Thursday, September 19, 2013

what the heh?

What the heh? Bile aku baca balik cerpen aku, aku rasa tak puas hati. sangat~ tak apa, tak apa. Nak pandai menulis pun bukan senang. aku kena belajar lagi. selagi aku tak berhenti practice, lama-lama bakat aku sebakai penulis mesti berkembang punya. masa-masa ni, imaginasi aku tak tinggi lagi. tu yang cerita macam tak ada konflik sangat pun. dia punya klimaks pun tak ada. susah betul nak ada idea. dengan penyusunan plot dan penggunaan ayat lagi. Fuh.. Seyes aku kagum dengan semua penulis dekat luar sana especially siti rismizah. tapi, aku ada juga beberapa cerpen yang aku rasa boleh lah nak dibanggakan sikit. bukan perasan sendiri! aku cakap macam tu pun sebab aku ada hantar dekat penulisan.2.u and comment dekat situ semua macam suka dengan cerpen aku. so, sekali lagi, bukan perah santan! tapi, cerpen dalam blog ni macam tak menarik sangat. maybe aku patut update dengan cerpen yang aku betul-betul berkenan. tapi, satu je masalahnya. cerpen yang aku suka tu, dalam galaxy note. Cable dia pulak hilang. Gano nak publish. Ergh! pepehal pun, aku tak leh terlalu attach dengan cerpen and blok yang memang tak popular ni sebab aku kena pikir masa depan aku gak. aku tak nak gagal lagi. aku pun dah start study dah dengan serius sekarang ni. insyaallah, aku akan lulus. itu yang aku doakan untuk diri aku. Amin...

"what the heh?"

peace_no_war~(^^)~

CERPEN : YANG KETIGA (2)

Tuesday, September 17, 2013

life as a GRUMPY student

Grr... Ni yang nak grumpy lagi ni. Berzaman dah aku tak menulis blok ni. Bukan apa, hatiku dilanda kecewa yang amat sangat. Oh... Ceit! Drama queen betul kau ni, Ira! Haha... Aku Fail! Muahahahaa! Aku kena repeat setahun. Huhuhu... Seyes otak aku weng... Well, tapi, aku dah okay sikit-sikit le. Sekarang ni, set goal baru. Mesti lulus dengan cemerlang kali ni, or this will really be the end! No... I hope not...

    Why I choose this cute grumpy cat's picture? Sebabnya... Kalau korang nak tahu... Aku ni digelar grumpy oleh kawan-kawan 'berjasa' lah sangat. Meh sini aku nak mention sikit nama-nama diorang kasi popular sikit. Aku dapat gelaran ni, thanks to Cik Robot (Allia Sabrina), Aini Sofia Fluffy, Wana Random (yang ni asyik panggil aku roro) and kengkawan yang lain yang aku malas nak taip dah nama diorang. haha...
     Apasal eh? Apasal diorang kata aku grumpy? Apasal aku yang kiut-miut berserta innocent ini digelar grumpy. haha... Perasan! Ah well, is it because i do look miserable. Maybe, coz i am quite miserable. banyak ler... Dah terpengaruh sangat dengan cerita House MD yang miserable tu. ni, tajuk ni pun, Room mate aku yang cadang. Siti Nur Hana! Andai kau me'follow' aku, ketahuilah, aku amat x berkenan kau follow. segan kot! Aku tulis-tulis, orang sebelah meja baca. what the heh?
    makin mengarut pulak aku ni. sudah-sudah le tu. Aku actually dalam proses nak habiskan cerpen YANG KETIGA series kedua. I just tak boleh lupa watak Julia kesayangan aku tu. Kalau boleh nak ada sambungan juga walaupun aku tahu, aku sorang je yang baca... haha... x bleh blah! pathetic giler kot...

ASsalAmualaiKum...

peace_no_war~(^^)~

Monday, September 16, 2013

KISAH KEKASIH ALLAH

Suatu hari (setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW), Saiyidina Abu Bakar menemui isteri Rasulullah, Saiyiditina Aisyah. Lalu berkatalah dia, "Wahai Aisyah, aku telah menjalankan hampir semua perkara yang Rasulullah jalankan sewaktu hidup baginda. Ada lagikah perkara yang masih belum aku jalankan?"
   Lantas Saiyiditina Aisyah pun berkata. "Masih ada. Dahulu Rasulullah akan sering ke hujung pasar di mana dia akan menyuap makanan buat seorang yahudi yang fakir dan buta tanpa orang itu mengetahui siapa yang menyuapnya iaitu rasulullah." Maka mendengarkan itu, Saiyidina Abu Bakar pun berlalu untuk melakukan perkara yang sama terhadap yahudi itu.
    Rasulullah dahulu sering menyuap yahudi itu agar dia tidak kelaparan meski yahudi itu sering melemparkan kata-kata hinaan buat kekasih Allah yang mulia itu.
    Saat Saiyidina Abu Bakar menjumpai yahudi itu, maka beliau pun memulakan suapan untuk yahudi buta itu, namun segera yahudi itu berbicara.
   "Kamu siapa? Kamu bukanlah orang mulia yang selalu datang menyuapku. Orang itu tidak
Kasar sepertimu. Dia menghaluskan dahulu makanan bagi memudahkan aku mengunyah dan menelan. Dia menyuapku dengan penuh teliti dan lemah-lembut. Kamu bukan orang itu. Di mana dia."
   Serta-merta tangisan Saiyidina Abu Bakar pecah mendengar bicara yahudi buta itu. Betapa semakin menggunung rindunya pada kekasih Allah yang dia kasihi itu. "Ya... Aku bukan orang itu. Orang yang selama ini memenyuapmu dengan penuh kasih itu adalah Nabi Muhammad. Dan kini baginda telah wafat, maka aku menggantikan baginda untuk menyuapmu." Ujar Saiyidina Abu Bakar dalam esakan.
   Kini Yahudi buta itu pula mengalirkan air mata. Dia meraung dalam kesedihan. "Selama ini aku menghinanya. Tidak pernah kata-kata yang aku tujukan pada baginda kata-kata yang baik, hanya kata-kata kesat semata. Namun baginda tetap menghulurkan kebaikan yang penuh keikhlasan meski aku sering menjahatinya dan menghinanya." Rintih Yahudi buta itu. Dan sejak itu dia memeluk islam.

*ps: Subhanallah... mengalir air mata saya semasa membaca salah satu kisah nabi kesayangan kita ini. Sungguh, walau selepas kewafatannya, kelembutannya, keikhlasannya dan kebaikan yang Rasulullah hulurkan masih mampu menarik seorang yahudi untuk memeluk islam. Betapa indahnya cara Rasulullah berdakwah. Betapa rindunya umatmu ini padamu. Semoga rasa rindu dan ingatan serta rasa cinta padamu ini sentiasa Allah titipkan dalam hati yang mudah lupa ini.