hari jumaat lepas, aku dapat cuti lepas exam. aku pun balik rumah aku dekat pahang dengan satu plan dalam kepala otak aku yang medium bijaknya nih. aku plan untuk...... tipu mak aku! muahahahaha! (tanduk dah keluar)
bukan niat nak buat jahat pun. saja nak bergurau-gurau, rapatkan hubungan silaturrahim kitorang yang memang dah terlebih rapat nih.
cara tipunya senang je. family kitorang ni kan islam, so tak boleh colour rambut. aku pun pinjam rambut palsu kawan aku. rambut palsu, ala... yang bila kita pakai macam kita highlight rambut tu. aku tak tahu apa ke nama benda tu, almaklumlah, tu first time jumpa. kampung juga aku ni. aku pun pakai and berlagak macam biasa dari hari first aku balik lagi. HARAM! mak aku tak perasan langsung. malam hari kedua, aku bengang dah. ada ke boleh tak perasan lagi. aku pun, pakat dengan akak aku yang memang dah tahu plan tak berapa wangi aku tu.
aku pun buat-buatlah jalan depan mak aku dengan akak aku yang sibuk main laptop baru diorang. and lepas main kenyit-kenyit mata ngan akak aku, dia pun dengan penuh skill acting di dada start menegur. "Weyh, bila kau dye rambut?" Mak aku yang dengar akak aku punya teguran, barulah dia perasan. aku boleh nampak air muka dia jadi tegang. comel gila. rasa nak pecah perut aku tahan ketawa, tahu tak?!
soalan pertama mak aku, "halal ke?" mana best kalau aku terus jawab halal. nanti selesai terus conflict, so, aku cakap tak. lagilah muka dia tegang. aduhai.... aku agak mesti dia fikir sembahyang tonggang-tonggek, alih-alih rambut aku dye. mana sah ambil air sembahyang. wakakaka!
and then mak aku tegur-tegurlah sikit ambil air sembahyang tak sah apa semua. ibadah tak sah. aku pun dengan muka straight nya cakap "kubur masing-masing." PUHH! ayat memang derhaka gila. muka aku memang muka jahat gila, tapi dalam hati aku gelak terguling-guling dah tengok mak aku yang terus senyap. kesian tengok dia macam ayam berak kapur, so aku pun tell the truth. barulah dia lega. tapi, adalah nampak cam marah sikit. maybe cuz i managed to cheat her. hehe....
but, one thing i really admire and respect about my mom is that dia memang tak cepat melenting. kalau anak akulah yang dye rambut memang. memang lekat tapak tangan aku dekat pipi dia. tak pun tapak kaki dekat perut. waha~ anyway, mission succeed!
peace_no_war~(^^)
Sengal
ReplyDelete