Habis sudah cuti selama 9 hari + 1 hari (ponteng). rasa tak puas gila. kan best kalo USM ni belakang rumah aku je. mesti hari-hari aku balik. uwaaa! malangnya, 8 jam jauhnya dari rumah aku. ape kes lar aku pergi minta USM ni dah tahu jauh. grrr! by the way, aku ponteng bukan sebab apa. sebab tiket habis. bukan salah aku pun (sedapkan hati)... hee~
Ni nak story sikit, you all.... tadi masa on the way balik, semua penumpang turun dekat KB. tinggal aku seorang je yang nak turun dekat kubang kerian. mulanya segan juga. macam menyusahkan orang bas jer... tapi, biaq pi la. dah teman bayaq. suka ati perut teman ler.
nak dijadikan cerita, sampai je hentian kubang kerian, pak cik bas tu pun tolong le aku angkat bagasi aku. so sweeeeeet~ aku ingat dia nak cakap beg aku tu berat ke, hape ke.. alih-alih benda lain pulak yang keluar dari mulut dia. ada ke dia tanya aku sudi tak jadi menantu dia. berderau darah aku! puhahaha! like, seriously?! takkan lah tak ada benda lain nak dibawa bergurau. tak pepasal kembang hati aku. perasan sendiri. tapi, aku tak jawab pun. aku senyum je macam perempuan melayu terakhir.
aku agak la, anak dia mesti boleh tahan hensem. dah bapaknya pun muka ala-ala omputih. konpom anak dia tercekik tulang ikan bilis kalau dia tahu apa bapak dia dah cakap dekat aku hari ni. wakakaka! macam mana pun, aku akan simpan kenangan agak lawak ni, dalam hati aku. mana le tahu suatu hari nanti betul jodoh aku dengan anak dia... hehe~(getik nak mampos)
huih... selesai soal tu, esok kena start balik kelas. hari ni semua kelas aku dah ponteng, esok pergi dengan semangat baru. yeayyeah~! aku harap ketidakhadiran aku hari ni tak menyebabkan apa-apa masalah. AMIN....
peace_no_war~(^^)
Sunday, February 17, 2013
Saturday, February 9, 2013
MAK KENA TIPU!
hari jumaat lepas, aku dapat cuti lepas exam. aku pun balik rumah aku dekat pahang dengan satu plan dalam kepala otak aku yang medium bijaknya nih. aku plan untuk...... tipu mak aku! muahahahaha! (tanduk dah keluar)
bukan niat nak buat jahat pun. saja nak bergurau-gurau, rapatkan hubungan silaturrahim kitorang yang memang dah terlebih rapat nih.
cara tipunya senang je. family kitorang ni kan islam, so tak boleh colour rambut. aku pun pinjam rambut palsu kawan aku. rambut palsu, ala... yang bila kita pakai macam kita highlight rambut tu. aku tak tahu apa ke nama benda tu, almaklumlah, tu first time jumpa. kampung juga aku ni. aku pun pakai and berlagak macam biasa dari hari first aku balik lagi. HARAM! mak aku tak perasan langsung. malam hari kedua, aku bengang dah. ada ke boleh tak perasan lagi. aku pun, pakat dengan akak aku yang memang dah tahu plan tak berapa wangi aku tu.
aku pun buat-buatlah jalan depan mak aku dengan akak aku yang sibuk main laptop baru diorang. and lepas main kenyit-kenyit mata ngan akak aku, dia pun dengan penuh skill acting di dada start menegur. "Weyh, bila kau dye rambut?" Mak aku yang dengar akak aku punya teguran, barulah dia perasan. aku boleh nampak air muka dia jadi tegang. comel gila. rasa nak pecah perut aku tahan ketawa, tahu tak?!
soalan pertama mak aku, "halal ke?" mana best kalau aku terus jawab halal. nanti selesai terus conflict, so, aku cakap tak. lagilah muka dia tegang. aduhai.... aku agak mesti dia fikir sembahyang tonggang-tonggek, alih-alih rambut aku dye. mana sah ambil air sembahyang. wakakaka!
and then mak aku tegur-tegurlah sikit ambil air sembahyang tak sah apa semua. ibadah tak sah. aku pun dengan muka straight nya cakap "kubur masing-masing." PUHH! ayat memang derhaka gila. muka aku memang muka jahat gila, tapi dalam hati aku gelak terguling-guling dah tengok mak aku yang terus senyap. kesian tengok dia macam ayam berak kapur, so aku pun tell the truth. barulah dia lega. tapi, adalah nampak cam marah sikit. maybe cuz i managed to cheat her. hehe....
but, one thing i really admire and respect about my mom is that dia memang tak cepat melenting. kalau anak akulah yang dye rambut memang. memang lekat tapak tangan aku dekat pipi dia. tak pun tapak kaki dekat perut. waha~ anyway, mission succeed!

Thursday, February 7, 2013
MY CAMPUS LIFE 4
NINO! NINO! NINO! cerita terhangat! ada scouting dekat usm ni. TV hijrah akan buat drama islamic terbaru... and guess what. they wanna scout usm students to be main actors/actress in this drama. seriously, glamour la budak usm lepas ni. LOL~ audition dia semalam lagi. actually teringin juga nk pergi tengok gelagat hamba-hamba Allah yang pergi audition tu. mesti kelakar, tapi alih-alih tertidur le pulak. emph! aku memang macam ni. hangat-hangat tahi ayam. ingat boleh gak mintak nak jadi watak sampingan lalu belakang heroin ke. masuk gak TV. wakakaka.... siapa la agaknya yang terpilih jadi hero and heroin kan... diva la diorang lepas ni.
by the way, aku baru habis exam tadi. ALHAMDULILLAH! lega rasanya. rasa macam dah bebas. tapi, buat masa ni jela. lepas ni nk selanjar 3 lagi. nak pro exam lagi. citt! susah juga jadi pelajar U ni... well, nasib la. kena lah bertahan selama 5 tahun. OMG! oh ye, last exam tadi macam tak caya jer.. boleh pula masuk semua soalan spot. memang baca dah. harap-harap boleh cover exam yang sebelum ni. yang first exam, aku terkilan sikit. Allah dah bagi hint kot. hati macam asyik nak je baca lecture pasal 'knee jerk'. last-last langsung lupa nak baca. tup-tup, betul kuar exam. siot! tu lar... patutnya aku dengar kata hati aku. tu semua hidayah Allah. sayang. tapi, nak buat macam mana. benda dah lepas. aku tawakal jelah lepas ni. Man jada wa jada. Allah mesti akan bantu hamba-NYA yang berusaha~

Wednesday, January 30, 2013
REZEKI ALLAH~
ALHAMDULILLAH~ rezeki kalau ALLAH nak bagi, memang datang bergolek macam tu je. kita tak minta, kita tak jangka. macam tulah yang jadi pada aku tadi. tengah fokus study (kononnyalah...) aku dapat call dari satu nombor yang tidak dikenali. bila jawab, barulah aku tahu, tu nombor pak cu aku belah ayah yang tinggal dekat pekan. terkejut punya pasal, aku sampai lupa nak tanya khabar dia. hisy! teruk betul aku ni.... and then, dia minta nombor akaun aku. aku teragak-agak nak bagi sebab aku tahu sangat dah tujuan dia minta nombor akaun aku tu. konpom nak bagi duit. aduih... macam mana nak berhadapan dengan situasi ni??? so, aku pun cakaplah nombor akaun tidak dapat diberikan sekarang. nanti-nanti baru aku mesej. bukan apa, bila datang situasi macam ni, apalagi, panggilan kecemasan pada mak akulah!
mak aku dengan rileksnya suruh aku terima jer. duit zakat tu... Pak Cu memang berhak nak bagi duit tu pada sesiapa yang dia nak. bila 'mem besar' dah cakap macam tu, aku pun ikut sajalah. maka aku mesej pada pak cu aku, nombor akaun aku sekali dengan mesej yang mengucapkan ribuan terima kasih.
itulah, tiba-tiba ALLAH beri rezeki dekat aku melalui Pak Cu. ALHAMDULILLAH~

Monday, January 28, 2013
CARA UNTUK BERMIMPIKAN RASULULLAH S.A.W
hari ni, aku nak kongsi sedikit satu kisah tauladan yang aku dengar dari seorang ustaz tentang cara supaya kita dapat bermimpikan Rasulullah SAW. kisah ni memang sangat menarik. pada akulah... pada korang, tergantung. rambut sama hitam, hati lain-lain. or, maybe ada rambut kaler lain, lain ceritalah. oyyy! dah ngarut nih! hee~ okay. macam ni ceritanya.....
macam itulah, kisah tauladan yang aku dengar dalam TV 9. hehe... menarik kan? Siapa yang rasa tak menarik tu, PADAN MUKA! siapa suruh baca. haha! gurau je. sekian untuk kali ini. Wallahualam...
Suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang berkeinginan untuk bermimpikan Nabi Muhammad SAW. lalu, pemuda itu pun pergilah melawat rumah seorang guru untuk menuntut ilmu dari guru tersebut. guru tersebut menyambut kedatangan pemuda itu dengan senang hati. pemuda itu pun menyatakan hasratnya.
"Ajarkanlah aku cara untuk bermimpikan Rasulullah yang mulia." Pinta pemuda itu sopan.
"Tunggu, nanti." Ujar guru tersebut.
Pemuda itu hanya menurut. dia menunggu buat masa beberapa ketika sebelum membicarakan permintaannya semula.
"Ajarkanlah aku cara untuk bermimpikan Rasulullah yang mulia." Pinta pemuda itu lagi.
"Makanlah dahulu." Guru tersebut menjemput pemuda itu untuk menjamu selera terlebih dahulu.
Pelbagai jenis makanan terhidang. maka pemuda itu pun menjamu selera sepuasnya.
"Tuan, adakah air untukku minum?" Soal pemuda itu setelah selesai makan.
"Maaf, rumahku tiada air untuk minum." Ujar guru tersebut. pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya.
Pada malamnya, sekali lagi pemuda itu bertanya, "Adakah air untukku minum?"
Maka jawab guru itu masih serupa, "Maaf, rumahku tiada air minum. tidurlah dahulu."
Oleh itu, dalam keadaan dahaga yang teramat, pemuda itu lalu melelapkan matanya hinggalah keesokan harinya.
keesokan harinya...
Guru itu berjumpa dengan pemuda itu.
"Bagaimana semalam lelapmu? apa yang engkau mimpikan?" Soal guru itu.
"Aku mimpikan hujan dan air laut." Jawab pemuda itu.
"Hah... Maka itulah, yang dapat aku ajarkan bagaimana untuk bermimpikan Rasulullah. engkau tidur dalam keadaan dahaga yang amat sangat semalam. engkau tidur sedang hatimu begitu berkeinginan untuk meminum air, lalu engkau mimpikan hujan dan laut. samalah juga jika engkau mahu berjumpa Rasulullah di dalam mimpi. hati kamu perlulah benar-benar mempunyai keinginan untuk menatap wajah ya Rasulullah, maka insyaallah..." Terang guru tersebut.
macam itulah, kisah tauladan yang aku dengar dalam TV 9. hehe... menarik kan? Siapa yang rasa tak menarik tu, PADAN MUKA! siapa suruh baca. haha! gurau je. sekian untuk kali ini. Wallahualam...
~Aku Cinta RASULULLAH!!~
peace_no_war~(^^)
Subscribe to:
Posts (Atom)