Syafina termenung di jendela tingkapnya. kehijauan rimbunan pepohon di dusun buah-buahan bersebelahan rumahnya menarik damai menjenguk ke ruang hatinya.
Gadis sunti itu mengalihakan pandangannya ke sebuah pokok yang kelihatan bergerak-gerak. Aneh... Angin tiada. Tetapi pokok itu bergerak-gerak.
"Huwaargh! Makan budak!" Terpacul kepala Puspa di sebalik daun yang lebat.
"Allah!" Terduduk Syafina disergah gadis india itu. Syafina mengurut dadanya yang berombak kencang.
"Cilaka kau Puspa. nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu! Kalau tak dah lama aku jalan." Jerkah Syafina. Jantungnya masih berdegup kencang. Dia mengetap bibirnya. ada juga yang makan tumbukan sulung dia nanti.
"Dei, Fina. Kamu saja yang termenung sana, termenung sini. Saya panjat ini pokok pun kamu tara sedar." Puspa masih dengan sisa tawanya menunjukkan barisan giginya yang putih berseri. Kontra dengan warna kulitnya.
"Amboi, aci ni! Dah turun-turun. karang jatuh patah sana patah sini. Apa aku nak jawab dengan Raju." Syafina melambai tangannya menyuruh Puspa turun. Puspa mencebik saat nama Raju, kekasihnya disebut. Syafina segera bergerak ke tanah untuk membantu Puspa turun dari pokok.
"Fina. Kamu tahu tidak ada satu laki-laki pindah dekat rumah sana. Hujung kampung itu." Puspa memuncungkan bibirnya ke arah rumah sederhana besar itu. Kornea mata Syafina turut melekat ke arah yang sama.
"Eh, bukan rumah tu berhantu ke? Dah berbelas tahun rumah tu kosong sejak Tok Anjang meninggal." Syafina memeluk tubuhnya. Seram juga dia apabila teringat pelbagai cerita yang menjadi buah mulut Kampung Tok Machang itu tentang rumah lama tersebut. Takkan rumah lama itu pun menjadi tempat penginapan orang.
"Hisy! Kamu ini suka sangat percaya sama hantu. Saya rasa ada orang sudah mari tinggal situ. Masa saya lalu malam semalam mahu pigi itu kedai. Saya nampak lampu rumah itu menyala.
"Woi! Jenjangan betul tu hantu, tak?" Sergah Syafina. Biar betul dia ni. Bulu romanya mula terasa meremang memikirkan pelbagai andaian yang menyeramkan.
"Kamu tarak percaya sama saya? Kita pigi sikarang juga!" Puspa sudah mula menarik tangan Syafina menuju rumah itu. Jaraknya pun tidak terlalu jauh. sekejap sahaja mereka sampai.
"Excuse me!" Puspa mengetuk pintu rumah itu beberapa kali manakala Syafina sudah memeluk lengan Puspa dengan erat. Kalau apa-apa terjadi, dia tidak akan biarkan Puspa lari meninggalkannya seorang diri.
"Dah la tu, minaci. Rumah ni kosong la." Syafina menarik lengan Puspa yang pada awalnya berkeras tidak mahu berganjak selagi dia tidak dapat membuktikan apa yang dia nampak. Namun, melihat kedegilan Syafina yang sudah kelihatan dalam ketakutan itu, dia turutkan jua.
Baru beberapa langkah, kedengaran bunyi pintu itu dikuak. Langkah Syafina dan Puspa sama-sama berhenti. Perlahan-lahan kedua-dua gadis itu berpaling.
Bulat mata Syafina melihat seorang lelaki dengan wajah putih pucat sedang berdiri disebalik pintu. Baju lembaga lelaki itu juga putih seperti kain kapan. Syafina mencengkam kuat lengan puspa saat matanya bertembung dengan mata lelaki itu.
"Amma... Appa..." Tidak semena-mena Puspa rebah menyembah tanah. Baru Syafina ingin menjerit, matanya menangkap seluar jeans jenama Kevin yang dipakai lelaki itu. berkerut wajahnya. Bukan hantu rupanya...
Puspa membuka matanya. Wajah comel Syafina melekat di matanya. Terus dia mencapai tangan gadis itu lalau digenggam erat.
"Kita dekat mana ni?" Tanya Puspa dengan suara bergetar. Syafina tidak dapat menahan tawanya lagi.
"Itulah minaci. konon berani sangat. Alih-alih dia yang pengsan dulu. Kita kat rumah lelaki tadi. Dia bukan hantulah. Hantu mana ada pakai jeans." Syafina memegang perutnya yang terasa senak akibat ketawa terlalu banyak apabila terkenang semula apa yang jadi.
"Owh... Itu macam ka?" Puspa bangkit duduk sambil tersengih-sengih. Malu juga mengingatkan Syafina yang penakut itu pun tidak pengsan. "Mana itu budak, hah?" Puspa bertanya.
"Ada... Dekat dapur buat air. Eh, handsome jugalah mamat tu. budak bandar dari KL. Dia balik bercuti. Tok Anjang tu datuk dia. Dia balik seorang je. Mak ayah dia sibuk. Dia cuti semester." Ringan sahaja mulutnya bercerita tanpa ditanya.
"Eee, kamu syok sama dia ya?" Pinggang Syafina disiku. Ketawa mereka pecah tanpa menyedari lelaki itu setia mendengar di balik dinding sambil tersenyum.
"Nazil, jom pergi sana." Syafina mengajak lelaki itu merentasi batas sawah menuju ke sebuah pondok kayu. Sejak kejadian 'hantu' itu, hubungannya dengan lelaki itu bertambah erat walau hanya sebagai kawan. Lelaki itu bukanlah jenis yang banyak bercakap. Dia lebih suka mendengar celoteh Syafina. Kadang-kadang tidak keruan juga gadis itu bercerita apabila melihat renungan lembut lelaki itu.
"Cantik kan sawah ni... Hijau je. Tapi, bila padi dah boleh tuai nanti, lagi cantik lebih-lebih lagi waktu lewat petang. Sawah ni nampak macam padang yang penuh dengan emas." Galak Syafina bercerita sambil mendepakan tangannya.
Nazil hanya tersenyum di sisinya. Gadis itu mungkin tidak tahu, tetapi setiap saat dia bersama gadis itu, segala permasalahan yang membebankan otaknya hilang entah ke mana. Betapa dia merasakan kebahagian yang hakiki.
"Awak, saya nak tanya sikit boleh?" Syafina memandang ke arah Nazil. Lelaki itu hanya mengangguk sedikit bagi gadis itu meneruskan niatnya. Syafina berdeham seketika sebelum mula bertanya.
"Macam mana lepas berbelas tahun awak boleh tergerak hati nak balik sini. Yela, setahu saya lepas Tok Anjang meninggal, tak ada seorang pun saudara dia yang pedulikan rumah tu. jangan kata balik, jenguk pun tidak. Tup-tup awak dah ada dekat sini.
"Takdir yang bawa saya ke sini." Nazil kembali memandang sawah padi yang terbentang luas. Dia kembali menyambung bicara. "Dan takdir juga temukan saya dengan awak." Kata-kata Nazil memenuhi ruang telinga Syafina. Merona merah wajahnya. Dia melarikan anak matanya dari panahan mata Nazril.
Nazril mencapai tangan Syafina. tersentak Syafina merasakan sentuhan hangat tangan lelaki itu. segera dia menarik semula tangannya lalu bangkit dari duduknya. Dia masih lagi memandang ke arah lain.
"Dah lewat dah ni. jom, balik." Syafina memandang sekilas wajah Nazril sebelum matanya kembali melekat ke dada langit yang luas.
"Lewat? Baru pukul 5." Nazril sudah tersenyum sumbing menegur kesilapan Syafina. Syafina mengetuk lembut kepalanya sambil mulutnya mengomel tanpa ada suara yang kedengaran. 'Bodohnya aku!'
"Err... Kat kampung ni, itu dah kira lewat. Jom." Syafina segera melangkah laju meninggalkan Nazril yang mengikuti dari belakang. Malunya dia saat itu.
Entah di mana silapnya, kakinya terperosok ke dalam lubang lalu... "Bedeburr..." Tubuh rampingnya tercampak ke dalam salah satu petak sawah padi. Habis seluruh tubuh dan kepalanya terpalit lumpur.
Nazril segera berlari mendapatkan Syafina. "Awak okay tak?" Nazril menghulurkan tangannya pada Syafina. Apa lagi, Syafina menarik tangan lelaki itu hingga lelaki itu hilang keseimbangan lalu turut sama mengikut jejaknya berkubang di dalam petak sawah padi itu. Ketawa mereka pecah.
Hampir terlepas bekas makanan dalam pegangannya saat terdengar bunyi kaca berderai dari dalam rumah Nazril diikuti lengkingan suara seorang lelaki. Syafina mengintai dari sebalik pintu dapur rumah itu yang terbuka sedikit untuk melihat apa yang terjadi.
"Naz memang dah melampau. Puas kami cari kamu merata tempat. We are busy. But you keep on making troubles!" Lelaki separuh umur yang kesemua rambutnya sudah berwarna putih itu menempik pada Nazril yang kelihatan endah tak endah. Syafina melihat pula seorang wanita muda menggosok-gosok belakang lelaki tua itu. penampilan wanita itu yang berskirt pendek dengan baju tanpa tali yang menampakkan lurah dadanya cukup membuat mata Syafina berbulu.
"Selama ni, bukan papa peduli pun mana Naz pergi. Apa yang Naz buat. Papa sibuk dengan betina murahan ni!" Tersentak Syafina mendengar pertuturan Nazril yang kasar. Selama dia mengenali Nazril, lelaki itu begitu pasif dan pendiam. Malah, sikapnya begitu lembut dan sopan. Adakah ini betul-betul lelaki yang sama?
"Kurang ajar!" Lelaki tua itu mengangkat tangannya lalu menampar kuat pipi Nazril hingga lelaki itu terdorong ke belakang melanggar meja makan. Air yang tersedia di atas meja semua tmpah ke lantai. Lelaki tua itu masih ingin menyerang. Segera Syafina mendapatkan Nazril menghentikan tindakan lelaki itu. berkerut wajah lelaki itu melihat kehadiran Syafina.
"Awak... Awak okay?" Syafina memandang Nazril yang hanya termenung lurus ke hadapan. Tulang pipi jejaka itu kelihatan bergerak-gerak. Keadaan tadi memang begitu tegang. Nazril bangkit menangkap tangan ayahnya yang ringan mahu menghayun ke arah pipi gebu Syafina lalu dia menarik tangan Syafina meninggalkan rumah itu tanpa mempedulikan panggilan ayahnya. Akhirnya, di pondok yang sama juga mereka berhenti.
Nazril mengalihkan pandangannya ke arah Syafina. "Awak, kita kahwin." Hampir terjatuh Syafina dari pondok itu saat mendengar ajakan Nazril. betul atau main-main lelaki itu dengannya. Mengenangkan situasi sebentar tadi, Syafina yakin ini bukan saat yang tepat untuk berkahwin.
"Awak. benda ni bukan benda kecil tahu. Family awak. Family saya. Saya tak bolehlah." Keraguan memenuhi ruang fikiran Syafina. Kalau boleh, memang dia ingin memiliki dan menjadi milik Nazril sepenuhnya. Tapi, bukan secara mendadak dalam situasi yang membelit mereka sekarang. Nazril sepatutnya menyelesaikan dahulu masalah keluarganya barulah mereka boleh memulakan langkah satu-persatu.
"Awak tak faham. Saya dah tak ada masa. Saya nak kita ada ikatan yang halal." Nazril masih mendesak. Dia perlukan persetujuan dari Syafina. Dia perlukan gadis itu disampingnya walau dia dibuang keluarga sendiri.
"Nazril... Saya tak tahu apa yang dah jadi dalam keluarga awak, tapi awak kena selesaikannya dulu. Kemudian kita dapatkan restu dari keluarga masing-masing. Lepas tu, baru kita kahwin. Okay?" Syafina cuba memujuk Nazril.
"Fina, saya takkan maafkan papa saya. Sebab papa saya, mama saya jatuh sakit dan mati. Perempuan tu dan papa saya yang bunuh mama saya. Sekarang, mereka nak bunuh saya pula. Saya tak mahu keluarga macam tu. biar saya bina keluarga baru dengan awak. Please..." Syafina dapat menangkap anak mata Nazril yang mula berkaca. Nampaknya masalah ni lebih berat dari yang dia sangka.
"Apa maksud awak diorang nak bunuh awak? Saya tak faham." Nazril hanya mendiamkan diri. "Awak! Tadi pun awak cakap awak dah tak ada masa. Apa maksud awak sebenarnya ni?" Syafina menggoyangkan bahu Nazril. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Saya ada kanser awak." Nazril memegang kepalanya. Rambutnya ditarik kuat. Dia perlukan kekuatan. Syafina juga sama. "Kanser otak stage akhir." Syafina menekup mulutnya. Air matanya tidak dapat ditahan.
Syafina memegang kuat koler kemeja Nazril. "Tipu! Awak tipu! Cakap awak tipu. Awak sihat. Awak okay. AWAK TAK SAKIT!!!" Bagaikan orang kehilangan akal, Syafina memukul-mukul bahu Nazril. Tubuh lelaki itu digoncang sedayanya. Namun Nazril tetap diam menunduk.
"Kenapa dengan adik ni? Baru habis STPM dah nak kahwin. Dengan lelaki yang entah dari mana pula." Syazrul mencekak pinggang namun nada suaranya masih mampu dikawal. Dia betul-betul tersentak bila Syafina pulang bersama seorang lelaki lalu menyatakan hasrat ingin berkahwin.
"Kami saling suka sama suka. Abang, Fina sayangkan dia. Mak..." Fina mengalihkan pandangannya pada ibunya Mak Melah apabila melihat gelengan abangnya.
"Abang... Mak cik... Tolong benarkan kami berkahwin." Nazril yang membisu sedari tadi turut meminta kebenaran.
"Ini betul-betul kerja gila. Dahlah korang nak bernikah minggu depan. Fina, jangan-jangan kau bunting ya?" Syazrul mula mengesyaki yang bukan-bukan.
"AStaghfirullahalazim! Rul! Apa kamu cakap adik kamu macam tu?" Mak Melah mula meninggikan suaranya. Dia kenal Syafina. Dia tahu luar dalam anak perempuannya. Tak mungkin Syafina melakukan perbuatan terkutuk tu.
"Sekarang ni, Fina bagi tahu mak. Apa yang dah jadi ni? Kenapa buat keputusan terburu-buru macam ni?" Lembut sahaja suara Mak Melah bertanya. Syafina memandang Nazrul seketika. Anggukan Nazrul membuka sebab sebenar.
"Fina. Abang betul-betul tak faham. Kenapa Fina tak nak fikirkan masa hadapan Fina. Hidup Fina masih panjang." Syazrul cuba mengembalikan kewarasan ke dalam otak adiknya.
"Sebab Fina cintakan dia."
"Cinta tak cukup. Bila Nazril dah tak ada, apa Fina nak buat? Hah? Masa dia dah tak lama..." Cepat Syazrul membidas alasan yang diberikan Syafina.
"Sebab masa dia dah tak lama, Fina tak nak bazirkan waktu lagi walau sesaat. Dengan masa suntuk yang kami ada, Fina nak penuhinya dengan kasih kami. Fina nak kami terikat dalam hubungan yang halal sebelum masa berlalu tinggalkan kami." Syafina sudah teresak-esak di sebelah Mak Melah manakala Nazril diam tertunduk. Mungkin turut meladeni rasa sedih di hati.
"Kalau abang hadapi situasi yang sama dengan Kak Jannah... Abang akan tinggalkan dia ke?" Syafina bersuara menahan sendu. Syazrul terdiam. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Jannah yang telah merajai seluruh jiwanya. Sedikit sebanyak dia mula memahami apa yang bermain dalam hati Syafina.
Sudah sebulan mereka berkahwin. Kesihatan Nazril semakin merosot. Hampir setiap hari dia memuntahkan isi perutnya. Malam hari lelaki itu diburu kesakitan yang tidak terperi. Syafina jadi makin tidak keruan dengan keadaan suaminya. Hatinya diasak ketakutan mengenangkan bila-bila masa sahaja lelaki itu akan meninggalkannya.
"Sayang... Jom kita pergi pondok kita..." Lemah sahaja kedengaran suara Nazril memecah keheningan petang.
"Awak tak sihat sekarang ni. Nanti bila awak dah sembuh sikit, kita pergi ya sayang." Syafina sedaya upaya menahan air matanya dari gugur. Sudah terlalu lama dia menyaksikan penderitaan suaminya. Dia tahu suaminya tak mungkin akan sembuh namun bibirnya bagai tidak boleh dikawal dari menyatakan harapannya untuk hidup lebih lama bersama Nazril.
Nazril menggeleng lemah. "Saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan. Tolong, sayang. bawa saya ke pondok kita." Nazril mengusap lembut pipi Syafina. Betapa Syafina begitu kuat menjaganya selama ini. Tidak tegar terus-terusan mendengar suaminya merayu, Syafina akhirnya bersetuju dengan permintaan Nazril.
"Awak... Mesti seronok dapat jadi rama-rama..." Nazril yang melentokkan kepalanya di bahu Syafina tiba-tiba bersuara.
Syafina yang leka menyaksikan keindahan petang tertarik untuk mendengar bicara Nazril. "Hmm... Kenapa?" Hairan juga dia dengan bicara Nazril.
Nazril tidak terus menjawab. Dia mengarahkan telunjuknya ke arah seekor rama-rama yang begitu cantik berterbangan bebas di udara.
"Rama-rama bebas. Walaupun hayatnya singkat, tetapi dia melalui hidup yang dikelilingi keindahan dan kecantikan."
"Betul..." Syafina mengangguk.
"Sayang..."
"Hmm..."
"Kalau saya dah tak ada nanti, sayang jangan terlalu bersedih." Nazril terbatuk sebentar. "Sebabnya... Saya dan awak dah melalui hidup yang indah walau sekejap cuma. Saya sayangkan awak." Nazril memejamkan matanya.
"Emm... Saya lebih sayangkan awak." Air mata Syafina sudah mula membasahi pipi. Dia dapat rasakan kini Nazril akan pergi dari sisinya.
Nazril tersenyum sedikit. Penuh kebahagiaan. "Saya paling sayangkan awak." Dia membalas. Syafina dapat merasakan pegangan tangan Nazril menjadi longgar. Cinta hatinya telah dibawa menghadap Illahi.
"Saya relakan awak pergi dan menunggu saya di pintu syurga." Empangan mata Syafina pecah buat kesekian kalinya.
"Ibu... Tengok rama-rama ni." Nazrul mengikut jejak rama-rama itu. Di mana rama-rama itu hinggap, di situlah dia akan bercangkung menyaksikan kecantikan makhluk Allah itu.
Syafina hanya memandang anaknya dari jauh. Ya, tanda cinta Syafina dan Nazril. Mohd Nazrul bin Nazril Haris. Kini pondok itu menjadi saksi setia cinta mereka yang tetap mekar bersemadi....
Hebat =)
ReplyDeleteTerbaik .... Saya suka!!
ReplyDeleteDaebak
ReplyDeleteDaebak
ReplyDelete