korang tahu tak, hari ni aku sedih sangat. aku terlepas lecture pagi tadi sebab mengantuk sangat. baca novel sampai lewat sangat malam semalam. aku actually, dah janji dengan diri sendiri tak akan ponteng lecture dah tanpa sebab yang munasabah. tapi, aku ponteng juga. konpom2 le aku sedih gila. korang tahu kan perasaan kecewa dengan diri sendiri.
dah lah tengah sakit hati dengan diri sendiri, ada pula seorang hamba ALLAH yang sangat kurang sensitif terhadap perasaan aku tu menambah lagi sakit dalam hati aku ni. sungguh lah, kalau tak berdosa atau menyusahkan mesti aku dah putuskan persahabatan yang tak pernah rasmi terjalin ni dengan dia. aku ni kan memang jenis yang mengikut perasaan. kalau orang dah benci dekat kita, buat apa kita nak terhegeh-hegeh nak berkawan dengan dia. aku bukannya bodoh. hati aku bukannya baik mana.
terus-terang, aku bukannya pelajar bermasalah yang sahaja-sahaja ponteng sebab nak dating ke apa ke. aku cuma kadang-kadang telencong sekejap dari janji aku. hmmm.... apa hak mereka nak mengadili siapa aku? apa yang mereka tahu tentang aku. dalam hati aku ni, bukan mereka tahu apa yang terisi. senang bagi mereka mengucap kata benci masa jiwa aku tengah sensitif macam ni. mereka tak tahu, hati aku tengah terasa sekarang.
aku tak suka rasa macam ni. sedih, benci dan kecewa dengan diri sendiri. aku perlukan seorang sahabat yang mampu memujuk hati ni, bukan seorang manusia asing yang bersedia menghentam aku saat aku sudahpun terhentam.
aku rasa, dia memang tak suka dengan aku. mesti dia tak akan sesekali berkawan dengan aku kalau tidak kerana kami sebilik. hanya kenyataan itu sahaja selama ini membawa dia untuk berinteraksi dengan aku. macam mana pun, pinggan tak retak,
nasi tak dingin
orang tak hendak,
kita tak ingin!
peace_no_war~(^^)
Jangan sedih2..byk lg makhluk lain boley buat kwn slain die.
ReplyDelete