susah untuk dia menghela nafasnya. Dadanya terasa sesak.
   "Pergilah kejar dia." Firdaus menongkatkan dagunya. Wajah yang dibalut rasa bersalah itu ditenung sambil bibirnya dihiasi senyuman manis. Kalau betul sangkaannya bahawa gadis yang semakin mengambil tempat dihatinya tanpa sedar mempunyai tautan yang lebih dalam bersama Zakri, dia harus berlapang dada. 'Tak mengapa. Sakitnya akan surut juga lambat laun.' Firdaus cuba memujuk hatinya.
   Sharmila menggelengkan kepalanya. Tidak wajar dia berbuat begitu sedang ini adalah temujanji pertama mereka. Sesuatu yang selama ini hanya berlaku dalam mimpi dan angannya sahaja.
   "Saya tahu awak nak kejar dia. Well, dia nampak..."
   "No!" Segera Sharmila memintas. Jiwanya tengah serabut. Hatinya kalut. Mindanya berterabur serata otak. Entah mengapa amarah pula yang dia rasakan sekarang. Ya! Marah Zakri meninggalkannya begitu sahaja lemas dalam lautan rasa bersalah. Marah Firdaus asyik menggesanya mengejar Zakri.
   Firdaus terpempan mendengar nada suara Sharmila yang agak tinggi. "Awak... Just admit." Perlahan suara Firdaus. Sharmila mengangkat muka. Apa lagi yang Firdaus cuba katakan ini?
   "Apa yang awak cakap ni? Admit apa?" Rasa sukanya pada lelaki dihadapannya terbang entah ke mana dengan kemunculan dan kepergian Zakri yang begitu mendadak dan tidak disangka.
   "Awak sayangkan dia." Sharmila tersenyum sini. Sudahlah dia tengah serabut, kini Firdaus pula menambah haru yang dirasakan. Kepalanya digeleng-gelengkan.
   "Dia kawan terbaik saya." Sharmila memandang tepat ke anak mata Firdaus.
   "Dan dia juga yang terbaik dalam hati awak, kan? Rasanya, kalau saya suruh awak ranking kedudukan Zakri dan saya, Zakri adalah yang pertama, kan?" Sharmila diam tidak berkutik. Benar, Zakri memegang satu hak yang istimewa dalam hatinya. Tapi... Tak! Tak mungkin dia sukakan Zakri sedang lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri.
   Melihatkan Sharmila yang masih diam, Firdaus menyambung bicara. "Sometimes it can happen when you don't even realise who actually own most of your heart. Zack pula... Sebagai lelaki, saya faham hati lelaki. Tadi pun sudah terang lagi bersuluh dia sukakan awak." Firdaus mendesah.
   "Sebenarnya saya nak cakap banyak lagi. Tapi..." Firdaus berjeda sebentas. Raut comel Sharmila melekat di bebola matanya. "Tapi, saya sendiri pun dah mula sukakan awak. Jadi, tak salah kalau saya pentingkan diri dan berhenti terangkan semuanya pada awak. Pandai-pandai awaklah untu baca perasaan awak sendiri. Saya tak nak menyeksa hati saya sendiri dengan cuba menyatukan awak dengan dia." Luah Firdaus.Ada getar dalam suaranya.
   Sharmila kelu mendengar pengakuan Firdaus. Meski itu yang selama ini dia nantikan keluar dari bibir merah Firdaus. Tapi, hatinya tidaklah dilonjak keriangan. Mengapa? Dia sendiri tidak punya jawapan. Dia hanya kelu tanpa arah mendengar luahan lelaki itu.

Zakri melilaukan matanya di kawasan sekeliling sekolahnya. Air kotak di tangannya disedut bagi melegakan kehausan tekaknya. Dia terpandangkan kain berwarna biru disebalik pohon berdekatan dengannya.
    Terpanggil dengan rasa ingin tahu, dia menjenguk ke belakang pokok itu.
    "Mil." Laju nama itu meluncur dari bibirnya.
    Sharmila yang pada awalnya mahu mengelak dari berhadapan dengan Zakri hanya mampu menggigit bibir. Sia-sia usahanya menyorok. Alih-alih Zakri tetap berjaya mengesannya. Ada radarkah lelaki itu.
    "Hi, Zack!" Sharmila menyapa walau kedengaran canggung. Berkerut dahi Zakri melihat Sharmila yang kelihatan tidak tentu arah.
    Zakri mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu hingga dalam diam menambah kalut di hati Sharmila. Namun Sharmila sedaya upaya mengeraskan wajahnya sedang jantungnya benar-benar menggila. Kalau tiada otot yang memegang jantungnya saat itu, pasti jantungnya telah lama melompat keluar dari tubuhnya.
    "Kau kena dump ke?" Soalan Zakri dengan nada serius membuat Sharmila tersentap. Anak matanya yang sejak dari tadi cuba dilarikan kembali tepat memanah anak mata Zakri. Kedua-duanya terpegun di situ. Dunia sekeliling seolah-olah hanya berputar mengelilingi mereka.

"Okay, fine! Mahu gila aku kalau macam ni terus!" Sharmila menggosok dadanya yang masih lagi tersa debarnya. "Hai... Macam mana aku boleh syok dengan si ngok tu pula..." Sharmila masih terus bermonolog. 
   Dia teringat kejadian tengah hari tadi dimana dia menolak tubuh sasa Zakri sekuat tenaga sebelum berlari meninggalkan lelaki itu tanpa sekalipun berpaling lagi.
Kepalanya digosok kasar hingga rambutnya menjadi kusut masai. Bagai cacing kepanasan dia terus mundar-mandir di bilik itu. Hatinya resah sekali. Dia sama sekali tidak menyangka yang dia akan jatuh suka pada kawan baiknya sendiri.
    Dia harus luahkan perasaannya. Dia bisa mati lemas dalam rindunya sendiri jika dia terus berahsia. Tapi, bagaimana jika perasaannya ini bakal merosakkan persahabatan mereka sejak sekian lama? Oh, tidak! Dia tidak mampu bayangkan jika Zakri mula mengelak darinya. Tapi, bukankah Firdaus sudahpun memberitahu bahawa Zakri juga suka padanya. Ah! Itu katanya! Bukan Zakri!
    Sharmila menghempaskan tubuh kecil moleknya ke atas katil. "Serabut. Serabut." Dia berbisik pada dirinya sendiri.

Puas dia berkalih posisi. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, sekejap meniarap, sekejap telentang, namun matanya masih lagi cerah. Zakri mencapai telefon bimbitnya. Dia merenung wajah Sharmila yang ceria. Gambar gadis itu sememangnya sentiasa menghiasi wallpaper Nokianya.
   "Kau betul-betul buat hidup aku jadi kacau." Desah Zakri seolah-olah mengucapkannya sendiri pada gadis manis itu.
   Seketika, skrin telefonnya memaparkan gambar bapanya. Segera dia menekan butang hijau telefon bimbitnya.
   "Hah! Tak tidur lagi anak mama?" Suara lembut Puan Rohaya hinggap di cuping telinganya.
   "Belum lagi, ma... Tak mengantuk lagi." Jawab Zakri. 'Ni sebab kau aku tak boleh tidur, Mil.' Bisik hati Zakri.
   Terdengar tawa halus ibunya. "Mentang-mentanglah sekarang ni Zack tinggal seorang, suka-suka dia berjaga sampai pagi."
   "Awal lagilah, ma." Pangkah Zakri. Diberi peluang tinggal seorang diri tidak bermakna dia akan mengambil kesempatan atas kepercayaan ibu bapanya.
   "Papa mana?" Soal Zakri.
   "Papa kamu, biasalah... Dekat bilik bacaan lagi." Di hujung talian kedengaran bunyi pintu ditutup. "Hah! Masuk pun. Ingat papa kamu tu dah tertidur dekat sana." Suara Puan Rohaya kedengaran agak kuat diikuti bunyi ketawa bapanya, Encik Zamani.
   "Hello, Zack." Kali ini suara garau bapanya menampar pendengarannya.
   "Ya, pa." Jawabnya sopan.
   "Zack dah selesai semua urusan dekat sana?" Zakri mengeluh. Dah mula dah... Kalaulah boleh, dia enggan pergi dari sini. Dari sisi Sharmila.
   "Boleh tak papa bagi masa lagi?" Walaupun dia tahu permintaannya tidak akan tertunai, namun dia masih meminta. 
   Terdengar helaan nafas Encik Zamani. "Kalau papa, memang papa takkan desak Zack. Tapi, Zack dah tangguh seminggu pendaftaran Zack dekat Harvard. Bukan senang papa nak dapatkan tempat untuk Zack dekat sana. Takkan Zack nak tangguh lagi. Seminggu tu pun, Harvard dah kira bagi muka dekat Zack. Buatnya diorang tarik balik tawaran tu, menyesal tak sudah, Zack." Panjang lebar bapanya berceramah.
   Zack kelu. Kalaulah kali ini dia terpisah lagi dari Sharmila, mungkinkah perhubungan mereka akan terputus lagi seperti dahulu hingga benar-benar menyeksa batinnya. Terpisah tanpa rela. Terpisah tanpa sempat meluahkan perasaannya yang telah lama terpendam.
   "Ada apa-apa ke yang ikat Zack dekat sana?" Soal bapanya curiga. 
   "Tak... Tak ada, pa." Pantas Zack menafikan. Bukan dia tidak kenal sikap bapanya yang betul-betul mementingkan pelajaran. Kalaulah bapanya tahu alasannya menangguhkan pendaftaran kerana perempuan, entah apa yang akan dikatakan bapanya itu.
   "Baguslah kalau macam tu. Okay lah Zack. Pergilah rehat tu. Papa pun nak tidur dah ni." Selesai berbalas salam talian diputuskan. Zack mengeluh lagi. Sanggupkah dia meninggalkan Sharmila sedang rasa cinta kuat mencengkam hati.

"Hi, Zack!" Sharmila menampar kuat bahu Zack. Dia tekad tidak mahu bermain dengan perasaannya sendiri. Menjaga perhubungan persahabatan yang sedia ada lebih penting.
   Zack menyeringai menahan pedih pada kulit belakangnya. Berkerut dahinya memandang Sharmila. Gadis itu hanya tersenyum seperti biasa. Tanpa mengetahui tekad Sharmila, dia sendiri telah bertekad untuk membiarkan Sharmila bahagia dengan Firdaus.
   Tidak ada perlunya bagi dia mengganggu hubungan mereka. Biarlah dia seorang menanggung pedih dan membawa lara ke bumi asing.
   "Mil, aku ada benda sikit nak cakap." Serius nada suara Zakri membuat dada Sharmila berdebar kencang.
   Kedua-duanya melabuhkan punggung di bawah pohon rendang di tepi padang. Agak lama juga sunyi menghimpit mereka.
   "Aku nak pergi overseas lusa." Berderau darah Sharmila mendengarnya. Matanya membulat memandang Zakri. Berguraukah lelaki itu. Dia cuba membaca riak di wajah kacak itu. 
   "Apa kau cakap ni? Kau baru balik dekat sini." Ujar Sharmila. Sebak sudah mula bertandang mengenangkan Zakri yang bakal pergi jauh darinya. Tekadnya semakin goyah.
   "Macam yang aku cakap sebelum ni. Aku datang sini cari kau, Mil. Sekarang aku kena pergi semula." Zakri memandang wajah Sharmila. Tersentak dia melihat ada air jernih di tubir mata gadis itu namun pantas diseka.
   "Mil..." Lembut suaranya menyeru nama gadis itu. Matanya memandang redup wajah gadis itu yang kelihatan memerah sedikit. Zakri lega sedikit. Sekurang-kurangnya ada juga tempat baginya di hati gadis itu hingga kesedihan menghambat gadis itu saat menerima khabar pemergiannya. Itupun dah cukup. Bisik hatinya.
   "Aku harap kau happy dengan Firdaus." Kata-kata Firdaus terus mengunci bibir Sharmila. Zakri bingkas bangun. "Jom, masuk kelas." Dia segera berpaling. Dia tidak mahu Sharmila mengesan duka yang bertakung dalam matanya.
   'Aku sayangkan kau, Zack! Bukan Firdaus.' Kata-kata itu hanya mampu dijerit dalam hatinya.

"Eh, awak tak pergi tengok Zack ke? Dia dah nak bertolak petang ni." Firdaus merenung wajah Sharmila yang jelas dibalut duka. Sharmila hanya menggeleng lemah.
   "Mil, awak nak biar macam tu je ke perasaan awak?" Firdaus menggelengkan kepalanya melihat Sharmila bagai boneka kehilangan tuan.
   "Dia suruh saya happy dengan awak. Kalau dia boleh cakap macam tu, jelas dia hanya anggap saya macam kawan." Sharmila bersuara perlahan.
   Firdaus tersenyum sini. Bagaimanalah gadis itu boleh sampai ke konklusi sebegitu. Barulah dia mengerti, pemikiran lelaki sangat berbeza dengan perempuan. Entah yang mana satu lebih kompleks, dia tidak berani memutuskan.
   "Awak, awak... Lelaki ada ego dia sendiri. Takkan itupun awak tak tahu kot." Firdaus merenung wajah Sharmila yang jelas diburu kekeliruan. "Kalau awak nak tahu, wallpaper hanphone dia pun gambar awak, tahu. Err... Saya curi tengok hari tu. Apapun, dia memang sukakan awaklah. Lagipun awak tak beritahu dia pun yang kita cuma kawan biasa." Suara Firdaus semakin perlahan. Ikutkan hatinya memang dia tidak mahu masuk campur. Akhirnya dia sendiri menjeruk rasa. Namun melihatkan kedua-dua sahabatnya menderita disebabkan salah faham, dia terpaksa juga campur tangan.
   "Pukul berapa dah ni?" Sharmila menyoal sekaligus mencantas lamunan Firdaus.
   Firdaus menjeling jam di tangannya. "Pukul 3." Firdaus dan Sharmila berbalas pandang. 
   "Ya Allah, flight dia pukul 4." Tanpa membuang waktu lagi, Sharmila bingkas lalu berlari keluar dari kafe itu diiringi renungan Firdaus.
   "Good luck, Mil." Perlahan suara Firdaus menyapa telinga.

Sharmila berlari sekuat tenaganya. 'Zack, jangan pergi lagi Zack. Tunggu aku. Tunggu aku." Pohon hatinya tanpa putus. Teksi yang hampir melintasinya di tahan.

Zakri merenung pintu masuk KLIA. Tiada langsung kelibat insan yang diharapkannya. Dia berseorangan. Ibubapanya hanya menghantar dari rumah kerana dia sendiri enggan dihantar. Takut tidak sampai hati meninggalkan mereka.
    Pengumuman panggilan pesawat yang dinaikinya akan berlepas menarik perhatiannya. Matanya kembali memerhati pintu kaca di belakangnya. Dia melepaskan keluhan panjang...
   Baru dia melangkah, tubuhnya berlaga dengan seorang lelaki. Habis segala barangnya berterabur. Lelaki itu pula meninggalkan dia terkial-kial seorang diri mengutip barangnya.
    Selesai mengutip semuanya, baru dia terperasan, tiket di tangannya terbang entah ke mana. Dia meletakkan semua barang-barangnya di tepi. Terbongkok-bongko dia mencari tiketnya.
    Bibirnya mengukir senyuman saat bebola matanya ternampak tiketnya yang tersadai beberapa kaki darinya. Pantas dia berjalan ke arah tiket itu.
    Saat tangannya menyentuh tiket itu, sepasang kaki terpacak di hadapannya. Dia seolah-olah dapat meneka siapa pemilik kaki itu. Perlahan-lahan dia menegakkan tubuhnya.
    Sharmila! Hatinya kembali berbunga melihat gadis kesayangannya itu di hadapan matanya. Sharmila mengesat peluh di dahinya. Mujur dia terdengar suara jeritan kecil Zakri waktu Zakri terlanggar dengan lelaki asing itu. Disebabkan itulah dia melihat kelibat Zakri. Dalam diam dia berterima kasih pada lelaki bertubuh besar itu.
   Sharmila cuba mengawal nafasnya yang masih tidak teratur setelah berlari sekuat tenaga mencari kelibat lelaki ini.
   "Kau..." Sharmila menelan liur. "Kau bukan kawan terbaik aku." Senyuman Zakri mati mendengar bicara Sharmila. Dahinya berkerut seribu.
   "Mil..." Pantas Sharmila meletakkan telunjuk di bibir menyuruh dia senyap. Sharmila menghela nafas sedalam-dalamnya.
   "Tapi, kau tetap yang terbaik dalam hati aku." Zakri tersenyum sumbing. Dia masih tidak mengerti apa yang cuba disampaikan Sharmila. "Kau bukan kawan aku lagi sebab mulai hari ni, kau teman aku. Kekasih aku." Sharmila memegang dadanya. Akhirnya terluah juga apa yang dia pendam. Terasa 100 kilogram beban di bahunya diangkat.
    Zakri terpempan. Dia berasa seperti sedang bermimpi. Ringan tangannya mencubit pipi Sharmila hingga gadis itu mengaduh lalu menepis kasar tangannya. Senyuman terukir di bibirnya sedikit demi sedikit lalu diiringi tawa yang kuat.
   Impian dan kasihnya menjadi realiti. Di hadapannya kini benar-benar Sharmila. "Mil, ini memang kau..."

Sharmila memandang sepi Zakri disebalik dinding kaca itu. Air matanya berjujuran membasahi pipi. Zakri turut menyeka tubir matanya. Dia melambai ke arah Sharmila.
    "Aku tunggu kau." Bisik Sharmila perlahan. Zakri dapat membaca gerak bibir gadis itu tersenyum.
    "Aku janji aku pulang pada kau." Zakri melambai buat kali terakhir sebelum kelibatnya hilang di sebalik dinding. Sharmila terduduk di kerusi sambil menangis. Pandangan dan jelingan mata-mata asing ke arahnya tidak dia peduli. Yang sakit hatinya. Mereka tidak mengerti.
    Telefonnya berbunyi hilaian langsuir menghentikan tangisan Sharmila. Dengan pipi yang masih basah dengan air mata dia tersenyum. Sempat lagi Zakri mengenakan dia dengan menukar ringtone telefon bimbitnya.
    Mesej yang diterima dibuka.
Mil, tunggu aku. Bila aku balik nanti, aku akan pulang sebagai seorang lelaki yang matang. Lelaki yang boleh menjadi tempat kau bergantuung harap. Tempat kau bersandar waktu kau letih. Saat tu, aku akan lamar kau menjadi suri hidupku. Tunggu aku....

Sharmila memeluk telefon bimbitnya. Aku tunggu... Aku pasti akan tunggu... 

Thursday, September 27, 2012

Miracles From ALLAH

FAUZAN

FAIZAN


baru-baru ni aku pergi melawat ke post-natal ward (Wad selepas bersalin) and i meet this two miracles that can really bring magic in my life. 
   kedua-dua baby ni adalah kembar. yang dipegang aku itu adalah Fauzan. sangat kecil disebabkan mereka kembar. masa aku pegang Fauzan, jantung aku rasa macam nak pecah sebab nervous cuz they look so fragile as if with one touch and they'll break.
   tapi, bila baby tu dah ada dalam tangan, aku rasa macam... 'oh... inilah yang kita panggil anugerah. menyambut satu nyawa ke dunia. melihat mereka selesa di pengkuan kita...'
   besar sungguh nikmat dan anugerah tuhan. cahaya mata yang seindah ini, merupakan amanah paling berharga buat ibu bapa mereka.
   this is the miracles from Allah. pertama kali aku rasa kagum sangat melihat bayi-bayi disekeliling aku yang masih merah dan kecil. semuanya membawa makna tersendiri buat family mereka. semoga suatu hari nanti mereka akan menjadi seindah-indah ciptaan.
Amin...
   
   



Saturday, September 15, 2012

cerpen: melepaskan kau pergi

   "Aku ingin terbang seperti rama-rama..."

   Syafina termenung di jendela tingkapnya. kehijauan rimbunan pepohon di dusun buah-buahan bersebelahan rumahnya menarik damai menjenguk ke ruang hatinya.
   Gadis sunti itu mengalihakan pandangannya ke sebuah pokok yang kelihatan bergerak-gerak. Aneh... Angin tiada. Tetapi pokok itu bergerak-gerak.
   "Huwaargh! Makan budak!" Terpacul kepala Puspa di sebalik daun yang lebat.
   "Allah!" Terduduk Syafina disergah gadis india itu. Syafina mengurut dadanya yang berombak kencang.
   "Cilaka kau Puspa. nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu! Kalau tak dah lama aku jalan." Jerkah Syafina. Jantungnya masih berdegup kencang. Dia mengetap bibirnya. ada juga yang makan tumbukan sulung dia nanti.
   "Dei, Fina. Kamu saja yang termenung sana, termenung sini. Saya panjat ini pokok pun kamu tara sedar." Puspa masih dengan sisa tawanya menunjukkan barisan giginya yang putih berseri. Kontra dengan warna kulitnya.
   "Amboi, aci ni! Dah turun-turun. karang jatuh patah sana patah sini. Apa aku nak jawab dengan Raju." Syafina melambai tangannya menyuruh Puspa turun. Puspa mencebik saat nama Raju, kekasihnya disebut. Syafina segera bergerak ke tanah untuk membantu Puspa turun dari pokok.

"Fina. Kamu tahu tidak ada satu laki-laki pindah dekat rumah sana. Hujung kampung itu." Puspa memuncungkan bibirnya ke arah rumah sederhana besar itu. Kornea mata Syafina turut melekat ke arah yang sama.
   "Eh, bukan rumah tu berhantu ke? Dah berbelas tahun rumah tu kosong sejak Tok Anjang meninggal." Syafina memeluk tubuhnya. Seram juga dia apabila teringat pelbagai cerita yang menjadi buah mulut Kampung Tok Machang itu tentang rumah lama tersebut. Takkan rumah lama itu pun menjadi tempat penginapan orang.
   "Hisy! Kamu ini suka sangat percaya sama hantu. Saya rasa ada orang sudah mari tinggal situ. Masa saya lalu malam semalam mahu pigi itu kedai. Saya nampak lampu rumah itu menyala.
   "Woi! Jenjangan betul tu hantu, tak?" Sergah Syafina. Biar betul dia ni. Bulu romanya mula terasa meremang memikirkan pelbagai andaian yang menyeramkan.
   "Kamu tarak percaya sama saya? Kita pigi sikarang juga!" Puspa sudah mula menarik tangan Syafina menuju rumah itu. Jaraknya pun tidak terlalu jauh. sekejap sahaja mereka sampai.

"Excuse me!" Puspa mengetuk pintu rumah itu beberapa kali manakala Syafina sudah memeluk lengan Puspa dengan erat. Kalau apa-apa terjadi, dia tidak akan biarkan Puspa lari meninggalkannya seorang diri.
   "Dah la tu, minaci. Rumah ni kosong la." Syafina menarik lengan Puspa yang pada awalnya berkeras tidak mahu berganjak selagi dia tidak dapat membuktikan apa yang dia nampak. Namun, melihat kedegilan Syafina yang sudah kelihatan dalam ketakutan itu, dia turutkan jua.
   Baru beberapa langkah, kedengaran bunyi pintu itu dikuak. Langkah Syafina dan Puspa sama-sama berhenti. Perlahan-lahan kedua-dua gadis itu berpaling.
   Bulat mata Syafina melihat seorang lelaki dengan wajah putih pucat sedang berdiri disebalik pintu. Baju lembaga lelaki itu juga putih seperti kain kapan. Syafina mencengkam kuat lengan puspa saat matanya bertembung dengan mata lelaki itu.
   "Amma... Appa..." Tidak semena-mena Puspa rebah menyembah tanah. Baru Syafina ingin menjerit, matanya menangkap seluar jeans jenama Kevin yang dipakai lelaki itu. berkerut wajahnya. Bukan hantu rupanya...

Puspa membuka matanya. Wajah comel Syafina melekat di matanya. Terus dia mencapai tangan gadis itu lalau digenggam erat.
   "Kita dekat mana ni?" Tanya Puspa dengan suara bergetar. Syafina tidak dapat menahan tawanya lagi.
   "Itulah minaci. konon berani sangat. Alih-alih dia yang pengsan dulu. Kita kat rumah lelaki tadi. Dia bukan hantulah. Hantu mana ada pakai jeans." Syafina memegang perutnya yang terasa senak akibat ketawa terlalu banyak apabila terkenang semula apa yang jadi.
   "Owh... Itu macam ka?" Puspa bangkit duduk sambil tersengih-sengih. Malu juga mengingatkan Syafina yang penakut itu pun tidak pengsan. "Mana itu budak, hah?" Puspa bertanya.
   "Ada... Dekat dapur buat air. Eh, handsome jugalah mamat tu. budak bandar dari KL. Dia balik bercuti. Tok Anjang tu datuk dia. Dia balik seorang je. Mak ayah dia sibuk. Dia cuti semester." Ringan sahaja mulutnya bercerita tanpa ditanya.
   "Eee, kamu syok sama dia ya?" Pinggang Syafina disiku. Ketawa mereka pecah tanpa menyedari lelaki itu setia mendengar di balik dinding sambil tersenyum.

"Nazil, jom pergi sana." Syafina mengajak lelaki itu merentasi batas sawah menuju ke sebuah pondok kayu. Sejak kejadian 'hantu' itu, hubungannya dengan lelaki itu bertambah erat walau hanya sebagai kawan. Lelaki itu bukanlah jenis yang banyak bercakap. Dia lebih suka mendengar celoteh Syafina. Kadang-kadang tidak keruan juga gadis itu bercerita apabila melihat renungan lembut lelaki itu.
   "Cantik kan sawah ni... Hijau je. Tapi, bila padi dah boleh tuai nanti, lagi cantik lebih-lebih lagi waktu lewat petang. Sawah ni nampak macam padang yang penuh dengan emas." Galak Syafina bercerita sambil mendepakan tangannya.
   Nazil hanya tersenyum di sisinya. Gadis itu mungkin tidak tahu, tetapi setiap saat dia bersama gadis itu, segala permasalahan yang membebankan otaknya hilang entah ke mana. Betapa dia merasakan kebahagian yang hakiki.
   "Awak, saya nak tanya sikit boleh?" Syafina memandang ke arah Nazil. Lelaki itu hanya mengangguk sedikit bagi gadis itu meneruskan niatnya. Syafina berdeham seketika sebelum mula bertanya.
   "Macam mana lepas berbelas tahun awak boleh tergerak hati nak balik sini. Yela, setahu saya lepas Tok Anjang meninggal, tak ada seorang pun saudara dia yang pedulikan rumah tu. jangan kata balik, jenguk pun tidak. Tup-tup awak dah ada dekat sini.
   "Takdir yang bawa saya ke sini." Nazil kembali memandang sawah padi yang terbentang luas. Dia kembali menyambung bicara. "Dan takdir juga temukan saya dengan awak." Kata-kata Nazil memenuhi ruang telinga Syafina. Merona merah wajahnya. Dia melarikan anak matanya dari panahan mata Nazril.
   Nazril mencapai tangan Syafina. tersentak Syafina merasakan sentuhan hangat tangan lelaki itu. segera dia menarik semula tangannya lalu bangkit dari duduknya. Dia masih lagi memandang ke arah lain.
   "Dah lewat dah ni. jom, balik." Syafina memandang sekilas wajah Nazril sebelum matanya kembali melekat ke dada langit yang luas.
   "Lewat? Baru pukul 5." Nazril sudah tersenyum sumbing menegur kesilapan Syafina. Syafina mengetuk lembut kepalanya sambil mulutnya mengomel tanpa ada suara yang kedengaran. 'Bodohnya aku!'
   "Err... Kat kampung ni, itu dah kira lewat. Jom." Syafina segera melangkah laju meninggalkan Nazril yang mengikuti dari belakang. Malunya dia saat itu.
   Entah di mana silapnya, kakinya terperosok ke dalam lubang lalu... "Bedeburr..." Tubuh rampingnya tercampak ke dalam salah satu petak sawah padi. Habis seluruh tubuh dan kepalanya terpalit lumpur.
   Nazril segera berlari mendapatkan Syafina. "Awak okay tak?" Nazril menghulurkan tangannya pada Syafina. Apa lagi, Syafina menarik tangan lelaki itu hingga lelaki itu hilang keseimbangan lalu turut sama mengikut jejaknya berkubang di dalam petak sawah padi itu. Ketawa mereka pecah.

Hampir terlepas bekas makanan dalam pegangannya saat terdengar bunyi kaca berderai dari dalam rumah Nazril diikuti lengkingan suara seorang lelaki. Syafina mengintai dari sebalik pintu dapur rumah itu yang terbuka sedikit untuk melihat apa yang terjadi.
   "Naz memang dah melampau. Puas kami cari kamu merata tempat. We are busy. But you keep on making troubles!" Lelaki separuh umur yang kesemua rambutnya sudah berwarna putih itu menempik pada Nazril yang kelihatan endah tak endah. Syafina melihat pula seorang wanita muda menggosok-gosok belakang lelaki tua itu. penampilan wanita itu yang berskirt pendek dengan baju tanpa tali yang menampakkan lurah dadanya cukup membuat mata Syafina berbulu.
   "Selama ni, bukan papa peduli pun mana Naz pergi. Apa yang Naz buat. Papa sibuk dengan betina murahan ni!" Tersentak Syafina mendengar pertuturan Nazril yang kasar. Selama dia mengenali Nazril, lelaki itu begitu pasif dan pendiam. Malah, sikapnya begitu lembut dan sopan. Adakah ini betul-betul lelaki yang sama?
   "Kurang ajar!" Lelaki tua itu mengangkat tangannya lalu menampar kuat pipi Nazril hingga lelaki itu terdorong ke belakang melanggar meja makan. Air yang tersedia di atas meja semua tmpah ke lantai. Lelaki tua itu masih ingin menyerang. Segera Syafina mendapatkan Nazril menghentikan tindakan lelaki itu. berkerut wajah lelaki itu melihat kehadiran Syafina.

"Awak... Awak okay?" Syafina memandang Nazril yang hanya termenung lurus ke hadapan. Tulang pipi jejaka itu kelihatan bergerak-gerak. Keadaan tadi memang begitu tegang. Nazril bangkit menangkap tangan ayahnya yang ringan mahu menghayun ke arah pipi gebu Syafina lalu dia menarik tangan Syafina meninggalkan rumah itu tanpa mempedulikan panggilan ayahnya. Akhirnya, di pondok yang sama juga mereka berhenti.
   Nazril mengalihkan pandangannya ke arah Syafina. "Awak, kita kahwin." Hampir terjatuh Syafina dari pondok itu saat mendengar ajakan Nazril. betul atau main-main lelaki itu dengannya. Mengenangkan situasi sebentar tadi, Syafina yakin ini bukan saat yang tepat untuk berkahwin.
   "Awak. benda ni bukan benda kecil tahu. Family awak. Family saya. Saya tak bolehlah." Keraguan memenuhi ruang fikiran Syafina. Kalau boleh, memang dia ingin memiliki dan menjadi milik Nazril sepenuhnya. Tapi, bukan secara mendadak dalam situasi yang membelit mereka sekarang. Nazril sepatutnya menyelesaikan dahulu masalah keluarganya barulah mereka boleh memulakan langkah satu-persatu.
   "Awak tak faham. Saya dah tak ada masa. Saya nak kita ada ikatan yang halal." Nazril masih mendesak. Dia perlukan persetujuan dari Syafina. Dia perlukan gadis itu disampingnya walau dia dibuang keluarga sendiri.
   "Nazril... Saya tak tahu apa yang dah jadi dalam keluarga awak, tapi awak kena selesaikannya dulu. Kemudian kita dapatkan restu dari keluarga masing-masing. Lepas tu, baru kita kahwin. Okay?" Syafina cuba memujuk Nazril.
   "Fina, saya takkan maafkan papa saya. Sebab papa saya, mama saya jatuh sakit dan mati. Perempuan tu dan papa saya yang bunuh mama saya. Sekarang, mereka nak bunuh saya pula. Saya tak mahu keluarga macam tu. biar saya bina keluarga baru dengan awak. Please..." Syafina dapat menangkap anak mata Nazril yang mula berkaca. Nampaknya masalah ni lebih berat dari yang dia sangka.
   "Apa maksud awak diorang nak bunuh awak? Saya tak faham." Nazril hanya mendiamkan diri. "Awak! Tadi pun awak cakap awak dah tak ada masa. Apa maksud awak sebenarnya ni?" Syafina menggoyangkan bahu Nazril. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
   "Saya ada kanser awak." Nazril memegang kepalanya. Rambutnya ditarik kuat. Dia perlukan kekuatan. Syafina juga sama. "Kanser otak stage akhir." Syafina menekup mulutnya. Air matanya tidak dapat ditahan.
   Syafina memegang kuat koler kemeja Nazril. "Tipu! Awak tipu! Cakap awak tipu. Awak sihat. Awak okay. AWAK TAK SAKIT!!!" Bagaikan orang kehilangan akal, Syafina memukul-mukul bahu Nazril. Tubuh lelaki itu digoncang sedayanya. Namun Nazril tetap diam menunduk.

"Kenapa dengan adik ni? Baru habis STPM dah nak kahwin. Dengan lelaki yang entah dari mana pula." Syazrul mencekak pinggang namun nada suaranya masih mampu dikawal. Dia betul-betul tersentak bila Syafina pulang bersama seorang lelaki lalu menyatakan hasrat ingin berkahwin.
   "Kami saling suka sama suka. Abang, Fina sayangkan dia. Mak..." Fina mengalihkan pandangannya pada ibunya Mak Melah apabila melihat gelengan abangnya.
   "Abang... Mak cik... Tolong benarkan kami berkahwin." Nazril yang membisu sedari tadi turut meminta kebenaran.
   "Ini betul-betul kerja gila. Dahlah korang nak bernikah minggu depan. Fina, jangan-jangan kau bunting ya?" Syazrul mula mengesyaki yang bukan-bukan.
   "AStaghfirullahalazim! Rul! Apa kamu cakap adik kamu macam tu?" Mak Melah mula meninggikan suaranya. Dia kenal Syafina. Dia tahu luar dalam anak perempuannya. Tak mungkin Syafina melakukan perbuatan terkutuk tu.
   "Sekarang ni, Fina bagi tahu mak. Apa yang dah jadi ni? Kenapa buat keputusan terburu-buru macam ni?" Lembut sahaja suara Mak Melah bertanya. Syafina memandang Nazrul seketika. Anggukan Nazrul membuka sebab sebenar.

"Fina. Abang betul-betul tak faham. Kenapa Fina tak nak fikirkan masa hadapan Fina. Hidup Fina masih panjang." Syazrul cuba mengembalikan kewarasan ke dalam otak adiknya.
   "Sebab Fina cintakan dia."
   "Cinta tak cukup. Bila Nazril dah tak ada, apa Fina nak buat? Hah? Masa dia dah tak lama..." Cepat Syazrul membidas alasan yang diberikan Syafina.
   "Sebab masa dia dah tak lama, Fina tak nak bazirkan waktu lagi walau sesaat. Dengan masa suntuk yang kami ada, Fina nak penuhinya dengan kasih kami. Fina nak kami terikat dalam hubungan yang halal sebelum masa berlalu tinggalkan kami." Syafina sudah teresak-esak di sebelah Mak Melah manakala Nazril diam tertunduk. Mungkin turut meladeni rasa sedih di hati.
   "Kalau abang hadapi situasi yang sama dengan Kak Jannah... Abang akan tinggalkan dia ke?" Syafina bersuara menahan sendu. Syazrul terdiam. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Jannah yang telah merajai seluruh jiwanya. Sedikit sebanyak dia mula memahami apa yang bermain dalam hati Syafina.

Sudah sebulan mereka berkahwin. Kesihatan Nazril semakin merosot. Hampir setiap hari dia memuntahkan isi perutnya. Malam hari lelaki itu diburu kesakitan yang tidak terperi. Syafina jadi makin tidak keruan dengan keadaan suaminya. Hatinya diasak ketakutan mengenangkan bila-bila masa sahaja lelaki itu akan meninggalkannya.
   "Sayang... Jom kita pergi pondok kita..." Lemah sahaja kedengaran suara Nazril memecah keheningan petang.
   "Awak tak sihat sekarang ni. Nanti bila awak dah sembuh sikit, kita pergi ya sayang." Syafina sedaya upaya menahan air matanya dari gugur. Sudah terlalu lama dia menyaksikan penderitaan suaminya. Dia tahu suaminya tak mungkin akan sembuh namun bibirnya bagai tidak boleh dikawal dari menyatakan harapannya untuk hidup lebih lama bersama Nazril.
   Nazril menggeleng lemah. "Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan. Tolong, sayang. bawa saya ke pondok kita." Nazril mengusap lembut pipi Syafina. Betapa Syafina begitu kuat menjaganya selama ini. Tidak tegar terus-terusan mendengar suaminya merayu, Syafina akhirnya bersetuju dengan permintaan Nazril.

"Awak... Mesti seronok dapat jadi rama-rama..." Nazril yang melentokkan kepalanya di bahu Syafina tiba-tiba bersuara.
   Syafina yang leka menyaksikan keindahan petang tertarik untuk mendengar bicara Nazril. "Hmm... Kenapa?" Hairan juga dia dengan bicara Nazril.
   Nazril tidak terus menjawab. Dia mengarahkan telunjuknya ke arah seekor rama-rama yang begitu cantik berterbangan bebas di udara.
   "Rama-rama bebas. Walaupun hayatnya singkat, tetapi dia melalui hidup yang dikelilingi keindahan dan kecantikan."
   "Betul..." Syafina mengangguk.
   "Sayang..."
   "Hmm..."
   "Kalau saya dah tak ada nanti, sayang jangan terlalu bersedih." Nazril terbatuk sebentar. "Sebabnya... Saya dan awak dah melalui hidup yang indah walau sekejap cuma. Saya sayangkan awak." Nazril memejamkan matanya.
   "Emm... Saya lebih sayangkan awak." Air mata Syafina sudah mula membasahi pipi. Dia dapat rasakan kini Nazril akan pergi dari sisinya.
   Nazril tersenyum sedikit. Penuh kebahagiaan. "Saya paling sayangkan awak." Dia membalas. Syafina dapat merasakan pegangan tangan Nazril menjadi longgar. Cinta hatinya telah dibawa menghadap Illahi.
   "Saya relakan awak pergi dan menunggu saya di pintu syurga." Empangan mata Syafina pecah buat kesekian kalinya.

"Ibu... Tengok rama-rama ni." Nazrul mengikut jejak rama-rama itu. Di mana rama-rama itu hinggap, di situlah dia akan bercangkung menyaksikan kecantikan makhluk Allah itu.
   Syafina hanya memandang anaknya dari jauh. Ya, tanda cinta Syafina dan Nazril. Mohd Nazrul bin Nazril Haris. Kini pondok itu menjadi saksi setia cinta mereka yang tetap mekar bersemadi....


      ~TAMAT~