Monday, January 14, 2013

MEDICAL JOKES (^^)

semalam, kawan aku ada cerita dua jokes medic yang amatlah kelakar! but, i'm just gonna share one coz the other one is quite private. enjoy~


dalam sebuah hospital, di sebuah bilik unit rawatan rapi (ICU) ada sebuah katil yang sangat misteri. setiap pesakit yang duduk di katil itu, akan mati dalam masa semalaman. pelbagai usaha telah dilakukan oleh para-para doktor di hospital itu. mereka telah memeriksa preskripsi ubat-ubatan. tiada yang silap. mesin bantuan pernafasan, masih elok dan baru. pendek kata, semuanya sempurna dari segi sains.
   
    para-para doktor mula diburu ketakutan. mereka semua merasakan ada sesuatu 'benda' yang menyebabkan pesakit-pesakit yang tinggal di katil itu hingga diburu maut. pelbagai bayangan muncul dalam minda mereka. semuanya andaian yang seram seolah-olah faktor supernatural yang mencabut nyawa pesakit-pesakit mereka.
    
    disebabkan itu, para-para doktor yang betanggungjawab ke atas unit itu sebulat suara ingin menemani pesakit baru mereka sepanjang malam itu di katil misteri itu juga. ada antara mereka yang membawa al-Quran dan Yassin bagi yang muslim, ada yang membawa bible dan sebagainya.

   tepat jam 12 tengah malam, datang seorang makcik cleaner yang sangat dikenali pekerja-pekerja hospital itu sebagai makcik Kiah (bukan nama sebenar) bersama sebuah vakum di tangan. makcik itu mendekati para-para doktor yang kelihatan begitu khusyuk membaca jampi buatan sendiri lalu menyapa mereka sambil tersenyum riang.

   dengan selambanya makcik Kiah mencabut plug mesin bantuan pernafasan pesakit di situ lalu disambungkan dengan plug vakumnya. para-para doktor yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu melopongkan mulut melihatkan Makcik Kiah yang sedang membersihkan kawasan itu sambil menyanyi-nyanyi keriangan~


wakakakaka! seriously, i think dis joke is completely hilarious. kalau dengar dari mulut lagi kelakar berbanding baca. okay, dis is or now...

peace_no_war(^^)  
     

 

No comments:

Post a Comment