Tuesday, January 22, 2013

sensory stimulating room




Wednesday, January 16, 2013

HOSPITAL ATTACHMENT

owh... penat gile. ni baru balik dari hospital. hari ni kitorang ada hospital attachment. hospital attachment tu macam ni... medic students (us) akan dibahagikan pada beberapa kumpulan mengikut small group discussion (SGD). setiap goup ada dalam 8-10 students. 1 doctor will be in charged for 1 group. each group will dispersed to their own department.

   group aku dapat pediatric. pediatric tu wad kanak-kanak. mula-mula cam hilang arah jugalah. tak tahu nak buat apa. dahlah time tu budak 4th year nak exam. so, kitorang macam mengganggu gila. doktor in charge pun sibuk nak mampus. cam kitorang lost gile kot. x tau nak buat apa. ke hulu ke hilir tanpa arah. alih-alih duduk termenung kat depan bilik rawatan.

   ada juga kitorang cuba-cuba join specialist yang buat round dekat wad sambil ajar budak postgraduate. seriously, sepatah haram tak paham apa yang diorang discuss. yela, kitorang mana belajar lagi benda-benda clinical ni. so, angguk-angguk, geleng-geleng jela, tapi dalam otak kosong... huhu~

   sekali tu, kumpulan yang dapat department pediatric sama ngan kitorang balik meninggalkan doktor yang in charge atas diorang macam tu je. doktor tu nampak gak lah rasa kecewa ngan sikap bebudak tu. so, dia ajak kitorang join follow dia. kitorang pun apalagi, excited ler... dari duduk tercongok macam patung sawah, baik kitorang ikut dia.

   in the end, kitorang ikut dia pergi meeting dekat yayasan orang kurang upaya pengkalan chepa. best gak kat sane. dapat makan free. wakakaka! we get to take a good look at sensory stimulating room. cantik gile bilik tu. penuh dengan lampu-lampu macam dekat ICT. nanti kalau ada masa, aku attach video and gambar dalam blog ni. next publish.

   lepas beberapa jam tu, kitorang balik semula dekat wa. dapatlah tengok doktor ambik darah baby (3months) for blood culture. interesting. mula-mula meraung baby tu but then, doktor kasi syringe isi air glukosa. senyap terus. hihi. sangat comel~ and then lepas discuss sesikit apa yang dapat hari ni, kitorang pun balik. 

   dapat lah melihat sekilas macam mana kehidupan dalam alam pekerjaan sebagai doktor ni... harap-harap suatu hari nanti kami semua berjaya capai impian kami dan suatu hari nanti berdiri di tempat yang sama macam dotor-doktor yang murah hati berkongsi ilmu dengan kami tadi.

AMIN.....

P/S: TILL NEXT PUBLISH...
peace_no_war_(^^)

Monday, January 14, 2013

MEDICAL JOKES (^^)

semalam, kawan aku ada cerita dua jokes medic yang amatlah kelakar! but, i'm just gonna share one coz the other one is quite private. enjoy~


dalam sebuah hospital, di sebuah bilik unit rawatan rapi (ICU) ada sebuah katil yang sangat misteri. setiap pesakit yang duduk di katil itu, akan mati dalam masa semalaman. pelbagai usaha telah dilakukan oleh para-para doktor di hospital itu. mereka telah memeriksa preskripsi ubat-ubatan. tiada yang silap. mesin bantuan pernafasan, masih elok dan baru. pendek kata, semuanya sempurna dari segi sains.
   
    para-para doktor mula diburu ketakutan. mereka semua merasakan ada sesuatu 'benda' yang menyebabkan pesakit-pesakit yang tinggal di katil itu hingga diburu maut. pelbagai bayangan muncul dalam minda mereka. semuanya andaian yang seram seolah-olah faktor supernatural yang mencabut nyawa pesakit-pesakit mereka.
    
    disebabkan itu, para-para doktor yang betanggungjawab ke atas unit itu sebulat suara ingin menemani pesakit baru mereka sepanjang malam itu di katil misteri itu juga. ada antara mereka yang membawa al-Quran dan Yassin bagi yang muslim, ada yang membawa bible dan sebagainya.

   tepat jam 12 tengah malam, datang seorang makcik cleaner yang sangat dikenali pekerja-pekerja hospital itu sebagai makcik Kiah (bukan nama sebenar) bersama sebuah vakum di tangan. makcik itu mendekati para-para doktor yang kelihatan begitu khusyuk membaca jampi buatan sendiri lalu menyapa mereka sambil tersenyum riang.

   dengan selambanya makcik Kiah mencabut plug mesin bantuan pernafasan pesakit di situ lalu disambungkan dengan plug vakumnya. para-para doktor yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu melopongkan mulut melihatkan Makcik Kiah yang sedang membersihkan kawasan itu sambil menyanyi-nyanyi keriangan~


wakakakaka! seriously, i think dis joke is completely hilarious. kalau dengar dari mulut lagi kelakar berbanding baca. okay, dis is or now...

peace_no_war(^^)  
     

 

Wednesday, January 9, 2013

MY CAMPUS LIFE 2

this morning, aku and kawan aku dapat tgk post-mortem. first time aku tengok bedah siasat mayat yang betul-betul baru. about 11 hours after death, the deceased undergo the post-mortem. well, sebelum masuk, memang nervous gile. sampai peluh sejuk aku. and then, bile dh tgk sendiri prosesnya... x delah seram sangat. tapi, one thing for sure is bad. the smell.

frankly speaking, memang aku tak rasa seram or geli bile tgk proses post-mortem tu. tapi, psychologically my mind can't really get rid o the scent. aku g memane, rasa cam bau tu mengikut je. sesetengah orang tak tahan n diorang akan tunjuk terus cam pengsan ke. muntah ke. or maybe terus keluar dari bilik tu. at least diorang sedar. dalam kes aku lak. i still feel okay~

tapi, hehe.. y kelakarnye, kwn aku sampai mimpi-mimpi kot. dia request ak jgn ckp. hihi~ but dis is funny. aku pun x delah sampai termimpi-mimpi. well, mimpi gak. tapi, mimpi running man. haha! ada pulak macam tu kan?

tapi, itulah. the deceased still young. ini membuatkan aku terpikir sejenak. ajal datang menjemput tidak kira muda ke tua ke. umur setahun jagung ke dah tua gayut ke. x kira. seram bila pikir entah esok lusa, kita pun jalan. ni kebenaran.

nanti bila nyawa dah terpisah dari jasad, kita ni betul-betul dah bersedia ke? pahala kita cukup ke untuk tanggung dosa kita? mampu ke kita jawab soalan dalam kubur nanti? waktu tu, tak ada siapa dah yang boleh tolong kita. apa sahaja amalan kita di dunia fana dahulu, satu demi satu akan dihisab.

bila terfikirkan semua tu. hati aku mula terasa sebak. rasa diri ni kecil sangat. aku ni bukanlah hamba Allah yang sebaik ulama, seikhlas para sahabat. aku hanyalah hamba yang selalu lalai dan jahil dalam ilmu agama.

  jadi, saat kita masih kuat. selagi jantung masih berdegup, selagi nadi masih berdenyut, inilah peluangnya untuk kita bertaubat. ini sekadar peringatan buat diri sendiri dan orang-orang di sekelilingku. jangan terasa diri masih muda, kita masih punya banyak waktu. tak... kita takkan pernah tahu berapa lama masa yang kita ada.... bertaubatlah....

 

Thursday, January 3, 2013

MY CAMPUS LIFE 1

holiday~yeah! but, tomorrow i got bi exam. cit! well, none of us here even care bout dat fact. we didnt even study. pergh! we really know how to risk urself into failure. by we, i mean me. kiki~ owh, dunno wat to do. i feel sooo not in d mood to study. juz wait n see.. either i fail or pass