Monday, January 28, 2013

CARA UNTUK BERMIMPIKAN RASULULLAH S.A.W

hari ni, aku nak kongsi sedikit satu kisah tauladan yang aku dengar dari seorang ustaz tentang cara supaya kita dapat bermimpikan Rasulullah SAW. kisah ni memang sangat menarik. pada akulah... pada korang, tergantung. rambut sama hitam, hati lain-lain. or, maybe ada rambut kaler lain, lain ceritalah. oyyy! dah ngarut nih! hee~ okay. macam ni ceritanya.....

Suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang berkeinginan untuk bermimpikan Nabi Muhammad SAW. lalu, pemuda itu pun pergilah melawat rumah seorang guru untuk menuntut ilmu dari guru tersebut. guru tersebut menyambut kedatangan pemuda itu dengan senang hati. pemuda itu pun menyatakan hasratnya.

   "Ajarkanlah aku cara untuk bermimpikan Rasulullah yang mulia." Pinta pemuda itu sopan.

   "Tunggu, nanti." Ujar guru tersebut.

 Pemuda itu hanya menurut. dia menunggu buat masa beberapa ketika sebelum membicarakan permintaannya semula.

   "Ajarkanlah aku cara untuk bermimpikan Rasulullah yang mulia." Pinta pemuda itu lagi.

  "Makanlah dahulu." Guru tersebut menjemput pemuda itu untuk menjamu selera terlebih dahulu.

Pelbagai jenis makanan terhidang. maka pemuda itu pun menjamu selera sepuasnya.

  "Tuan, adakah air untukku minum?" Soal pemuda itu setelah selesai makan.

  "Maaf, rumahku tiada air untuk minum." Ujar guru tersebut. pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya.

Pada malamnya, sekali lagi pemuda itu bertanya, "Adakah air untukku minum?"

Maka jawab guru itu masih serupa, "Maaf, rumahku tiada air minum. tidurlah dahulu."

 Oleh itu, dalam keadaan dahaga yang teramat, pemuda itu lalu melelapkan matanya hinggalah keesokan harinya.

 keesokan harinya...

Guru itu berjumpa dengan pemuda itu.

"Bagaimana semalam lelapmu? apa yang engkau mimpikan?" Soal guru itu.

"Aku mimpikan hujan dan air laut." Jawab pemuda itu.

"Hah... Maka itulah, yang dapat aku ajarkan bagaimana untuk bermimpikan Rasulullah. engkau tidur dalam keadaan dahaga yang amat sangat semalam. engkau tidur sedang hatimu begitu berkeinginan untuk meminum air, lalu engkau mimpikan hujan dan laut. samalah juga jika engkau mahu berjumpa Rasulullah di dalam mimpi. hati kamu perlulah benar-benar mempunyai keinginan untuk menatap wajah ya Rasulullah, maka insyaallah..." Terang guru tersebut.


macam itulah, kisah tauladan yang aku dengar dalam TV 9. hehe... menarik kan? Siapa yang rasa tak menarik tu, PADAN MUKA! siapa suruh baca. haha! gurau je. sekian untuk kali ini. Wallahualam... 

~Aku Cinta RASULULLAH!!~

peace_no_war~(^^)

 

     

No comments:

Post a Comment